Chapter 3

Mereka pun pulang dari pulau tersebut. Ternyata percutian tersebut memang membantu mereka melegakan diri dan dapat menghilangkan tekanan diri.

Waktu untuk mereka pergi ke sekolah kini bermula selepas seminggu mereka bercuti. Mereka terpaksa membersihkan lagi tempat gym itu. Jace berdiri dekat dengan sempadan itu tiba-tiba tiupan angin sepoi-sepoi bahasa seperti datang ke arah Jace dan menolak Jace masuk ke sempadan.

Lisa memandang ke arah Jace, Jace memberi tanda yang dia tidak apa-apa. Baru lima minit Lisa memandang ke tempat lain, apabila dia memandang kembali ke arah Jace. Jace terbaring di atas tanah.

Mereka ingin membawa Jace ke hospital tetapi Lisa menelefon pemandunya dan dia membawa Jace pulang ke rumah. Dia berharap Jace dapat sedarkan diri. Malam tersebut sepatutnya mereka menonton filem hantu tetapi dia takut untuk menonton seorang diri. Jace dapat membaca fikiran Lisa, jadi dia bangun dan keluar dari bilik. Walaupun dia lemah tetapi dia bangun juga untuk meneman Lisa. Lisa terkejut dan terus pergi arah Jace dan membawa dia ke sofa.

"Tak apa, tengok lah cerita hantu itu. Saya duduk di sini untuk temankan awak.'' kata Jace. Sudah pukul 12 tengah malam, Lisa perasan yang Jace dari tadi meletakkan kepala di atas tempat letakkan tangan di sofa. Lisa pun angkat kepala Jace dengan perlahan dan lembut dan letakkan dia atas ribanya.

Keesokkan harinya, Lisa sedar dan lihat dirinya tidur di atas sofa bersama Jace. Dakapan Jace sangat panas dan sangat selesa. Sudah pukul 8 pagi jadi mereka bangun. Di sebabkan Jace lemah lagi, Lisa mengisi tub mandi dengan air panas dan membawa Jace masuk ke dalam tub panas tersebut. Lisa tolong membuka baju Jace dan tinggalkan dia di dalam bilik air sekejap untuk mengarahkan semua orang gajinya balik ke rumah masing-masing tetapi semasa dia bangun. Jace memegang tangannya dan meminta dia tunggu dan masuk ke dalam tub. Dia terpaksa masuk walaupun dia sudah mandi dan siap berpakaian.

Jace memeluk Lisa, jantung Lisa berdegup kencang. Jace boleh dengar jantung nya bergerap pantas. "Jangan risau, saya tidak akan memulakan apa-apa. Hanya duduk di dalam ini lama sedikit dengan saya." kata Jace untuk menenangkan Lisa. Lisa mengangguk kepala dan meletakkan kepalanya di dada Jace.

Mereka pun pergi makan bersama di kafe kegemaran Lisa. Selesai makan, Lisa mengarahkan semua pekerja balik. Jace membawa kereta dan membawa Lisa ke kuburnya sendiri. Lisa seperti tertanya-tanya mengapa Jace membawa Lisa ke sana. Mereka pergi melihat kubur Jace.

Jace mandang Lisa dan memeluknya dengan lembut. "Ini lah tubuh saya. Saya di sini tetapi hati saya tetap bersama kamu.'' kata Jace sambil memandang Lisa. Lisa berkata tidak apa jika dia terpaksa duduk di sini dan menuggu Jace. Jace mengeluarkan sekotak cincin dan menunjukkan cincin itu kepada Lisa. "Bolehkah kamu mencintai roh orang yang sudah tiada." tanya Jace. Lisa mengangguk kepala. "Saya tidak kisah orang atau roh yang penting orang itu haruslah orang yang saya cintai dan orang itu ialah awak." balas Lisa. Jace tersenyum dan menyarung cincin itu ke jari manis Lisa. "Ini ialah tanda yang awak sudah terikat dengan saya. Awak tidak akan dapat melarikan diri atau pergi ke mana-mana. Yang awak harus buat ialah bertahan." kata Jace sambil memandang mata Lisa. "Baiklah. Saya tak akan melarikan diri dari jejaka seperti awak." kata Lisa. Lalu Jace memeluknya dan menariknya rapat. Jace mencium mulut Lisa dengan penuh perasaan sayang dan cinta.

Lisa dan Jace pulang ke rumah, tiba-tiba Jace seperti mendapat pesanan yang Lisa akan mati jika Jace tidak berjumpa dengan dua ekor hantu itu. Jace pun mahu pergi, Lisa memegang tangan Jace. Lisa seperti tidak mahu melepaskan tangan Jace. Jace mencium dahi dan memeluknya. Kata-kata Jace seperti meyakinkan Lisa yang dia tidak perlu risau.