cerpen

BELUMS MASSACRE.


GADIS  berambut perang itu berterusan menggelengkan kepalanya.  Namun…

            Tuck! Tuck! Tuck!

Cangkul yang dipenuhi darah gadis malang  itu, dia gunakan semula untuk mengorek lagi lubang pada tanah dihadapannya itu.  Selagi dia tidak berpuas hati pada kedalaman lubang tersebut.

           Guruh yang berdentuman menandakan hujan bakal turun pada malam itu.  Tak dia hiraukan hilaian yang sengaja mahu menganggu konsentrasinya.

           “Yargh!” deramannya ketika mencampakkan tubuh yang terkulai- kulai  ke dalam lubang. Pom! Guruh lagi sekali memberi amaran pada sekujur tubuh bertopeng jerami itu supaya cepat.

         “Hahahaha”  tawanya kedengaran  lagi saat menimbuskan semula gemburan tanah.  Sambil sesekali dia mengerling ke arah busut- busut yang berselerakan itu.

          Seberapa banyak busut yang ada di situ dan  sebanyak itulah mayat yang telah dia tanamkan selain yang bergayutan pada pokok- pokok.  Ada yang tinggal tulang sahaja dan tak kurang juga yang masih dilekati isi- isi daging yang telah  dihurungi lalat dek kerana serangga itu suka pada bau yang busuk apatah lagi bangkai haiwan mahupun mayat  manusia!

          Tiada siapa yang tahu akan kewujudan figura misteri tersebut.  Figura yang hanya tahu memburu mangsanya, jika ada yang berani sampai ke tengah- tengah hutan yang diberi nama Belum itu.

          Dan tidak jauh dari kawasan yang sepi itu,  ada satu khemah usang yang telah lama ditinggalkan.  Teko yang bergayutan dibawah unggun kayu api tidak lagi berasap dan atas meja pula dihuni tarantula, ular- ular dan juga lipan bara gergasi.

         “Tidak! Jangan! Jangan!”  laungan dan rayuan lelaki itu pula yang kedengaran kini. Lelaki malang itu merupakan suami gadis yang kini telah pun  selamat dikambuskan dalam tanah.

        “Tolonggg!  sakitt! Argh!”  jeritnya dikala rambut yang figura misteri itu cekak kini ditarik untuk ke tempat lain pula.  Berdentum dan tulang belakang juga retak tatkala tubuh lemahnya dihumbankan ke perdu pokok tua tersebut.  Makin membuak- buak darah yang keluar dari dalam mulut lelaki malang itu sebelum ia menuruni bibir yang terkoyak itu pula.

          Tali jerami berwarna coklat yang tebal kini dia bulatkan  menjadi bentuk tali gantung sambil menapak ke arah tubuh yang semakin lemah.  Tergeleng- geleng seperti isterinya tadi ketika figura bertubuh kekar itu melutut di hadapannya.

          Dengan sekali balingan tali jerami itu kini memasuki ke leher lelaki yang cuba mengengsot ke belakang.  Baki tali pula figura misteri bertopeng jerami itu simpulkan pula pada tunggul pokok dengan seketat yang mungkin.

         Kemudian, figura misteri itu berpaling semula ke arah belakangnya.  Ada senyuman yang menyeramkan dibalik topeng jerami itu.

        “Argh!!” lelaki yang malang  itu menjerit lagi dengan penuh ketakutan apabila beberapa ekor tarantula mulai memasuki ke dalam baju dan mulutnya yang ternganga akibat telah diletakkan sesuatu ke dalamnya supaya bukaan mulut tidak tertutup dan ternganga sahaja.   Lipan pula makin laju bergerak ke arah lubang hidung.

         “Hahaha”

         “Hahaha” tawanya lagi.  Lelaki yang teronta- ronta itu tanpa dia sedar dia bakal menjerut lehernya sendiri dengan tali jerami yang mengelilingi lehernya akibat dari rontaan tersebut.

         Ark! Mata yang  dipenuhi takungan airmata itu terus  terbuntang. Mulut yang sememangnya telah  ternganga semakin kaku, dan kelihatan beberapa  ekor lipan bara sedang memasuki kedalamnya. Darah makin membuak keluar dan mengotori baju yang telah tersedia comot itu.

        Dengan sedaya- upaya figura misteri tersebut,  menarik tali yang telah dia bukakan simpulannya pada tunggul pokok di hadapan mayat kaku itu,   sebelum dia simpulkan pula pada dahan pokok yang lain.

