Chapter 2

Setelah membersihkan gym tersebut, sudah tiba waktu semua pelajar balik ke rumah. Dalam perjalanan ke rumah, Jace dan Lisa berjalan ke taman dahulu sebelum balik ke rumah. Di situ Jace ternampak dua lelaki berpakaian hitam dan memakai topi sedang memerhati mereka. Jace dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Apabila dia memikirkan semula, baru dia perasan yang dua ekor hantu itu berniat jahat. Tiada perkataan baik dalam kamus hidup mereka. Kematian 20 orang penumpang bas tentang sebuah bas masuk ke dalam gaung itu berpunca dari mereka. Mereka mungkin cuba untuk pisahkan Jace dan Lisa kerana mereka ingin membunuh Lisa.

Jace cepat-cepat membawa Lisa masuk ke dalam teksi. Mereka balik ke rumah. Lisa seperti terkejut dengan sikap Jace seperti risau dengan sesuatu. Jace masuk ke bilik air untuk membasuh muka. Lisa membawa tuala kepada Jace dan memeluk belakang Jace. Lisa mencium Jace di pipi dan memeluknya. Lisa mahu kerisauan Jace berkurang. Jace seperti tidak boleh tidur jadi, Jace minum wine yang banyak dan tertidur di atas sofa. Lisa kesian dengan Jace dan dia terus menuju ke arah Jace.

Lisa meletakkan kepala Jace di atas ribanya. Sambil menggosok rambut Jace dengan lembut. Esok mereka pergi bercuti ke sebuah pulau. Cadangan tersebut diberi daripada Lisa kerana dia tidak mahu melihat Jace risau.

Semasa di airport, Lisa baru lepas keluar daripada tandas, tiba-tiba ada dua orang lelaki berdiri di depan Lisa dan menghalang dia dari pergi ke arah Jace. Jace ternampak dan cepat-cepat pergi ke arah Lisa dan memegang tangannya. Setelah keluar daripada kapal terbang, udara di sana sungguh segar.

Mereka masuk ke dalam resort nampaknya resort tersebut sungguh selesa. Mereka pergi ke pasar untuk membeli bahan-bahan memasak. Makcik di sana melihat mereka seperti pasangan suami isteri yang sedang berbulanmadu. Ternyata mereka sungguh comel dan sepadan apabila bersama.

Keesokan harinya, Jace duduk di kerusi yang terletak di luar tempat penginapan mereka. Dia membaca surat khabar sambil memikirkan bagaimana dia harus membunuh kedua-dua ekor hatu tersebut, jika tidak Lisa akan mati. Lisa melihat keadaan Jace, jadi Lisa ambilkan secawan air teh panas dan berikan kepada Jace. Dia memeluk Jace sambil mencium Jace di mulut. Lisa cuba untuk mengurangkan tekanan Jace.