Bab 1

Sepasang mata tajam memerhati sahaja gelagat sekumpulan gadis-gadis yang sedang berjalan ayu lenggang kangkung pulang dari mengaji di surau. Timbul idea nakal di otak geliganya lalu bahu rakan-rakan sekepalanya dicuit dan bibir dijuihkan ke arah sekumpulan gadis tadi. Masing-masing tersenyum nakal faham dengan apa yang ada disebalik kepala masing-masing bagai mereka mempunyai otak yang dikongsi-kongsi.

" Hah!!!!! "
" Arghhhhhh!!! "

Tebahak-bahak mereka ketawa melihat muka gadis-gadis comel tadi sudah bertukar cuak nak mati bila disergah oleh kumpulan mereka. Masing-masing berpelukkan bila jalan hadapan mereka dihalang oleh sekumpulan orang yang memakai kain pelikat yang dibuat seperti ninja hanya menampakkan mata sahaja. Pulak tu mereka ketawa mengilai-ngilai macam pontianak!

" Tepi lah! Orang nak lalu la! " jerit salah seorang gadis tadi bengang diusik begitu. Laju anak matanya menikam ke arah gadis yang berani menjerit ke arahnya. Gadis bertudung hitam berbaju kurung bunga-bunga itu direnung tajam. Siapa pulak si gemuk ni? Aku tak pernah nampak pun dia ni. Belum pernah lagi dia orang berani nak melawan aku! Tak boleh jadi ni.

" Hoi budak gemuk! Kalau nak lalu kau bayar lah dulu! Kau dah masuk kawasan kita orang kau tahu tak? Dah la gemuk tak lawa! Ada hati nak jerit dekat aku! " tempik salah seorang lelaki yang memakai kain pelikat kotak-kotak warna biru itu dimukanya. Gayanya seakan dialah ketua kumpulan mangkuk hayun ini.

What? Dia kata aku gemuk? Celah mana yang aku gemuk nya? Aku ni cuma gebu je tau tak? Oh main tempik-tempik perempuan eh? Dasar tak ada telur punya jantan keparat! Dia lantas melepaskan pelukan sepupunya. Dia mahu berhadapan dengan geng mangkuk hayun di hadapan mereka. Pantang betul aku orang nak mengutuk ciptaan Allah ni.

" Jangan lah! Nanti dia orang pukul kau " bisik sepupunya tadi takut-takut. Tangan dia ditarik supaya ke belakang semula. Ah tak kira! Apa? Dia ingat depan perempuan macam ni dia dah habis gangster lah?

" Bayar apa hah? " soalnya berani. Terangkat-angkat kepalanya cuba mencabar lelaki yang lebih tinggi di hadapannya tapi sikit pun dia tak gentar. Ek eleh! Duduk kampung je pun dah berlagak. Dasar samseng kampung!

" Geng! Ada budak gemok ni berani nak lawan kita la geng! Apa kita nak buat ni eh? " soal budak lelaki itu sinis. Mereka mula berjalan mengelilingi gadis yang sikit pun tidak menunjukkan rasa takut.

" Azad! Azad! Dah la. Lepaskan lah dia. Dia tak tahu apa-apa. Dia baru duduk sini. Tolong lah " rayu seorang gadis yang tadinya menyorok di belakang gadis tudung hitam tadi.
" Ah sana lah kau penyibuk! " tanpa rasa simpati jari telunjuknya naik di dahi gadis itu lalu ditunjalnya kebelakang.

" Oi apa hal kau ni kurang ajar sangat dengan perempuan hah! " bentak gadis itu. Sakit pula hatinya melihat lelaki itu memperlakukan sepupunya begitu.
" Wohooo garangnya! Budak bandar ni garang lah geng! Jom kita try tengok berani sangat ke dia ni. " provok budak lelaki itu sambil ketawa. Tajam matanya merenung si gadis dari balik kain pelikat itu. Gadis itu ikut memerhati budak lelaki itu bila mereka menghampirinya.

Salah seorang dari mereka mula menarik tudung gadis itu dari belakang. Si gadis senyum segaris sahaja masih bersabar.