      Dari jauh, mayat malang itu  kelihatan terbuai- buai seperti boneka- boneka voodoo yang tergantung pada pokok- pokok yang ada  ditepian Amazon River.


***


“TASEK BANDING?”

“Aha.. Lawa kot situ?  Aku ada kawan kat Ipoh.. Boleh aku ajak dia sekali..”  ujar Rin sambil memegang pamphlet destinasi percutian.

           “Ok jugak tu,  lagipun cuti sem pun panjang kan..”  sahut Aifa pula. Kiki yang mendengar tersenyum.  “Tapi takkan kita je? ajaklah sorang dua dari grup lelaki”  ujar Kiki memikirkan tentang keselamatan mereka di sana nanti.

          “Tu kau jangan risau,  kawan aku yang kat ipoh tu lelaki lah hihihi”  Rin berterus- terang mengenai Zack yang merupakan kekasih  terbarunya. Aifa mengerling Kiki sebelum tersenyum sumbing.

         “Ooo patutlaa…”  sahut keduanya sebelum mengangkat beg masing-masing.  Namun, dalam masa yang sama Kiki teringat satu cerita terror  yang pernah terjadi pada kawasan tersebut.  Tapi baginya mungkin itu lagenda moden.

         “Tak sabar rasa aku..”  Aifa mengutarakan rasa hati. Kiki yang agak pendiam diantara kalangan mereka hanya tersenyum.  Dia juga tak sabar mahu ke hutan yang telah digezetkan sebagai Hutan Diraja.


***


GADIS yang agak degil itu tetap mengayuh basikalnya ke dalam hutan tersebut  biarpun telah menerima larangan ibunya. Dia mahu dan harus ke situ untuk projek sekolahnya.  Dimana, dia memerlukan beberapa keping gambar yang menarik untuk pembentangan kelab Fotografi. Pemarkahan yang diberikan juga tinggi untuk prestasinya nanti.

            Takikan pada tunggul kayu api terhenti seketika.  Mendongak dan menajamkan pendengaran. Kembang- kempis hidungnya menghidu bau yang paling dia nantikan.  Bau darah manusia!

            Gadis yang ralit memandang di sekelilingnya  tidak menyedari bahawa dirinya makin ke dalam.  Suara unggas dan siamang beserta margasatwa lain kuat kedengaran.  Tak lupa juga ngauman Pak Belang.

           “Allah!” aduhnya  yang tersembam ke tanah.  Mendesah kesakitan sambil tangan meraba- raba tanah.  Dia ingin bangun. Suasana yang kelam tanpa ada jaluran cahaya mentari sedikit pun dari celahan rimbunan dedaun pokok- pokok yang ada,  menyukarkan penglihatan gadis itu. Hari pula kian beranjak ke senja.

          “Apa pula aku langgar ni?” omelnya masih lagi berusaha untuk bangun.  Tangan kiri teraba sesuatu, lalu jemari tangan itu terus meraba - raba permukaan yang keras dan berlubang- lubang.  

          “Apa benda ni?”  soalnya lagi lalu berpaling.  “Hah!” teriaknya kecil dan terus bergerak menjauhi benda keras itu.  Pandangannya kini, semakin tajam merenung tengkorak tersebut.

        Ada kesan darah  dan saki- baki daging  dan masih lagi basah seolah- olah ia tengkorak baru.  Pada ruang mata yang terpelohong itu pula, terdapatnya  seekor lipan bara gergasi merah yang sedang merayap keluar dan terus menyusup dicelahan semak.

       Nasiblah lipan tersebut tidak bergerak ke arah gadis yang semakin liar matanya itu.  Uwek! Terjeluak juga muntah yang cuba ditahan. Jelik dia rasakan tatkala melihat tengkorak tersebut. Malahan berbau busuk yang amat.

            Pandangan berbalam- balam akibat kacamatanya juga terjatuh sekali.  Sedang dia mencari - cari dicelahan semak, tiba- tiba matanya tertunak pada sepasang  kaki berseluar khaki yang telah dicemari debu- debu tanah juga cecair merah, sedang berdiri tegak mendepaninya.  

            Gulp! Tertelan   lagi liurnya direngkungan  tanpa dia mengira sudah berapa kali.  Dengan peluh yang semakin deras mengalir,  gadis itu mendongak ke atas dengan perlahan- lahan.  Mata terus membuntang, terkejut lalu terus terduduk semula namun,  agak ke belakang dengan kedua- dua telapak tangan terlekap pada tanah sebelah belakangnya.

