Chapter 1

Lisa bangun dari tidur dan mengemas katilnya. Bau sarapan yang enak memenuhi selera makannya. Dia keluar dari bilik tidurnya dan ternampak Jace sedang menyiapkan sarapan untuk mereka pergi ke sekolah. Pagi Lisa dimulakan dengan ciuman daripada Jace di dahinya.

Jace meletakkan telur goreng dan sandwich tuna serta air susu segar. "Terima kasih." kata Lisa sambil memberi senyuman yang manis. Mereka bersiap dan pegi ke sekolah. Pagi sekolah di mulakkan dengan tugas membersih. Ada yang mencemburui mereka berdua kerana Jace tampan dan baik hati tetapi dimiliki oleh gadis yang bijak dan tidak pandai bergaul dengan semua orang. Tetapi cemburu itu tidak seteruk cemburu sekumpulan budak perempuan yang jahat seperti yang berlaku tiga bulan lepas.

Semasa mereka sibuk membersihkan kelas. Guru kelas mereka masuk dan menyuruh mereka berbaris dan pergi ke block belakang sekolah. Di sana terdapat gym yang baru disiapkan. Mereka perlu bertugas membersihkan tempat tersebut selama seminggu dan seterus bergilir dengan kelas yang lain.

Jace dapat tahu tentang tempat itu, hantu tidal boleh masuk atau melalui sempadan yang dibuat oleh orang zaman dulu atau hantu akan lemah untuk masa singkat bagi hantu yang berniat baik dan masa yang panjang untuk hantu yang berniat jahat. Lisa memandang muka Jace, Jace kelihatan tidak senang hati. Lisa dapat meneka tentang apa yang bermain dalam fikiran Jace. "Mungkin Jace risau tentang gym baru itu." monolog hati Lisa.

Lisa pergi ke arah Jace dan bertanya tentang apa yang difikirkan oleh nya. Memang benar tekaan Lisa. Lisa juga turut risau tetapi Jace mencium dahi Lisa dan berkata yang dia tidak perlu risau.