" Kak cik! Kak Cik " panggil sepupunya tadi seakan berbisik. Risau bukan main kepalang lagi dia bila sepupunya yang memang terkenal dengan perangai kurang sabar dan pantang dicabar itu sudah menunjukkan taringnya disini.

" Aku nak kau bayar dengan denda kalau kau nak lepas. Kau jalan itik sekarang! " tengking si ketua tadi. Meledak ketawa gadis itu.

" Jalan itik? Habis kalau kau dah suruh manusia jalan itik, itik nak jalan macam mana? Kau ingat kita orang ni binatang? Cukup lah kau dengan geng kau ni je dah macam beruk mak nyeh! Uuk! Uuk! " ejek si gadis berani sambil menepuk tangan ke atas meniru aksi orang utan.

Peh bukan main berasap lagi si mamat ketua geng tadi. Yang lain sudah berpandangan sesama sendiri. Dia lantas merentap kain pelikat yang menutupi mukanya. Rambutnya yang serabai dibetulkan. Mukanya diraup dan tajam matanya mencerlung memandang si gadis.

Wow boleh tahan! Tapi sayang beruk maknyeh!

Dia lantas menghampiri gadis yang berani mencabarnya tadi. Kau siap kau gemok! Aku akan pastikan kau akan menyesal malam ni!

Si gadis bersiap sedia bila budak lelaki itu mula berjalan menghampirinya. Kain diangkat tinggi dan diikat di bahagian pinggangnya. Tinggallah seluar legging yang dipakai di bahagian dalam.

Baru tangan budak lelaki itu mahu mengcengkam lengannya, pantas tangan gadis itu terlebih dahulu memegang pergelangan tangan budak lelaki itu lalu dipusing kuat, sebelah lagi tangannya, dengan menggunakan telapak tangan menolak dagu lelaki itu ke atas.

Agak tersentak sedikit budak itu dengan kekuatan si gadis. Egonya tercabar. Dia yang pertama berani melawannya! Terkunci dia sekejap namun sempat kakinya menyilang di kaki gadis yang terleka itu. Dengan sekali tarik sahaja gadis itu sudah pun terjelepuk jatuh di atas jalan tar itu.

" Kak Cik! Kak Cik! Dah la Azad! " jerit si sepupu tadi. Dia menunduk mendapatkan si gadis tudung hitam itu. Si gadis yang masih duduk memegang lututnya yang terasa pedih. Terkoyak legging yang dipakai. Peritnya kulit bila tergesel dengan jalan tar tajam itu. Darah!

" Tak guna kau! " jeritnya dan berusaha untuk bangun semula.
" Dah la! Aku kata dah! " sepupunya hilang sabar dan mula menempik di depan muka si gadis. Seakan baru tersedar, si gadis merengus.
" Kau siap eh keding! Aku jumpa kau lagi kau aku tak bagi ampun dah! Aku akan balas! Kau tunggu! " cabar si gadis. Lurus jari telunjuknya hampir mengenai mula budak lelaki itu.

" Wooo seram lah sial! " provok si lelaki sambil terbahak-bahak ketawa. Sekumpulan gadis semua sudah berkumpul di belakang gadis tudung hitam minta dilindungi. Mereka berjalan melepasi geng mangkuk hayun tadi. Sempat lagi mata mereka bertemu. Kau siap!


" Weh apa hal kau ni berani sangat hah? Aku dah cakap jangan cari pasal, kau tak kenal siapa dorang tu. " bebel Sara sepupu gadis bertudung hitam tadi.
" Ah tak kira la siapa pun dorang tu aku tak peduli la! Kurang ajar betul! " dengusnya. Lututnya yang sudah mengalir darah menitis di atas jalan dipandang. Adoi! Kurang asam! Licik betul dia! Kau tunggu la keding, memang aku jumpa kau aku kenakan kau cukup-cukup!