             Manusia atau apa?  Wajahnya tidak jelas dek keadaan yang semakin gelap.  Hanya yang kelihatan cuma jerami sahaja. “Argh sakit!”  keluh gadis itu tatkala rambutnya telah dicengkam secara tiba- tiba lalu  diangkat ke atas pula!

          Cahaya dari  panahan kilat disamping bunyi guruh membolehkan gadis itu melihat wajahnya yang  memakai topeng yang diperbuat daripada kain jerami.

          “Allah!” laung gadis malang itu dengan  menggeletar kesakitan apabila tangan kanannya terputus dek takikan tersebut.  Memancut darah keluar dari tangan yang telah tinggal separuh itu.

           Gadis itu dihumban semula ke atas tanah.  Esak tangis kian kuat kerana terlalu sakit.  Tangan yang telah dipotong figura berbadan lelaki itu kutip semula.  Lalu dicampak ke hadapan gadis kudung itu. Makin kuat pekikan gadis itu menguasai kesunyian hutan.  

           Rintik hujan mulai turun dengan begitu lebat.  Ayunan kaki diperlajukan lalu mencengkam rambut gadis tersebut dan tanpa menghiraukan lolongan gadis itu,  ditarik lalu diseret supaya mengikutinya ke destinasi seterusnya.

           Destinasi seterusnya adalah caravan usangnya.  Karavan yang dipenuhi dengan darah serta tulang- temulang  dan juga keratan badan- badan manusia.

           Gadis yang telah pengsan akibat kehilangan banyak darah itu kini dia baringkan diatas sebuah meja.  Tangan yang kudung dan masih berdarah itu dibiarkan ke bawah.

            Perlahan- lahan gadis itu membuka matanya.  Mahu bergerak tetapi payah, badannya berikat pada meja tersebut.  Hanya matanya sahaja yang boleh meliar ke sana- sini.

         “Akan aku sembahkan korban aku yang seterusnya pada kau,  Azazil!” ujarnya seraya mengucup barangan yang akan dia gunakan sebentar sahaja lagi.  

         Makin laju gadis itu meronta saat terdengar ayat- ayat tersebut.  Azazil? Apakah figura misteri ini penyembah syaitan? Dari bentuk tubuh figura itu biarpun dari belakang,  gadis malang itu yakin dia seorang lelaki.

        ‘Kat mana lelaki gila ni bawa aku?  Sudahlah busuk… Ya Allah! Kau selamatkanlah hambamu ini..’

         Dia ingin berkata- kata namun mulutnya penuh dengan kain jerami.  Ikatan terlalu kejap menyebabkan tiapkali mahu bergerak diikuti dengan rasa sakit.  Apatah lagi tangan kudungnya itu semakin kuat denyutannya.

          Figura yang masih lagi kekal dengan topeng jeraminya semakin mendekati dengan sesuatu ditangannya.  Dengan sekali cengkaman sahaja pada rambut, gadis malang itu terus terdongak. Cekak besi dia masukkan ke leher lalu diketatkan punatnya, kepala tersebut kini dalam keadaan mendongak.

          Dan kini, kepala gadis itu tidak mampu memandang atas lagi dan memandang bawah secara semuanya dalam keadaan terbalik.  Kerambit terus dipasakkan pada tengah- tengah perut. Darah bukan sahaja membuak keluar dari luka tusukkan malahan dari semburan mulut yang terkeluar setelah  sumbatan kain jerami dibukakan.

           Mata yang penuh dengan ketakutan kini semakin sirna diganti dengan jegilan penuh kesakitan.


***


“KAMU betul- betul ke nak ke hutan itu?”  soal Afiq abang kepada Kiki. Kiki yang sedang sibuk mengemas barangan yang akan dibawanya nanti lantas  mendongak. Afiq yang berdiri di muka pintu terus melangkah masuk ke dalam bilik Kiki.

          “Aha bang.. Jangan risau bukan adik sorang..”

         “Abang bukan apa dik… Abang..”  Afiq agak serba- salah. Dia juga tidak pasti apa yang dia dengar itu betul ataupun tidak.  Memandangkan mereka bukanlah diluar negara dan kes- kes sebegitu paling menakutkan pun kes dukun Muna.  Ada yang kata urban legend.  

         “Kiki tahu apa abang nak ceritakan tu.. Pasal..”

