BAB 44

Ketika Fendy berjalan menuju ke tempat letak kereta tiba-tiba Maya muncul dari arah belakang dia sedikit terkejut dengan kehadirannya ketika ini.

"Ustaz..." Maya tersenyum manks depan Faliq Affendy sanbil di tangannya ada sekuntum bunga di ikat dengan coklat.

"Ustaz, just for you."
Maya menghulurkan sekuntum bunga tersebut kepada Fendy. mata dia tak lepas memandang Fendy  lelaki itu jadi tak selesa jadi tertunduk.

"ustaz sihat tak? Rindunya dengan ustaz Bila lagi Ustaz nak ajar saya? mengaji ni? dah lama dah tak ada kelas."
Fendy dah buat muka pelik bukan ke semalam dia baru lepas mengajar pelajar kelas Maya Kenapa tiba-tiba si gadis merindui dirinya.

" saya dah buat keputusan saya akan minta tolong dengan seorang ustazah untuk ajar agama" balas Fendy berterus-terang. wajah Maya terus berubah kerut.

"Tapi kenapa? ustaz dah tak suka dekat saya?" Dia terus menyoal Fendy bertubi-tubi.

"Saya minta maaf saya tak boleh nak ajar awak lagi." balas Fendy ringkas.

"eh, kenapa pula? kenapa tiba-tiba?!"
Maya mula tertanya-tanya.

"sebab sebenarnya saya ni dah kahwin Kalau saya yang ajar awak berdua dekat masjid Nanti apa pula pandangan masyarakat dekat saya."
Glurp.... Maya terus terbutang biji mata mendengar apa yang Fendy ungkapkan. dia tidak percaya dan dia langsung tidak yakin dengan ayat-ayat ustaz Fendy kali ini.adakah ini alasan untuk lelaki itu mengelat dan menjauh? tapi mengapa?

"ustaz jangan nak buat lawak. itu alasankan? tak baik tau tipu orang."
Nada suara Maya keras sedikit.

"saya tak tipu, saya jujur. pernah ke saya tipu awak?" dia masih bersuara tenang.

"Bila Ustaz kahwin saya tak tahu pun betul ke Ustaz dah kahwin?" Maya cuba mencari kekuatan dan berlagak tenang walaupun hakikatnya hati dia menjerit sakit.

"ya Saya dah kahwin saya dah kahwin berapa Bulan yang lepas."
Balas Fendy jujur. kali ini hati maya benar-benar rasa terguris.

"kenapa saya tak tahu?" Maya menyoal lagi.

"saya tak boleh nak cakap dengan ramai orang sebab adalah hal yang tertentu saya perlu rahsiakan."
keterangan Fendy membuatkan Maya semakin memberontak air mata pula mengalir dengan lajunya tanpa di tahan.

"selama ini Ustaz layan saya baik-baik tandanya apa? ustaz nak try market ke apa?" sendu saja suaranya.
riak wajah Fendy sedikit serbasalah bila mendengar kata-kata kecewa dari Maya. tapi itulah hakikatnya dia perlu hadam.

"saya layan awak tak lebih dari seorang pelajar dan seorang pensyarah. maafkan saya, sebab saya memang tak pernah ada hati dekat awak. saya layan awak sebab saya ni pensyarah awak dan saya nak yang terbaik untuk pelajar saya."
Maya terus menggeleng laju kepala tidak boleh menerima hakikat. dia terkilan. sangat terkilan. kenapa sekarang baru Fendy beritahu statusnya yang sebenar?

"ustaz, saya sayangkan ustaz. saya nak ustaz bimbing diri saya yang jahil ni."
Tangan Maya terus menarik tangan Fendy dan memujuk rayu lelaki itu.terkejut bukan kepalang Fendy dibuatnya. dengan segeranya tangan dia terus di tarik spontan. tindakan refleks.

"awak boleh cari lelaki yang lebih sempurna dari saya. maafkan saya kalau awak rasa selama ini saya macam beri harapan dekat awak. sebenarnya tak..."
seluruh tubuh maya terus terasa longlai. dia bagai di heret dalam alam mimpi ngeri.

"sampai hati ustaz. kenapa ustaz tak nampak yang saya..." Kuat Maya menepik geram.

"astaghfirullah dah jangan teruskan ayat awak lagi saya takut kata-kata awak tu buat awak leka dan hanyut dengan cinta awak."
Fendy berightifar panjang. dia tak mahu pelajarnya terus terhanyut dengan perasaan cinta yang melalaikan jiwa.

"saya memang dah hanyut dengan cinta Ustaz. saya tak kisah di madukan." Sekali lagi tangan Fendy ingin di tarik tetapi dia menepis laju.

"Saya pergi dulu, saya minta maaf."
Fendy dah rasa tidak selesa dengan sikap Maya. iya jujur itu sangat menyakitkan tapi kalau dia tak jujur dia juga akan mendapat padahnya kelak.

