BAB 1

FENDY tersenyum sendiri memandang gambar di tangan. Gambar wajah yang lama dia simpan di dalam beg duitnya. gambar seorang gadis yang membuat dia jatuh cinta. Sejak di bangku sekolah lagi dia selalu curi-curi ambil gambar Meena Zalikha. setiap kali dia ambil, dia akan cuci semua gambar-gambar yang di ambil di kedai gambar. dia membuat satu Album gambar hanya untuk Meena Zalikha.
gigihnya dia menyimpan setiap kenangan bersama gadis itu walaupun kenangan itu hanya dia saja yang tahu. Dia amati wajah itu sedalam-dalamnya. dia sedih sebenarnya Meena Zalikha akan menjadi hak abangnya firdaus sepenuhnya.
bagaimana dia akan lalui hari-harinya ketika berhadapan dengan bakal kakak iparnya?!
Tiada satu manusiapun yang tahu dia sayangkan Meena Zalikha selain sahabatnya Fikry.

Ketika dia mengelamun sendiri, ingatannya teringatkan masa lalu. Masa lalu yang membuatkan dia belajar menyukai seorang gadis.
Dia masih teringat peristiwa yang membuatkan dia jatuh hati dengan insan manis bernama Meena Zalikha.

'Mana engkau nak lari Ha!! kau dah lalu kawasan aku! jadi bayarlah!!!' Tengking budak nakal itu mencengkik leher Fendy ketika itu. sesak nafas dia bila diperlakukan sebegitu.

'Weyh, pukul je budak lembik ni. Dia ni memalukan kaum lelakilah! semua benda nak warna Pink. Kau punya seluar dalampun mesti warna pink kan?!'
Budak-budak nakal yang mengugut dia ketawa berdekah-dekah bila melihat semua barang yang di miliki oleh Fendy, semuanya berwarna merah jambu.
Fendy gagah melepaskan diri ketika itu dari di desak untuk mengeluarkan beg duit dari dalam poket seluar sekolahnya. Dia mahu melepaskan diri dari cengkaman budak-budak nakal itu. berusaha dia mencuba tapi gagal. mungkin di sebabkan badan mereka besar dia susah nak melepaskan diri. sampai sakit-sakit tubuhnya di cengkam.

'Weyh, buat apa ni!' Tengkingan Meena memeranjatkan mereka semua jerkahan Meena Zalikha mematikan hanyunan tumbukan ke arah muka Fendy.

'Weyh, akak silatlah. chawwww....'
Budak lelaki itu bersuara di cuping telinga kawannya nada berbisik. Faiq yang masih menggenggam lengan Fendy hanya mengabaikan apa yang di sampaikan oleh kawannya.

'aduih....' Tanpa berfikir apa, meena ketika itu terus menumbuk padu tubuh belakang Faiq.
sedap-sedap je nak membuli.

'kau ni asyik nak buli orang jekan? Lagi sekali aku nampak kau buat dia pecah muka engkau!!!' Giliran dia pula yang cengkam leher faiq. terkial-kial lelaki itu bila di cengkam begitu.

Haaa, padan muka! macam itulah perasaan Fendy kena cekik tadi.

'kau perempuan tau? jangan berlagak sangatlah...' Dia mahu menolak tubuh Meena Zalikha, tetapi tangan gadis itu cepat-cepat menepis.

'lagi sekali kau buli dia aku mengadu dekat bapak kau. engkau takut dengan diakan?'
tertawa Fendy ketika gadis itu pula yang mengungut.
rupanya mamat gengster si Faiq takut dengan bapak dia rupanya.

'weyh, apa ni? main ugut-ugut pula!'
Faiq dah bersuara keras waktu itu.
Fendy masih terduduk menahan sakit.

'oh, aku ugut kau tahu nak takut? yang engkau pukul dia tu?! boleh pula.' Tengking Meena Zalikha geram. dia tahu takut bila orang menggertak, yang dia menggertak orang lain boleh pula.
Tak aci betul.

'dahlah, bla...' Faiq mengarah kawan-kawannya untuk pergi.

Bila mengimbau kenangan lalu, Fendy boleh tersenyum sampai ke telinga. bahagia rasanya teringat masa lalu yang sangat indah.

'awak okey?'
Meena merenung riak wajah Fendy yang menahan kesakitan. Wajahnya kelihatan sangat risau waktu itu. Reaksi risau dan sikap prihatinnya membuatkan Fendy menjadi berbunga.

'kaki awak luka tu.'
Ujar Meena Zalikha bersuara separa terkejut. dia terus mencapai tuala yang di simpan ke dalam beg untuk membalut lutut Fendy.
habis terkoyak seluar sekolah dia.

'tak apalah. sikit je ni. terima kasih ya?"
Fendy tersenyum manis melihat tingkah laku meena Zalikha. mulianya hati dia.

'it's okey. hari ini hari awak, mana tahu esok lusa hari saya.'
Ujaran dia sudah cukup membuatkan Fendy kian bahagia. getaran di jiwanya semakin bergelora.

'Kaki ni kena balut supaya darah tak mengalir. faham? Tuala ni awak simpanlah baik-baik. Mana tahu nanti kaki awak terluka lagi, awak boleh lap guna kain saya.'
terang Meena Zalikha panjang lebar. dia hanya memandang anak mata gadis itu. fikirannya sudah menerewang ke tempat lain.