         “Entahla Kiki.. Abang pun nak kata percaya sangat tu.. Taklah.. Mana mungkin kan?  Filem adalah.. Tapi, kena lah juga ambil langkah keselamatan.. Hutan tebal tu..”

         “Ok abang..”  Kiki menjawab sambil tersenyum.  Peta kawasan merupakan item terakhir dia selitkan pada bahagian tepi.  Kini beg backpack nya kembung dengan alatan tak lupa juga telekung.

         “By the way pukul berapa gerak esok?”

         “Aifa ambil dalam pukul lima pagi..”


***


“PERJALANAN jauh tak kurasa.. ooooo .. Balik kampung… Oooo Balik kampung..”  

           Gelak tawa canda ria menguasai keseluruhan ruangan  dalam kereta Haval tersebut. Radio makin lama makin berdentum.  Mereka kini telah pun berada di Lebuhraya Utara Selatan Plus. Memakan masa selama 1 jam keluar dari susur keluar Kuala Kangsar untuk ke Gerik.  Kemudian mereka harus menemui roundabout ke Pengkalan Hulu.

           Kiki walaubagaimana pun tetap akan update perjalanan mereka pada Afiq.  Dan dia yang merupakan pemain gitar tetap tidak akan melupakan bacaan surah- surah lazim.  Aifa yang penat bernyanyi kini asyik dengan Ipad pula.

          Rin yang duduk disebelah Aifa  adakalanya leka bermain mata dengan Zack yang berada ditempat duduk pemandu disamping seorang lagi rakannya,  Zahir.

           “Woi .. Pandang depan tu,” celah Aifa sengaja menyindir Zack.  Rin terus tersenyum sumbing. “kau ni kan.” sahut Rin malu-malu.

            Kereta Haval mereka bakal tiba ke destinasi.  Sedang Kiki asyik mengitari sekeliling dari dalam kereta,  matanya terpandang seseorang. Spontan tubuhnya ditegakkan lalu melekapkan mukanya pada cermin.  Mata makin dipicingkan pada tubuh yang sebelahnya bersembunyi dibalik semak.

           Makin dia membeliakkan matanya pabila terenung kapak ditangan figura tersebut.  Tertelan liurnya. Namanya dipanggil lagi dan kali ini dengan tepukan pada bahu.

          “Allah!” ucapnya lalu tersandar keterkejutan.  Rin dan Aifa terus menyoal kenapa dan kenapa. Kiki yang sememangnya dalam keresahan makin memucat tampangnya.

          “Kau ok tak ni? Apa yang kau nampak?”  soal Zack pula. Dia memberhentikan kereta ke tepi semak di mana Kiki terlihat sesuatu tadi.

          “Tak… Tak apa- apa, aku ok.  Kau orang tak perlu risau. Kita dah makin dekat ni,” dalihnya seraya memaparkan peta pada mereka.  Peluh pada dahi pula dia sekakan. Zack meneruskan pemanduannya.


***


KERETA HAVAL makin jauh mereka berlima tinggalkan.  Mereka tidak melalui jalan hadapan dengan alasan tidak mahu mendengar segala prosedur untuk memasuki ke dalam hutan paling tebal itu.  Dan mereka tidak menyedari bahawa cara mereka itu satu kesilapan terbesar.

           “Wah besar- besar ya pokok dalam hutan ni.. Tengok tu rafflesia..”  ujar Rin makin teruja mengambil gambar sekeliling. Kamera pula makin penuh dengan gambar pokok- pokok pelik tersebut.

         “Wei korang sebelum tu marilah bergambar dulu..”  Aifa dah mula mencari port untuk pose yang terbaik.  

        “ Okay, biar aku  snap,” ujar Kiki mahu mengambil kamera dari tangan Rin.  “ Eh, apa pula kamera ni automatik janji pasang timer..”  sahut Rin pula.  Kiki akur lalu mereka mula mencari angle  terbaik.

          “Okay get ready guys.. 3 .. 2.. 1 ..Say cheese”  

           Kamera itu juga telah menangkap sekali figura misteri bertopeng jerami.   Setelah puas bergambar dengan pelbagai posing mereka meneruskan  kembali perjalanan.


***


“ZACK!  Tak dalam sangat ke kita pergi ni?”  soal Aifa berasa gusar melihat sekeliling yang dipenuhi pokok- pokok gergasi,  bunyian margasatwa dan adakalanya terserempak dengan.ular yang bergayutan pada dahan pokok.

