BAB 11

PAGI-pagi lagi Meena dah bangun walaupun dia masih bercuti. Dia menuju ke arah dapur saat menghidur bau aroma masakan yang melazatkan. menusuk ke dalam rongga hidung bila dihidunya.

"Mummy...."
Meena menyapa mummy manisa dengan senyuman manis di pagi hari.
Dia tunjukkan keceriaan di pagi hari walaupun nood sedih maaih tak menghilang lagi tapi kesedihannya semakin pulih berkat kekuaran diri yang melawan.

"Eh meena, dah bangun. awal bangun?"
soal Mummy membalas senyuman meena. Mummy mencuit lembut pipi Meena yng tersenyum depan dia.

"dah terbiasa dah mummy."
Meena tersipu di depan mummy. dia hanya menatap wajah Mummy yang sangat kuat.

"Ada apa-apa yang perlu di bantu?"
Mummy menggeleng tanda tidak perlu.

"Fendy mana ya Mummy? tak nampak pula lepas subuh tadi."
Matanya terus meliar tercari-cari di mana Fendy.
Dia hairan bila bangun saja, riak wajah Fendy tidak kelihatan.

"dia pergi rumah baru susun barang dekat sana. perabot baru sampai."
terang Mummy Manisa sambil tangan masih ligat mengelap meja dapur.
meena hanya mengangguk faham.

"duduk Meena. makan."
perlawa Mummy. Dia terus mengangguk lagi dan duduk dengan tertib depan mummy.

"Mummy?kenapa dia nak pindah sebenarnya?"
tiba-tiba soalan itu spontan keluar dari bibirnya. diapon nak tahu juga kenapa si Fendy cepat berpindah rumah.

"sebab dia memang dah beli rumah dekat situ. sepatutnya dia memang akan pindah sana sebab Cadangnya lepas Meena kahwin meena duduk sini dengan arwah. jadi, dia taknak aurat meena terbatas. tapi, sekarang ni meenapun dah kahwin dengan dia, apa salahnya angkut meena sekali kan?"
Panjang lebar Mummy bercerita hal Fendy. dia tak mahu ada salah faham antara anak dan anak menantunya. lebih baik dia berterus-terang.

"hurm, mummy tadi Meena nampak ada seorang perempuan duduk dekat ruang tamu."
Meena Zalikha terus bertanya lagi tentang hal yang ingin di ketahui.

"oh dia tu? nama dia Awin. dia kawan Fendy dengan fikry."
jelas mummy.
Meena hanya mengiyakan dari tadi, bila Mummy menjawab persoalan dia.

"oh, dah lama ke dia datang? dah lama ke dia kenal Fendy?"
macam das tembakan dia menyoal. mulutnya tak putus-putus mengungkapkan soalan.

"semenjak masuk Universiti. Awin rajin datang ke sini jenguk dan melepak dengan Fendy."
selalu menjenguk? Hurm, mesti rapat sangat-sangat. Mummy pun sampai kenal.

"oh kenapa tak kahwin je dua orang tu? mesti masing-masing ada perasaankan? hurm, kesian Fendy kena kahwin dengan Meena."
Meena bersuara sebal.
tiba-tiba terdetik di hatinya perasaan serbasalah yang amat sangat.
kalau kawan biasa je, takkanlah asyik datang menjenguk. mesti ada sesuatu yang teristimewa antara mereka yang semua orang tak tahu.

"Hurm, dia anggap Awin tu kawan je. Anak Mummy tu kalau suka seorang dia akan setia. Fendy tu suka seorang gadis tu dari zaman sekolah lagi. setiap kali dia jumpa gadis tu, dia mesti ambil gambar senyap-senyap lepastu buat album. Dia simpan Album tu sampai sekarang tau. Cerita yang mummy tahu dia suka gadis tupun mummy baru tahu tahun ni. tak sangka mummy anak mummy sweet macam itu."
Luah mummy. Dia saja menceritakan hal itu kepada Meena dan berharap yang gadis itu akan tahu kesungguhan anaknya mencintai setulus hati.
Meena Zalikha terus mengukir senyum bila Mummy kata begitu. dia sendiri rasa teruja mendengar cerita itu walaupun dia tidak tahu gerangan si gadis yang sudah menambat hatinya adalah si Faliq Affendy.

"wah,seriuslah Mummy. romantik juga ya Fendy. Hurm, siapalah Meena nak dibandingkan dengan gadis yang dia suka tu. Untung perempuan tu dapat Fendy. tapi malang dekat Fendy dapat Meena. dia tu berhak di sayangi tapi meena tak dapat nak...."
Meena dah menongkat dagu dan tersenyum-senyum sengih. Bila Mummy cakap begitu, sedarlah dia yang si Fendy tu seorang jejaka yang romantik.

"semua dah tertulis Meena. Kalau dia memang jodoh kamu, percayalah kalau tak sayang sekarangpun kamu tetap akan sayang di kemudian hari."
Meena hanya sekadar senyum untuk senangkan hati walaupun jiwanya masih tak mampu merasa kehangatan kasih untuk si dia.




*****
PETANG itu, Fendy seronok berbual meluangkan masa bersama Fikry dan Awin. mereka duduk di atas sofa sambil menikmati hidangan petang.

"kenapa engkau punya muka macam Zirafah tercekik halkum ni?"
Fikry menyoal Awin. dia perasan yang si kawan dari tadi muram dan tak banyak bicaranya seperti selalu.

"apa benda kau? zirafah ada halkum ke?!" Fendy berdekah.

"ahhh, bayangkan jelah."
Seloroh Fikry.
dalam mereka bergelak ketawa, si Awin masih lagi dengan wajah ketatnya sambil memeluk tubuh sendiri.