"Ustaz, selagi saya tak dapat ustaz selagi tu saya usaha untuk dapatkan ustaz."
Langkah fendy terus terhenti walaupun tubuhnya sudah membelakangi Maya.

"awak doakan supaya awak dapat miliki lelaki yang lebih baik daripada saya ya?"
Balas Fendy ingin mengakhiri katanya.

"dulu boleh je ustaz ajar saya? kenapa sekarang tak boleh?" tersentak. sekali lagi langkah fendy terhenti. dia sudah tidak berani menoleh maya.

"sebab saya nak jaga hubungan saya dengan isteri saya. lagipun saya kena jaga status saya sebagai suami orang."
Maya tersenyum hambar. dia rasa Ustaz fendy yang berada di hadapannya hipokrit!

"kalau dah tahu nak jaga, kenapa dari awal lagi ustaz tak jaga? Ustaz tak kisah saya naik kereta berdua dengan ustaz." Fendy sedikit malu mendengar ayat itu. dia rasa dia tidak mampu membidas kerana dia sedar akan kesalahannya yang tak mampu untuk di sangkal.

"sebab waktu tu saya rasa tak ada sesiapa yang boleh bantu awak. sekarang ini dah ada yang boleh bantu awak."

"sekarang ni ustaz dah curi hati saya lepastu ustaz nak blah macam itu je?"
Menangis lagi. air matanya tidak berhenti.

"mengucap Maya. anggaplah saya ni abang awak supaya perasaan awak tu tak melebih."
Fendy cuba ukir kata-kata positif.

"Ustaz saya sayang Ustaz tau?"
Sekali lagi Maya mengungkap kata sayangm

"I need to go. takecare. If you want anything just call Fikry."
Fendy dah tak mampu meneruskan perbincangan bersama maya. dis terus pergi.

Maya pula hanya berdiri tegak masih kecewa dan meratapi apa yang baru di dengari tadi.

"kau dah mainkan hati aku lepastu engkau nak biarkan aku seorang diri. kalau macam itu lebih baik aku tak payah berubah!!"
bila nafsu sudah menguasai diri perkataan ysng berunsur dendam itu terus terlintas di minda.





*****

MALAM ini Fendy terasa tidak sedap badan. dia kurang sihat. sejak pulang dari berjumpa maya dia rasa terbeban. dia merasakan ada sesuatu perkara yang akan berlaku dalam dirinya. berbagai perkara yang dia fikirkan sehingga dia pening kepala. Usai menunaikan solat fardu ishak, fendy hanya berbaring di atas sofa tidak larat untuk melakukan sebarang kerja.

"abang okey ke tak ni?"
Meena Zalikha yang sedari tadi melihat suaminya memicit-micit kepala sambil berbaring terus menegur. dia risau melihat keadaan Fendy begitu.

"Sayang, abang pening kepalalah. tolong picitkan kepala sikit." Adu Fendy nada suara perlahan.

"awak okey tak ni? muka pucat lesu je?"
Meena Zalikha terus duduk di atas sofa saat fendy mengubah posisinya dari baring ke duduk. dia merasa kepala suaminya menggunakan tapak tangan depan dan belakang.

"tak tahulah kenapa. tapi abang rasa abang tak sihat."
Fendy meletokkan kepalanya di bahu. dia mula bermanja dengan si isteri.

"awak baringlah saya ambil minyak angin kejap."
meena bangun untuk mengambil minyak angin di dalam bilik.

"alarh abang taknak minyak angin abang nak sayang je ribakan abang. boleh?" sempat lagi dia buat ayat nakal. sakit-sakitpun dia nak menyakat.

"Hesy, tak sihatpun sempat lagi buat perangai nakal. gigit baru tahu."
Fendy senyum sengih.

"kalau sayang gigit mesti abang sihat terus. hahahaha."
Tertawa mengekek Faliq Affendy. Meena terus mencubit halus pipi si suami.

"sayang? berapa banyak kasih awak untuk abang?" Meena terus sengih mendengar persoalan yang terbit dari bibir Fendy. dia buat gaya berfikir bila Fendy tanya begitu.

"kalau saya kata tak sayang awak boleh tak?" Meena buat ayat nakal lelaki itu terus dekatkan wajahnya depan muka si isteri Fandi tersenyum sebelum mengutarakan kata-katanya malam ini

"tak sayang saya? iya ke? awak kunci ke kata-kata awak tu? Fendy mencubit perlahan pipi Meena Zalikha. terjerit kecil meena dibuatnya.

Hari demi hari cinta mereka semakin Mekar dan berbunga Hari Demi Hari Cinta isteri terhadap suami makin dekat perasaan Minah Zalikha semakin akrab dan sayangkan faliq affendy.