          “Aifa, jangan takut kami abam sado kan ada..”  ujar Zack seraya mengerling Rin. Rin juga membalas renungan tersebut dengan jelingan manjanya. Kiki pula makin berada dalam keadaan berjaga- jaga.  Aifa sesekali menjerit kegelian apabila terpandang lipan dan tarantula yang merayap.

          “Aduh awak!”  jerit Rin hampir mahu tersembam di belakang Zack.  Nasib Zack pantas berpaling lalu menyambut tubuh tersebut.  Kiki menajamkan matanya pada batu pelik tersebut.

         “Apa aku langgar tadi ya?”  soal Rin menunduk untuk mencari.  Kiki yang mendahului telah pun menunduk lalu dia terus  mengambil batu pelik yang tersembunyi dibalik semak.

        “Ya Allah!”  teriaknya seraya membaling tengkorak tersebut.  “Argh!!” pekik tiga orang gadis itu lalu berpelukan. Zack dan Zahir saling merenung sesama sendiri.  Juga menelan liur. Tengkorak manusia!

        “Ya Allah!  Ni lagi!” teriak Rin meloncat pabila kakinya tersepak tulang kaki pula.  “Uish.. Korang janganlah begini! Biasalah hutan besar kan.. Maybe  ini tulang- temulang orang asli ..  Diserang haiwan mungkin..” Zahir cuba menenangkan kekalutan yang sedang melanda.

          “Betul kata Zahir tu korang.. Tak baik kot terpekik- terlolong dalam hutan tebal begini..”  sahut Zack. Rin yang terpeluk Zack kini termalu alah.


***


SEMENTARA yang lain memasang khemah dan mengemas apa yang patut. Kiki pula dalam perjalanan ke arah bunyi aliran air.  Aifa mahu menemani namun demikian, Kiki pula tidak mahu. Memandangkan jarak antara sungai tersebut berkemungkinan dekat dengan khemah mereka.

           “Zack! Rin temankan Aifa cari tempat membuang kejap..”  Dan kata- kata tersebut mendapat anggukan dari Zack yang sedang leka memasakan hujung kayu ke dalam  tanah. Setelah mendapat persetujuan, Rin memanggil Aifa untuk terus bergerak.

             Zahir pula sedari tadi merenung sesuatu dari tempat dia sedang berdiri itu.  “Bro.. Kau usyar apa tu?  Nak kata awek hutan kot!”  Zack menyapa sambil menampar bahu itu.  Zahir terkejut lalu laju meletakkan jarinya atas bibir.  Zack jeda. Dah kenapa?

          “Aku malas nak cakap tadi,  kau tahu jela mereka bertiga tu..  Aku rasa aku nampak khemah lah! Ada orang lain khemah jugak ke?”

          “Yela kot tu..”  sahut Zack acuh tak acuh.  Namun, dia terdiam seketika.  Zahir juga dia arahkan supaya memasang telinga.  “Kau dengar tak apa yang aku dengar?” soal Zack terus liar matanya.

         “Aku dengar bunyi kayu kena takik,  betul?” soal Zahir pula. Dia menajamkan lagi pendengarannya dan kini dia terdengar pula jeritan.  “Aku dengar orang menjerit ni”

         “Apakah? Aifa?”

         “Rin dan Kiki!”


***


ZAHIR dan Zack tanpa mahu berlengah lagi terus bergerak.  

         “Zack! Zahir!  Mana yang lain?” soal Kiki yang muncul dari arah hutan.  Wajahnya dipenuhi bintilan peluh dengan tangan yang kosong.  Mana botol dia pegang tadi?

       “Kau dari mana?  Bukankah?”

       “Aku...Aku.. Aku jumpa sesuatu”  ujar Kiki terketar- ketar. Masih segar diingatannya pokok yang bergantungan mayat itu.  Silapnya sendiri yang mahu mengitari kawasan ditepi sungai itu.

       “Apa yang Kiki jumpa?  Cakaplah kat kami,” gesa Zack semakin cuak.

       “Arghhh!”  Jeritan tersebut telah mengejutkan mereka bertiga.  “Rin dengan Aifa mana?”

       “Aku rasa mereka dalam..”

       “Bahaya!”


***


SALING meronta- ronta dalam ikatan yang kejap tersebut.  Sungguh mereka berdua tidak menyangka akan terhumban ke dalam neraka  ciptaan figura misteri tersebut. Hanya airmata menjadi peneman setia.

           Walaubagaimana sukar sekalipun,  Rin tidak sesekali akan berputus asa.  Biar terpaksa menanggung kesakitan namun kedua- dua belah  tangannya yang terikat dibelakang, tetap akan dia cuba longgarkan.

