Chapter 4

Jace pergi berjumpa dengan dua ekor hantu tersebut. Mereka menunggu dia sambil memegang pisau. Jace tanpa bercakap banyak terus menumbuk salah seorang hantu tersebut.
Salah seorang hantu tersebut memegang Jace dan Jace dapat menyelamatkan diri dari di tikam oleh salah seekor hantu tersebut.

Semasa dia mengelak, pisau itu terkena di bahunya. Mereka menoreh bahunya. Lisa menunggu Jace sambil membaca buku. Tiba-tiba ibunya muncul di depannya. Ibunya suruh sediakan bahan-bahan untuk Jace pulang nanti.

Jace sudah pulang tetapi dalam keadaan yang lemah. Lisa mengangkat Jace dan letakkan dia di atas sofa. Lisa menggaulkan bahan-bahan tersebut dan letakkan di luka Jace. Banyak kesan calar pada Jace. Lisa kesian melihat Jace. Lisa membawa sebekas air suam dan lap tubuh Jace. Lisa tahu kesakitan yang Jace tahan itu memang tidak boleh ditahannya. Lisa mencium Jace di pipi dan tidur sebelahnya.

Keesokkan harinya, Jace sudah dapat bergerak. Jace menyuruh Lisa jangan menangis terlalu lama kerana merisaukan dia. Jace berkata supaya jangan membuka cincin itu kerana dia akan tahu dan itu membuatkan dia lemah. Sebagai bakal isterinya, dia menyuruh Lisa bertabah dan jangan bersedih kerana mungkin malam itu dia tidak akan balik ke rumah untuk masa yang lama atau bertukar menjadi debu.

Lisa memanggil ibunya. Ibunya muncul dan menyuruh Jace menolakkan dua ekor hantu itu ke dalam sempadan tempat gym itu. Mereka akan menjadi lebih lemah dari Jace.

Malam itu Jace terus pergi ke gym itu. Dia menunggu dua ekor hantu itu dan mereka sudah pun sampai. Jace melihat gaya gerakkan mereka dan dapat membaca gerakkan mereka. Jace menggunakan kuasanya dan mengelak. Jadi kedua-dua ekor hantu itu masuk ke sempadan itu. Mereka menjadi lemah, kemudian salah seekor hantu itu ternampak Lisa. Dia pergi ke arah Lisa dan memberi amaran jika Jace melakukan apa-apa, nyawa Lisa akan melayang Jace menjadi geram, kuasanya menjadi semakin kuat. Lalu dia menggunakan kuasanya ke arah hantu yang memegang Lisa. Kuasa itu terkena hantu itu dan Lisa terselamat.

Kedua-kedua hantu itu mati dan Jace terselamat. Jace mengangkat Lisa dan membawanya ke rumah. Lisa hanya tercedera kecil dan Jace menolongnya. Jace mencium dahi Lisa kerana takut terjadi apa-apa kepada Lisa.

Keesokkan harinya, mereka bersarapan bersama-sama. Mereka membincangkan masa depan mereka bersama. Tidak lama lagi, Lisa akan keluar dari sekolah. Soal wang dan harta tidak perlu risau. Jace mempunyai syarikat milik keluarganya. Syarikat itu tidak mempunyai pemilik kerana sebelum ini Jace telah meninggal dunia. Kini Jace mengambil kembali syarikat itu.

Lisa pula telah tamat pengajian. Lisa menjadi pemilik syarikat ayahnya. Ayah Lisa menghadiahkan rumah itu dan syarikat tersebut kepada Lisa kerana ayahnya kini menguruskan syarikat di luar negara. Tetapi Lisa dan Jace tetap tinggal bersama.

--------------------------TAMAT-----------------------

*Terima kasih kerana membaca dan tolong berikan bintang serta berikan cadangan anda di ruang komen.

Sangat menghargainya.

Baca buku-buku Love From Another World sebelum ini :

>Love From Another World

>Love From Another World : Falling Again