BAB 1

'Ishh..kenapalah diorang semua ni tengok aku ni macam nak makan aje' muka tembam aku mula menjadi panas. Aku rasa seperti diri aku diperhatikan. Aip bukan rasa diperhatikan tapi memang diri aku ini jadi tumpuan di kedai makan itu. Nak kata yang aku ini artis? Tidak. Ada ke orang nak ambil aku yang gemuk gedempol ni jadi pelakon. Michael ang yang badan gebu tu pun tak mahu.

Aku melihat jam dia tangan aku. Naik berpeluh aku tunggu cacing kerawit ni bersiap. Kata nak jumpa pukul 12:30 tapi sekarang dah pukul 2:00 dah. Janji melayu sungguh huh. Air milo aku mula mencair akibat tidak disentuh. Kesian aku kat air milo ni. Kalau dibuang membazir la pulak. Minum saja la.

"Aina sorry I'm late" Ya Allah minah rambut karat ni. Dengan salam tak ada, main terjah je. Nasib aku ni kuat semangat

Aku melihat Raihana dengan tajam. Raihana mula berasa cuak di hati tapi tetap mempamerkan senyuman manis kepada aku. Huh!! Cuak la tuu.

"Bagusla kau ni ana!awalnya kau datang?!"perli aku

Raihana mempamerkan muka sedih kearah aku. Aku mengangkat kening sebelah. Mula- mula aku yang jadi tumpuan di kedai ini tetapi selepas kedatangan Raihana. Semua mata tertumpu kearahnya. Mungkin sebab baju menjolokkan mata yang Raihana pakai kot. Bukan aku tidak menegurnya tetapi ada saja yang jawapan darinya. Aku pun tak faham. Macam mana la dia ni boleh jadi kawan karib aku.

"Alaa aku minta maaf la Aina bukan aku sengaja tadi traffic jam" aku tersenyum sinis. Raihana tetap dengan muka sedih yang langsung tak cairkan hati aku. Raihana mengibas rambutnya kebelakang. Rambut yang keperang-perangan. Setiap minggu mesti warna rambut berlainan.

"Yeke sebab kau tersangkut traffic? Aku tak caya la. Baik kau jujur ajelah ana. Bukan sehari dua aku kenal kau. Kau stuck ke kau pilih baju?" Soal aku. Raihana memberikan satu senyuman yang cukup lemak dan manis. Mata aku julingkan keatas.

"Ok! Nampaknya aku dah tertangkap. Ye aku lambat sebab pilih baju. Ala Aina macam kau tak kenal aku. Aku ni nak pergi depan rumah pun aku kena pastikan diri aku ni cantik tau" Aku memeluk tubuh memandang kearah lain. Raihana yang masih berdiri melangkah ke hadapan aku. Dia menundukkan badannya sedikit.

"I'm sorry ok.Jom kita pergi Mid Valley. Aku belanja kau coklat mahal yang ada kat sana tanda aku betul-betul minta maaf. Amacam?" Aku mengherotkan mulut ke tepi sambil berfikir.

"Ok aku maafkan tapi.."

"Tapi apa?" Kening Raihana ditautkan menjadi satu.

"Tapi kat Mid Valley tu kau hanya boleh singgah lima kedai je tau." Raihana membuat muka. Akhirnya dia mengeluh dan menarik tangan aku untuk berdiri tetapi tidak berjaya. Memang tidak berjaya la kalau badan aku lagi berat daripada minah ni. Melihat Raihana berputus asa membuat aku jatuh kasihanĀ  terhadapnya. Aku pun bangun dengan sendiri. Raihana tersenyum lalu memeluk bahu aku. Jadi sekarang ini kami akan pergi ke Mid Valley.

****

Bang!!

Bunya yang cukup kuat didengari. Burung ii pon sudah mengepakkan sayap kerana takut dengan bunyi itu. Tempat yang sangat terpencil yang pastinya takkan ada sesiapa yang berani kesana. Seorang lelaki mengelap darah yang sudah berlumuran di tangannya.