" Ni kalau Uwan tahu, mati lah kita! Kau ni degil lah Kak Cik! " Sara masih membebel. Galau hatinya mengenangkan Uwan nya. Kalau lah dia tahu, sampai kiamat lah berdesing telinga ni kena bebel.
" Siapa diaorang tu hah? Kenapa kurang ajar sangat? " soal gadis yang dipanggil dengan gelaran Kak Cik oleh Sara itu.
" Ala, budak kampung ni juga. Perangai dorang tu memang sejak azali sebelum sunat lagi dah macam tu. Kau tu! Baru je duduk sini seminggu kau dah cari pasal. Aku berani potong rambut jadi botak la kalau lepas ni dorang akan cari kau balik! Mana pernah orang melawan lagi, kau orang pertama. Perempuan pulak tu! Mati lah kita " keluh Sara. Bahu sepupunya itu ditampar-tampar geram.

" Woi sakitlah! Kau apa hal? Meroyan? Alah relax lah. Nak takut buat apa? Dorang tu samseng taik kucing. Dengan perempuan pun nak cari gaduh. Jangan risau lah! Aku ni belajar Muay Thai tau " ujarnya. Ada semangat dendam dalam matanya. Nasib tadi pakai baju kurung ni je. Kalau tak muka dia yang tak kacak tu cium jalan tar dah! Huh!



" Hah kenapo balik lambat ni? Mano ekau duo poie hah? Merayap malam-malam buto macam ni! Uwan dah posan tadi kan, habis je mengaji balik! Orang lain Uwan tengok sumo dah balik, ekau duo tak sampai laie. Poie mano cakap! "

Baru sahaja kaki menginjak ke anak tangga pertama telinga sudah berdesing dengan suara Uwan Milah yang menyambut mereka di muka pintu dengan muka yang menyinga.
Masing-masing tersengih sahaja diam tidak berani menjawab.

Dua gadis yang tersengih berjalan itu direnung tidak lepas. Matanya menangkap salah seorang cucu didepannya yang terencut-encut berjalan.

" Sekejap! Tu kaki tu kenapo pulak tu? Jalan macam anak kambing patah kaki? Apo jadi tu? " soalnya masih dengan nada garang.
" Kak Cik? "
" Er Uwan. Tadi, er terlanggar batu tengah jalan. Terjatuh. Tu yang lambat balik " jawabnya perlahan. Sara sengetkan mulut. Hah tadi garang sangat kan? Sado sangat kononnya? Hah sekarang kau menjawab la dengan Uwan Milah. Bekas guru sejarah yang paling garang masa zaman pemerintahan dia.

" Sara! Kau songih tu kenapo? Betul ke apo Kak Cik cakap tu? " sergah Uman Milah bila dilihat Sara tersenyum-senyum di sebelah. Bulat terus mata Sara. Rasa macam nak terkencing dalam seluar disergah begitu. Macam mesin jahit, laju je kepala diangguk.
" Betul betul betul! " jawabnya masih terangguk-angguk mengiyakan.
Uwan Milah merengus. Matanya mengerlung ke arah lutut si gadis yang nampak sudah terkoyak kainnya dan nampak berdarah sedikit serta kesan luka.
" Dah masuk! Cuci luko tu lotak ubat. Lepas tu makan " arahnya tegas. Dia kembali masuk semula ke dalam rumah.
Sara tarik telinga sepupunya geram! Sebab kau aku sekali terjebak. Degil!



Penumbuknya dikepal-kepal dan ditumbuk tapak tangannya sendiri. Turun naik dadanya menahan marah dan rasa tercabar yang menggunung. Belum ada mana-mana perempuan yang berani melawannya bahkan lelaki pun tidak berani. Dari planet mana pulak budak tadi tu datang? Kurang asam betul!

" Weh tak habis lagi ke? Dah lah tu. Kau ni dengan perempuan pun kau nak cari gaduh. " tegur salah seorang rakannya. Dia merengus. Rakannya tadi dijeling lalu kepalanya diluku.
" Sebab dia perempuan la aku geram sekarang ni! Berani dia cabar aku! Aku Azad Hakeem lah! " balasnya marah. Timbul urat ditepi dahinya bila giginya diketap.

" Zad! Siapa eh perempuan tu? Tak pernah tengok pun? " soal lagi seorang rakannya.
" Itu lah aku tengah fikir ni. Tadi aku dengar dia cakap sepupu Sarah kan? Aku nak korang korek cerita dari Sarah esok dekat sekolah. Aku tak kira aku nak jugak! Faham? " arahnya tegas. Terangguk semua disitu. Faham kalau Azad dah naik angin.