"Hello Pinky? are you okey?"
Lamunan Fendy terus mati bila satu suara menjerkah dari arah belakang ketika dia duduk di bahagian Balkoni rumahnya di tingkat dua.

"Eh, awak..."
Cepat-cepat dia simpan gambar di dalam beg duitnya. dia mula terkebil-kebil sendiri di depan Meena yang tiba-tiba muncul di bahagian Balkoni rumah.

"Firdaus mana ya?"
Fendy terus mencemik. oh, cari Firdaus rupanya. ingatkan nak ajak berbual tadi.
Hurm.... jangan nak perasanlah Fendy!

"Hesy, dia kata nak pergi tengok baju penganti dekat butik. Mummy kata dia ada dekat atas sebab itulah saya naik atas tu."
mengadu meena Zalikha di hadapan dia. Walaupun hanya berbual biasa, tetapi suara gadis itu saja cukup membuatkan dia menggelupur di dalam hati.

Ya Allah, macam mana aku nak tempuh hari aku untuk hadap dia menjadi kakak iparku? peritnya mencintai tapi tidak dicintai.

"Dia pergi beli barang dekat kedai kejap. Awak tunggu kejap ya?"

"Awak sihat?"
Hati Fendy berdegup kencang saat Meena Zalikha menapak ke arah dia sambil bertanyakan khabar.
walaupun riak wajahnya nampak tenang di hadapan gadis itu, di hatinya hanya tuhan yang tahu bertapa tubuhnya terketar-ketar.

"Haaaa, si sih sihat..."
Jawab dia. Kawal diri Fendy. Jangan nampak sangat kau terketar-ketar pandang dia.

"saya ingatkan bila awak dah bekerjaya, minat awak dekat warna merah jambu tu dah hilangkan? rupanya sama je."
ujar Meena Zalikha tersenyum ketika memandang wajah fendy yang memakai baju warna pink. dia tersenyum tiba-tiba bila lihat cara pemakaian Fendy.
jejaka merah jambu sangat.

"awak ingat lagi saya suka warna merah jambu?"
tutur Fendy terharu. Meena mengangguk laju. Sisa senyuman dia masih cantik terlakar di wajah.

"mestilah ingat. bakal adik ipar saya ni kan Mr Hello pinky. jejaka gila pink zaman sekolah dulu."
terus tersenyum tawar bila Meena menyebut gelaran itu.

Aku tak mahu anggap kau kakak ipar aku.sebab aku tak sanggup.

"Eh, tak payah nak adik ipar sangatlah. kita sama umur je kut."

"hakikatnya kita akan jadi adik dan kakak ipar. huhuhuh, saya harap saya dapat hadamlah kalau adik ipar saya ni nanti asyik pakai baju pink bila keluar masuk rumah nanti."
seloroh Meena Zalikha. Fendy hanya senyum sekadar untuk menyedapkan hati Meena. Walaupun hatinya sekarang ini masih tersentak dengan ayat adik ipar tu.

Dia langsung tak sayangkan kau fendy! tak rasa buang masa ke kau sayangkan dia? hati kau yang pedih.

"saya tak duduk sini kut nanti."
Tutur Fendy.

"aik? kenapa pula." soal Meena menuncung bibir.

"aurat awak akan terbatas kalau saya ada. Hurm, okeylah saya masuk bilik dulu. ada kerja sikit." balas Fendy sebal sebelum meminta izin untuk masuk ke dalam kamar tidurnya.

Kalau lama-lama dia duduk berdua dengan Meena Zalikha dekat balkoni, makin berdebar hatinya nanti.



*****
FENDY sudah menyebamkan wajahnya ke atas meja kafe. dia rasa tak tentu arah sejak Berjumpa meena Zalikha di rumahnya. Semakin dekat hari perkahwinan gadis itu bersama abangnya, semakin berkocak hatinya pedih. dia masih cintakan Meena Zalikha.

banyak hal yang dia fikir sekarang ini. Semuanya hal berkaitan Meena zalikha.
paling dia nak tahu sekarang ini, Cara nak moveon! benda paling susah dia nak buat.

"Engkau confirm nak pindah rumah? engkau confirm taknak duduk dengan ahli keluarga engkau?" Fikry yang menyuakan Spaghetti ke dalam mulut mula bertanya. tak sempat mulut menguyah dia dah bercakap.

"tak mahu. tak lama lagi Meena akan berkahwin dengan abang aku. diapun akan tinggal dekat rumah tu untuk sementara waktu."
Luah Fendy sebal. hanya Fikry tempat dia meluahkan perasaan sedih dan kecewanya sekarang ini.
fikry tempat dia mengadukan segala hal.

"sementara waktu jekan? nanti diorang akan berpindah juga lepas pembinaan rumah dekat rawang tu siap." Mata Fendy terus mencerlung tajam mendengar kata-kata kawan baiknya itu.

"sesaat pun aku tak sanggup lihat dia beromantik dengan abang aku.apa entah lagi untuk sementara."
Luah Fendy beremosi. Dari dia terus berduka dan terus susah untuk melupa, lebih baik dia pergi jauh dari sini.

"moveon bro. dia dah nak jadi kakak ipar engkau. Lagi sebulan je tau?"
Fendy hanya terdiam.

memang senang orang cakap. move on! Dia yang rasa hanya dia saja yang tahu kepedihannya.