"Bos!! Ada panggilan untuk bos"

Lelaki itu mengankat keningnya.

"Hello" suara yang garau dan bisa menakutkan sesiapa sahaja

"TENGKU RAYYAN PUTERA BIN TENGKU HISYAM!!!" Suara yang lagi menakutkan darinya walaupun suara itu lembut bila berbicara

"Maa..kenapa macam marah kat ayen je? Ayen ada buat silap ke?" Tengku Rayyan merengek seperti anak kecil. Anak buah rayyan hanya menahan gelak. Tengku Rayyan hanya memberikan jelingan maut.

"Kamu tanya yang kamu ada buat silap ke tak? Ada tau tak! Ada sangat. Kamu dah janji nak datang rumah mama. Kan mama dah cakap yang Datin Rose dan Lisa tu nak datang rumah kita"

'Haiss serabutnya' Tengku Rayyan mendengus nafas dengan kasar

"Dan..Ayen dah cakap yang ayen tak berminat"

"Hiss budak ni!. Kamu dah janji. Kamu nak ke jadi munafik" Alamak mak dia dah bawa keluar unsur agamalah. Jadi sekarang dia tidak mempunyai alasan untuk membantah lagi.

"On the way" Hanya satu ayat dia terus menutup gagang.

Di tempat lain.

Tut

Tut

Tut

'Ayen...ayen bilalah kamu nak sedar yang kamu dah besar' rungut Tengku Isma. Pandangannya dialihkan melihat tetamu yang elok menunggu di sofa berhadapan television.

"Maafkan saya ye kak rose. Rayyan ni tak habis-habis buat perangai"

"Takpa la Isma. Budak-budak" Datin Rose mengosok peha Tengku Isma untung menenangkan kawannya itu.

Lisa tersenyum lalu menyelak rambutnya ke belakanng telinga. Sejujurnya dia tidak selesa akan pakaian yang dipakainya sekarang. Baju kurung? Memang tak tercacat dalam senarai pakaian hariannya. Ini pun sebab terpaksa kerna mahu menawan hati Tengku Rayyan.

Tengku Rayyan sudah menjadi tumpuannya bila mana dia dapat tahu dari Datin Rose bahawa Tengku Rayyan adalah pewaris Tengku's Holding. Tengku's Holding amat terkenal samaada diluar ataupun dalam negara. Siapa yang tak mahu kawin dengan orang sekaya Tengku Rayyan.

Tengku Isma menelan air liurnya dengan kesat bila melihat karenah Lisa yang tidak biasa akan kerja rumah. Nampaknya Lisa bukan menantu yang dia mahukan. Ciri-ciri yang dia mahukan tiada langsung akan anak muda itu.

"Emm Isma...kak rose dengan lisa balik dulu ye. Nanti abang jamil cari pulak"

"Mama kita tunggulah Rayyan balik" Bentak Lisa dengan nada yang dikawal. Datin Rose menjegilkan mata kepada anaknya. Geram juga dia dengan perangai gedik anaknya. Tengku Isma menahan dirinya daripada membuat muka jelik. Itu semua semata-mata untuk menjaga hati Datin Rose.

"Isma, kami balik dulu ye" Kata Datin Rose sambil memakai kasut. Lisa yang sedang memakai heels menayangkan muka sebal. Dia berjalan dengan selamba tanpa salam ataupun melihat Tengku Isma. Datin Rose senyum lalu melambaikan tangan buat kawannya. Tengku Isma mengeluhkan nafas dengan berat.

Halluuuuu...

Ok korangg nnty tunggu next chapter tau anda jangan lupa vote and komen yee??

And sorry pasal story cover tu sis x buat lagi..nny sis buatkan ye

Plezz komen and vote ye untuk GVSM TAUU??