part 1

Heera betul kan tudung yang senget..ok perfect !
muntah hijau kalau aku nak gelak.
Baju tak gosok, tudung sarung ala-ala makcik..
Heera gelak kuat!! Perfect tang mana aku pun tak tahu.
Polis??? Omg!! Mana seat belt?
Mula la kalut tarik seat belt. Ni la padahnya pemalas nak pakai seat belt, 300 melayang!
Stuck!!
Time ni la gedik nak stuck. Cool Heera! take breath..and cool down..
Ok done! Smile!

Tok..tok..
Huh! punye la kuat mamat ni ketuk, macam nak retak cermin kereta aku ni.
Laju Heera turunkan cermin.
Tu dia muka lemon dia bagi dekat aku..bajet handsome la tu! Huh, poyo!
Sempat lagi Heera mengutuk dalam hati.
"Kad pengenalan dan lesen memandu makcik."
mendatar suara lelaki bernama Raid.
Muka aku mula tunjuk tanda-tanda nak jadi totamo masak.
Makcik??? what the hell?? Cool Heera, just smile.
"Zaina Baheera Binti Kamarulzaman..Zaina bermaksud cantik..Baheera..cantik,berseri,elok.."
Amboi-amboi mamat ni, jual minyak ke ape?

"Tapi, senyuman empunya badan..plastik! tak ikhlas, apatah lagi cantik.."
Pap!!
Ni bukan jual minyak, tapi bagi surat cinta!
Yang mamat ni letak dekat wiper tu dah kenapa?
Ingat wiper tu nak tolong pass dekat aku ke?

Laju aku turun ambil kertas dekat wiper. Bulat mata aku pandang kertas baru je aku capai.

"Hei, awak!!" kuat aku bersuara. lantak kalau ada yang nak pandang.

"Kenapa saman saya? Saya pakai seat belt apa?" aku mula tayang muka tak puas hati.

"Amir!!" Kuat Raid bersuara. Dari jauh kelihatan lelaki berpakaian biasa berlari anak.

"Ya tuan!"

"Boleh kamu tunjuk apa kesalahan mak cik ni"

"Makcik?? Excuse me.." sakit pulak hati aku
dengan mamat gila ni.

Kamera di tangan Amir di hulur pada mamat poyo..laju je mamat gila ni tunjuk kamera pada aku..
Errmmm...o..kk..nampak jelas muka macam makcik and paling penting with out seat belt!!

Aku melangkah hampir dengan lelaki bernama Raid ni..tangan laju meng google maksud Raid..kau ingat kau je boleh tahu maksud nama aku?
Hei, see the leg la. aku pun boleh,tapi dengan bantuan encik google la

"Raid..perintis,ketua..ada aku kesah?? hari ni hari awak,esok lusa belum tentu lagi" huh!
laju aku melangkah meninggal mamat poyo yang tunjuk muka bengang..
Lantak la!