            Aifa juga meronta- ronta.  Dia pula tangan terikat pada sebelah atas.  Jika dilihat agak sukar untuk dia lepaskan diri.  Keriut pintu membuatkan kedua- duanya saling berpandangan.  Linangan airmata semakin laju apabila derap kaki tersebut semakin menghampiri.

           “Ya Allah! Tolong bantu hamba- hambaMu ini..”  Doa Aifa secara perlahan- lahan apabila sepasang kaki berseluar lusuh telah pun tegak berdiri dihadapannya.   Apakah gadis itu akan mendahului?

           Kemudian, figura bertopengkan jerami itu berpaling pada Rin pula.  Makin gadis itu cuba menjauhkan dirinya. Sambil tergeleng- geleng.   Perlahan- lahan figura misteri itu menapak ke arah Rin.

           ‘Tak.. Jangan!  Jangan!’  desis hatikecil Rin benar- benar ketakutan kini.  Aifa makin menderam ketika tubuh gadis kecil molek itu diangkat lalu diletakkan pada bahunya yang kelihatan berotot.  

            Rin mengangkat tangannya yang berikat itu meminta tolong pada Aifa.  Tapi Aifa juga berikat? Lirikan mata Aifa mengikuti langkah tubuh figura itu sehingga lesap dalam kegelapan.  Dalam masa yang sama, Aifa tetap meronta.


***


TUBUH Rin kini dia tegakkan pada kayu palang berbentuk huruf T.  Tangannya terus mengangkat tangan gadis yang masih lagi berikat tersebut.  Kemudian, dia ikatkan pula tangan gadis malang itu secara menegak pada tiang atas kepala.

             Pita pelekat berwarna  hitam tebal ditariknya dengan sekali rentap.  Rin meraung kesakitan. Laju tangannya merengkuh rahang Rin.  Ibu jari dan jari telunjuknya menekan kedua belah pipi supaya mulut yang terbuka itu agak muncung sedikit.  

             Tanpa sebarang amaran,  gunting ciptaannya yang berbentuk seakan  spanar tetapi berkekisi tajam serta berpunat dihujungnya,  terus dia masukkan ke dalam mulut mangsa di hadapannya itu. Lalu  dia cuba mengepit lidah gadis bernama Rin itu.

          Tubuh makin mengigil kerana  terpaksa menahan rengsa pada seksaan lidahnya yang terkepit pada gunting tersebut.  Airmata pula bertambah laju alirannya.

            Lidah yang telah dikepitkan itu, figura misteri  itu terus menariknya dengan sekuat hati, supaya lidah milik Rin dapat dia  keluarkan dari dalam mulut gadis malang itu dengan sepanjang yang mungkin.

           Tiap kali jari kelingkingnya bermain dengan punat,  makin terpotonglah lidah gadis bernama Rin. Darah mulai melimpah keluar ke dagu lalu menitis ke dada dan terus ke lantai.

            Tuck!

             Gunting tertutup rapat.  Dan di celahannya pula terlekatnya lidah Rin.  Darah membuak keluar. Namun, figura itu merasakan mangsanya itu tidak cukup seksa lagi.  Dan kali ini, dia ambil penunu bunsen, dibukakan api lalu dilalukan bawah dagu gadis yang semakin pucat dan lelah kerana kekurangan banyak darah itu,  dengan tujuan mahu melayur dagu.

              Bau daging terbakar  menerawang dalam ruangan tertutup tersebut.   Seksaan yang terakhir dari figura bertopeng jerami diteruskan dengan mengambil belati yang kemudiannya,  belati tersebut dia dekatkan pada mangsa sebelum dia terus tekankan belati itu sedalam yang mungkin ke dada.

          Bukan itu sahaja seksaan yang figura berpewatakan   pesakit mental itu lakukan!

         Malahan, figura itu  menarik belati pada tikaman tersebut  bermula dari dada mangsa lalu membawa ke bahagian bawah perutnya.  

      ‘Allah!’  Rin sudah tidak mampu untuk bersuara lagi kerana lidahnya telah terputus.  Hatikecilnya sahaja yang mampu melafazkan takbir dikala nyawanya dihujung tanduk.

        Aifa yang berada di luar akur dan tahu nyawa sahabatnya itu telah pun tiada.  Aifa tidak lagi mendengar raungan kesakitan dari balik pintu hijau itu.