"hurm, cepat Awin. beritahu aku, kenapa muka kau ketat je dari awal kita lepak sampai sekarang."
Spontan Fikry berbicara. diapun mahu tahu kenapa Awin begitu. period pain ke?

"Kau kahwin tak beritahu aku awal-awalpun. sehari nak nikah baru nak beritahu. macammana aku nak minta cuti."
suara itu tiba-tiba bertepik kecewa. Fendy terus terkelu si fikry pula sudah berkalih laju memandang ke arah fikry.

"aku kahwin express lah."
jawapan ringkas dari Fendy.

"Kahwin Express? kau jangan buat lawaklah. ingat ni drama pukul 7 malam ke?"
dahlah dia marah, si Fendy lagi mahu tambahkan si Awin punya kepala angin.

"aku jujur aku tak tipu. aku ganti tempat arwah abang aku untuk jadi pengantin. kiranya isteri aku tu sepatutnya jadi kakak ipar aku."
terbeliak mata awin mendengar penerangan itu.

bertapa pedih kecewanya hati dia waktu ini. perasaan bercampur baur dan dibuai dengan emosi yang sangat perit.

"What? weyh, tak masuk akal weyh."
Awin dah rasa pening kepala. tak mampu rasanya nak fikir sampai luar kotak.

"tapi ini realiti. akupun rasa macam mimpi perjalanan hidup aku macam ini."

"kalau pengantin lelaki dah meninggal, boleh jekan batalkan majlis and wedding. apahal pula tiba-tiba nak ganti orang bagaim complicated juga keluarga engkau ni."
tersentak.
persoalan Awin membuatkan Fendy terus terdiam seketika. Wajah berubah serta merta.

"adalah sebab sahih yang membuatkan aku perlu berkahwin dengan dia."
mendatar jawapannya.

"kalau dah tak jadi kahwin, apahal engkau pula kena ganti? boleh je cancle. ingatkan engkau kambing hitam ke?"
Nada suara marah berkumandang. Fikry dah tarik wajah bingung lihat si Awin beremosi.

"aku tak pernah anggap diri aku ni kambing hitampun. aku rela je kahwin dengan dia."
balas Fendy membela diri.
dia bukan kambing hitam!
Dia juga bukan pak sanggup!!
dia lelaki yang menyintai Meena Zalikha setulus hati.

"Kau ingat kau boleh bahagia ke kahwin dengan orang yang tak cintakan kau? dia tu tunang arwah abang kaukan? aku tak rasapun kau dengan dia tu hidup macam suami isteri yang lain. kau dengan dia belum bersentuhankan?"
Awin bertanya sinis.
masing-masing dah terkejut dengan ayat awin.
kenapa sampai ke situ dia menyoal?

"too much Awin.aku rasa kau tak perlupun tanya benda personal macam ini dekat aku. kau tak ada hak."
suara garau kedengaran. Marah Fendy menerpa ke dalam diri.

"betullah tu aku cakap.orang kalau tak cinta, memang takkan jadi apalah."
Menjengkelkan butiran kata yang di lontarkan.

"kau ni apahal? kau rileks bolehkan? nak marah-marah Fendy pula."
Fikry bersuara. Diapun tak faham kenapa si awin cakap begitu.

"dahlah, kau berdua berbuallah dulu. aku nak pergi tandas kejap."
Fendy mahu neminta diri seketika. sebelum pertengkaran menjadikan hubungan mereka keruh, lebih baik dia redakan keadaan terlebih dahulu.

"kau ni apahal? kau ni gila ke? marah tak tentu hala sampai sibuk hal rumah tangga orang kenapa? kenapa tak rileks sangat ni? rileks sister, sister rileks... ohhh rilekslah."
Fikry dari tadi tahan nak basuh si Awin ni. suka suki perli orang macam itu. dalam keadaan bengangpub sempat dia menyanyi ikut lenggok sesukahati.

"kau pengaruh lagu apa ni? asyik dok suruh rileks dari tadi. aku siku baru tahu. aku badmood ni."
Awin dah membebel.

"haih, perempuan ni memang complicated."
Sinis Fikry bersahaja.

"kau tahukan perasaan aku dekat fendy? aku masih tak boleh terima yang dia dah jadi suami orang." luah dia di depan Fikry.
sekarang ini, lelaki itu di tengah. dia simpati debgan keduanya.

"aku tahu kau sayangkan dia. tapi kau kena ingat, kita bertiga ni kawan baik. diapun anggap kau kawan je tak lebih. hati dia tu tak boleh cintakan perempuan lain selain isteri dia. kau kena faham tu."
Nasihat Fikry nada memujuk. dia baru faham kenapa awin tak dapat nak kawal kemarahan tadi.
mungkin dia menganggap yang si Meena mu
dah dapat fendy walaupun tak cinta. tapi dia.....
"cinta? weyh, mana datangnya cinta kalau dia kahwin bukan atas dasar rela."
sangkal Awin lagi.fikry hanya mampu tunjukkan senyuman depan awin.



Mungkinkah engkau kan menyedari yang ku cinta

You are my crush masih rahsia

Ingin ku ucapkan ‘I love you’ kepadamu

Tapi…tak termampu


Senyummu dan ketawa buatku tergoda

Hatiku takkan berubah hanya dirimu saja

Bagiku dirimu kurniaan terindah..


Bagimu diriku bercinta takkan pernah


Mungkinkah engkau kan menyedari yang ku cinta

You are my crush masih rahsia

Ingin ku ucapkan ‘I love you’ kepadamu

Tapi…tak termampu