BAB 2

'Ishh serabutnya otak aku ni!! Mama ni x habis ii nk paksa aku kawin dah kenapa?! Aku tua sangat ke?haisss umur aku baru 23 tahun kot ' Monolog Tengku Rayyan sendirian.

Tengku Rayyan memandu keretanya dengan begitu laju. Malahan ada seorang gadis yang hampir saja dia mahu langgar. Tengku Rayyan menuruni kereta Daimler-Benz itu. Dihadapannya ada dua orang gadis. seorang kurus plus seksi sedang mengurut kakinya. Seorang lagi gadis gempal yang sedang berdiri sambil berikan renungan tajam buat dirinya.

"Korang ok tak?" Soal Tengku Rayyan demgan nada yang ramah walaupun dia merasa tidak puas hati akan renungan tajam yang diberikan oleh Aina Sofea

"Ok? Buta situasi ke manat ni. Tak nampak kaki kawan saya ni terseliuh. Nasib terseliuh je tau. Kalau saya tak tarik dia tadi, silap-silap termati pulak dia kat situ" balas Aina Sofea dengan perasaan geram

"Atleast aku tanya jugakkan! kau kira beruntung tau aku berhenti tengok keadaan kau. Daripada aku lari tinggalkan kau. Kalau aku tahu kau tak reti bersyukur macam ni dah lama aku blah."

"Aina jangan la gaduh dengan dia nie, niat dia baik nak tolong kita. U..tolong i bangun." Raihana menhulurkan tanggannya dengan harapan Tengku Rayyan menyambut. Tapi sayang Rayyan hanya buat tidak tahu saja.

Tengku Rayyan melihat Raihana dengan begitu sinis kerana dia sudah lali dengan perangai perempuan jnis ini. Raihana memandang Tengku Rayyan dengan penuh simpati.

"Ouh, sorry aku baru je ambil air wudhu tadi." balas Tengku Rayyan dengan sinis.

Aina Sofea yang ingin membantu cuba menarik lengan kawannya itu. Malangnya Raihana menepis tangannya dengan kasar kerana sebal dirinya diperlakukan sebegitu. Aina Sofea tersentak

"Kau balik sendiri!!aku takda mood" mulut Aina Sofea sudah terlopong. Matanya hanya boleh menghantar Raihana pergi meninggalkannya. Jujur tiada niat di hati untuk dia meninggalkan rakan baiknya itu. Dia langsung tidak menyedari akan kata-katanya tadi.

'Hurm naik bas la jawabnya' desis hati Aina Sofea dengan nada yang lirih.

Tengku Rayyan tersenyum sinis bila melihat nasib gadis gempal itu. Tapi senyuman Tengku Rayyan mati apabila melihat lengan baju sofea terkoyak dan berdarah mungkin akibat terseret di jalan tar.

"Saudari.." Aina Sofea memusingkan badan untuk berhadapan dengan Tengku Rayyan.

"Jom aku hantarkan kau ke hospital. Lengan kau yang lemak berkrim tu berdarah la." Dengan segera Aina Sofea menutup lengan baju yang terbuka itu. Dia tidak mahu Tengku Rayyan melihat aurat yang dijaga selama ini.

"Tak apa la Saudara. Saya balik naik bas je. Lagipun ada bas terakhir yang akan lalu sini kejap lagi" Tolak Aina Sofea dengan lembut. Dia masih malu akan sikapnya yang terburu-buru marahkan lelaki baik ini.

"Lebih baik kau ikut aku kalau kau taknak aku buat apa-apa dekat kau" Ugut Tengku Rayyan. Aina Sofea memandang Tengku Rayyan dari atas kepala sehingga la kasut mahal yang dipakai oleh lelaki itu. 'Ada hati nak ugut aku. Tengok saiz la sedara. Siapa yang lagi besar dari kau' Bentak kata hatinya.