***


“YA ALLAH!” laung  Zahir benar- benar terkejut.  Zack juga terlopong sambil melangut ke atas sambil  mengitari sekelilingnya, yang dipenuhi gayutan kaki manusia.  

           “SubhanAllah!  Di sini pun ada?”  

           “Apa maksud kau Kiki?  Kau ..Kau ada jumpa lagi ke?  Apa semua ni korang?” soal Zack masih lagi berpusing melihat kaki- kaki tersebut.

           “Ya Allah korang!  Tu.. Tu..” teriak Zahir pula seraya berlari ke pokok lagi satu.  Dalam ketakutannya terselit juga sedikit keberanian. Diikuti Kiki dan Zack.

          “Mayat?” soal Zack lalu terus terjeluak muntahnya.  Mana tidaknya, mayat- mayat yang bergantungan bak boneka Voodoo itu ada yang masih dalam keadaan baru dan  telah dihurungi lalat dek baunya yang teramat memualkan tekak sesiapa sahaja yang menghidu.

           Kiki yang kengerian terus mendapatkan mereka berdua.  Zack masih lagi termuntah- muntah. “ Apa kita nak buat ni?  Ain dengan Rin masih belum kita jumpai .. Dan kini ini pula?”  omel Kiki keresahan.

           Pukk!

         “Makkk!” laung Kiki terus memeluk Zahir.  Zack dan Zahir juga terkejut. Badan yang tinggal separuh akibat perut terperuak luas telah terpisah dua dan jatuh ke tanah.  Berdengung- dengung langau menghurunginya.

         Uwekkk! Zack lagi sekali muntah.  Hidung mereka terpaksa menghidu bau bangkai dan masam dari muntah Zack.

         “Argh!!”

         “Siapa tu?  Jeritan siapa tu?”  soal Zahir. Kiki masih lagi berada ditepi Zahir malah dia kini beralih tempat kerana tidak sanggup mahu melihat keadaan tubuh separuh itu lagi.

         “Aku rasa ada yang tak kena kat sini,  Zahir .. Kiki.. Sebenarnya, aku semenjak kita sampai lagi aku terasa bagaikan sedang diperhati.. Korang tak rasa ke?”

          Kiki berubah tampang wajahnya.  Tak sangka Zack juga merasai perasaan.yang sama sedang dia lalui kini.  “Korang.. Actually  aku ada benda nak tunjuk..”  Kiki terus mengangkat kameranya lalu memilih gambar.

        “Nah lihat ni…”  ujarnya lagi seraya mengunjuk kamera tersebut pada dua orang rakannya itu.  Makin berkerut dahi kedua- dua pemuda itu.

        “Siapa dia ni?”  soal Zack pada Kiki.  Kiki hanya mampu mengangkat bahu.  Figura misteri itu hanya nampak.separuh badan sahaja dibelakang Aifa dalam gambar tersebut.

         “Hah!”

         “Shhh.” Zack mengarah supaya Zahir dan Kiki senyap seketika.  Dia mahu menelinga lagi. Bunyi derapan dan seretan benda berat tersebut semakin menghampiri.

         “Bersembunyi!”  Arah Zack lagi. Kini ketiga- tiga pelajar jurusan Masscom itu kelam- kabut mencari tempat persembunyian.

         “Weh sini!  Sini!” panggil Kiki.  Zack dan Zahir terus meluru ke dalam semak yang tebal tersebut.  Setelah ketiga - tiganya duduk dan menyepikan diri. Mata mereka kini dipicingkan lagi apabila kelihatan sekujur tubuh berbadan kekar sedang menarik sesuatu.

           “Ya Allah mayat!”  Jeritan kecil Kiki terus terhenti apabila tangan Zack memekup mulutnya.  “ Diam,” bisik Zahir pula apabila figura misteri yang ingin mengikat sesuatu itu berpaling ke arah semak.  Makin bertambah peluh mereka kini. Degupan pada jantung semakin bertambah.

            Figura bertopeng jerami itu pula masih lagi tersenget- senget pada semak di mana Kiki,  Zack dan Zahir berada. Dia menderam lalu berpaling semula pada mayat gadis yang baru di bunuh itu.  Yang seorang lagi masih lagi berada dalam karavan dengan dada yang terpelohong.

           “Tapi?” bentak Kiki agak berang apabila diarahkan supaya bersembunyi di situ.  

           “Buat sementara.. Aku akan cuba tarik perhatian mamat psiko tu,  dan Zahir akan ke khemah kita untuk ambil telefon..  Aku tahu line  memang takde tapi tak cuba tak tahu!”  

