Bab 1

"Hoi..."

"Astafirullahhazim" ucap Niza sambil mengurut dada. Kurang asam betul punya kawan. Nasib baik tak tercabut jantung ni. Hish... kacau daun betullah.

'Aku baru je aku nak fikir pasal masa depan aku, dah kena kacau.' Bisik hati Niza.

"Apa?" Marah Niza.

"Apa apa. Kau tak nak turun ke? Dah sampai dah ni. Ke kau nak tunggu anak raja datang sambut kau? Haha...dalam mimpi kau jelah." Sindir Sarah mengusik temannya itu.

Terus bulat mata Niza sebaik mendengar kata-kata aku.

"Hah...dah sampai??? Biar betul? Cepatnya, rasanya baru je aku duduk dalam kereta ni. Takkan dah sampai kot? Kerusi pun rasanya belum panas lagi." kata Niza lagi. Macam tak percaya dah sampai kampung aku.

"Niza oh Niza...Jangan nak berangan sangat." Kataku lagi dengan geram.

"Ya...ya...Okey, aku turun sekarang, ya." sahut Niza cepat-cepat.

"Macam mana nak perasaan, kalau duk berangan je," perli aku lagi sambil mengeluarkan beg-beg dari dalam bonet kereta.

Niza hanya mencebik bibir.

"Macam tau-tau je. Dah aku tak ada kerja. Aku berangan jelah. Lagipun, nak juga aku tahu pasal masa depan aku nanti macam mana." Malas cakap banyak, Niza terus turun dari kereta.

"Wow..." Tak berkelip langsung mata Niza sebaik melihat suasana di hadapan aku ni. Ya Allah, cantiknya. Aku baru perasaanlah. Tenang dan sejuk je hati aku.

"Cantikkan..." kataku sambil tersenyum.

"Memang cantik.Tadi aku langsung tak perasan." balas Niza. Aku mengiakan kata Niza.

Mata aku masih jatuh pada sawah padi yang terbentang luas di hadapan mata.Sangat cantik, sampaikan aku sendiri tak tahu nak cakap macam mana.

"Tak ruginya aku datang kampung, Sarah.” Aku hanya mengangguk mendengar kata-kata Niza. Cuti semester kali ini, sengaja aku dan Niza pulang ke kampung aku yang terletak di Kedah.Nak juga kenal-kenal negeri orang.

"Dah...dah... kau ni kan macam kali pertama pulak tengok sawah padi. Sampai nak terkeluar biji mata aku tengok. Jom kita naik atas. Nanti bising pulak mak aku, tengok tetamu kat luar. Lepas ni, kau tengoklah puas-puas. Tak tidur malam pun tak apa." Aku mempelawa Niza masuk ke rumah.

Terus Niza melangkah sambil mengheret beg rodanya.

"Sarah ajaklah kawan kamu tu minum. Mesti diorang penat. Mak dah siapkan minuman di atas,” Ujar si Emak.

"Eh, mak kat bawah rupanya. Ni nak bawa Niza naik lah ni. Mak tak minum sama," Aku segera merapati mak dan bersalaman. Niza juga begitu.

"Kamu berdua minum dulu. Mak nak ke sawah kejap abil barang tertinggal tadi," kata mak. Aku dan Niza hanya tersenyum dan mengangguk.