Tengku Rayyan dapat menangkap apa yang di fikiran Aina Sofea. Berani sungguh gadis ini mencabar dirinya. Tengku Rayyan mengayunkan kakinya mendekati gadis gempal yang memeluk tubuh sambil bersandar di sebuah kereta yang terparkir di situ.

Badan Aina Sofea jadi terundur ke belaknag akibat jarak yang Tengku Rayyan cipta antara mereka. Hampir terputus jantungnya bila muka Tengku Rayyan hanya senci dari wajahnya. Mereka menatap mata satu sama lain.

"Aku bagi kau pilihan samaada aku cium kau kat sini dan maruah kau tercalar ataupun kau naik kereta aku dan pergi hospital dengan selamat. Aku jamin" Bisik Tengku Rayyan di telinga yang ditutup tudung litup Aina Sofea.

"O..ok saya ikut. Dah la pergi jauh sikit boleh tak! Kita bukan mahram " Aina Sofea mengalah. Dia berjalan menuju ke kereta mewah Tengku Rayyan bila lelaki itu menjarakkan kedudukannya tadi. Jantungnya kembali berdegup seperti biasa.

????????

Tengku Rayyan memakirkan keretanya dihadapan rumah teres yang bertingkat 2. Halaman rumah bersih tiada pun sampah atau pasir. Walaupun cuma rumah teres yang kecil, Tengku Rayyan agak kagum dengan penjagaan rumah ini.

"Terima kasih ye saudara" Aina Sofea masih membahasakan panggilan 'saudara' kepada Tengku Rayyan

"Nama saya Tengku Rayyan. Ikut kau la nak panggil aku apa. Tapi jangan nama yang tak elok sudah" Kata Tengku Rayyan dengan selamba. Aina Sofea tergelak kecil kerana merasakan itu satu gurauan.

"Mana ibu bapa kau? Aku tengok sunyi semacam je rumah kau ni" Soal Tengku Rayyan sambil matanya meliar melihat sekeliling rumah tersebut. Pandangan Tengku Rayyan beralih melihat Aina Sofea yang menundukkan kepala dengan riak wajah yang susah untuk ditafsir. Tidak sampai sesaat dia tersedar akan ketelanjurannya.

"Sorry..aku tak tahu" Aina Sofea seakan tersedar dari bermimpi panjang memanggungkan wajah melihat Tengku Rayyan.

"E'ehh kenapa Tengku minta maaf" Tanya Aina Sofea.

"Sebab ibu bapa kau la" Kata Tengku Rayyan dengan lembut.

"Kenapa dengan ibu bapa saya?" Tengku Rayyan menyepetkan matanya. Geram sungguh dia dengan blue hyppo dihadapannya ini.

"Tadi aku tanya ibubapa kau mana! Lepastu kau tunduk kan. Jadi aku rasa bersalah la bila tanya kau macam tu. Aku ingat ibu bapa kau dah tak ada" Aina Sofea membulatkan mata.

"Eh tak, tak. Astagfirullahalzim.. Tak. Sebenarnya masa turun dari kereta Tengku Saya terpijak taik kucing. Busuk. " Aina Sofea menayangkan senyuman sumbingnya. Tengku Rayyan mengeluh berat.

"Oklah kalau tak ada apa-apa aku chau dulu. Assalamualaikum" Tengku Rayyan menaikkan kereta lalu meninggalkan asap di rumah Aina Sofea.

"Waalaikumussalam.." Jawab Aina Sofea untuk dirinya sendiri. Matanya masih melihat jalan yng diambil Tengku Rayyan untuk keluar dari situ.

'Kalaula si Tengku tu jadi suami aku kan best. Haih sofea please sedar diri tu. Orang gemuk macam kau ni layak ke berdamping dengan lelaki kaya, kacak dan cukup pakej macam Tengju Rayyan tu. Jangan mimpi la ' bantah hatinya yang polos itu. Pintu pagar dibuka lalu dia memboloskan diri ke dalam rumah.

Jangan lupa voteNkomen??