          “Kau pergi cepat Zahir!  Biar aku cover  kau!”  arah Zack sekali lagi.  Zahir menganggukkan kepalanya lalu perlahan- lahan melakukan pergerakan.

            Tuck!


***


MATA sekali lagi dia cuba bukakan.  Kepedihan yang melanda tadi semakin berkurangan.  Mata kini meliar ke seluruh tempat pelik itu. Mulut terpaksa bergerak dari balik tape hitam yang tertampal itu.  

           ‘Ya Allah apa semua ni?  Aku kat mana ni? Mana semua orang ni?  Kenapa tinggalkan aku kat tempat sebegini?’   Gumam hatinya.  Pergerakan terbatas kerana dirinya terikat ketat.  

           Keriut pintu meresahkan hatinya lagi.  Kepala masih lagi pening, dia pejamkan semula mata dengan harapan pandangannya semakin jelas.  

            Tiga orang lelaki kini sedang tegak berdiri di hadapan Kiki.  Masing- masing tersenyum sinis manakala figura bertopeng jerami itu pula masih lagi dengan ulahnya yang adakalanya nampak seperti  blur.  Namun,  kapak masih lagi kekal dipegangan.

           “Dah bangun?”  soal satu suara.  Kiki yang menunduk akibat pening kini terus mendongak.  Kenapa dia seakan pernah dengar akan suara tersebut.

           “Hoi apa lagi kau tunggu?”  bentak rakannya seraya mengetuk kepala figura bertopeng jerami itu.  Dia yang patuh dengan arahan tersebut terus membelakangi mereka dan mengangkat Kiki.  Kiki meronta- ronta ingin dilepaskan.

           Kiki dibawakan ke meja.  Kaki tangan diikat pada empat bucu tersebut.  Setelah itu, dia kebelakang semula sambil terteleng- teleng.  Kedua- dua lelaki misteri itu menanggalkan topeng mereka.

          Mata Kiki dari kuyu kini membulat.  Dia mengenali mereka ini!

           Zack menapak mendekati wajah Kiki lalu tape  hitam direntapnya kuat.  Kiki menjerit namun, menerima tamparan dari Zack.

           Kiki memaling semula wajahnya.  Bibirnya berdarah dan mencerlung tajam pada keduanya.  Dia menggenggam erat tangannya biarpun terikat.

         “Kau Zack?”

         “Kau Zahir? Apa semua ni?”

         “Diamm!” bentakkan tersebut membuatkan  Kiki bertambah sakit hati. Sungguh dia tak menyangka bahawa Zack dan Zahir bersengkokol.  Adakah Aifa dan Rin juga hilang berpunca dari mereka?

           Zack dan Zahir terus tertawa dengan lantang.  Kiki makin keliru dengan semua ini. Setelah tawa reda,  Zahir mengangkat sesuatu dari dalam tong drum. Kiki terbuntang mata tatkala melihat kepala Rin dan Aifa dalam pegangan Zahir.  

            Kepala tanpa tubuh!

“Kau berdua pembunuh! Pembunuhhh!”  jerit Kiki seakan kesurupan. Badan meronta dengan kuat ingin melepaskan diri.

          “Arman apa lagi?  Bisinglah! Cepat diamkan perempuan ini!”  Zack terus mengarahkan figura bertopeng jerami itu supaya melaksanakan tugasnya.  Zahir pula masih lagi dengan ulahnya mengigit kuku yang dilekati darah.

         “Jangan! Jangan!...”

***


BUNYI  takikan tulang masih lagi bergema dalam karavan tersebut.  Adakalanya bunyi gergaji elektrik juga menguasai ruang yang agak sempit ini.

         Figura misteri itu pula mengangkat kepala Kiki yang terbuntang mata dan terjulur lidahnya sambil tergeleng- geleng kepalanya akibat ‘kenan’  lalu dimasukkan ke dalam tong yang berisi beberapa lagi kepala manusia berwajah penuh kesakitan.

           Di atas meja bersebelahan almari usang kelihatan beberapa fail yang telah dikoyakkan.  Dan keratan surarkhabar.

           TIGA ORANG PESAKIT MENTAL KINI DALAM BURUAN PIHAK BERKUASA.  

            Gambar Zack,  Zahir dan Arman.


***


SEHINGGA kini kes kehilangan pelajar dari USM masih lagi tiada berita.




tamat

6.39 pm

isnin