Chapter 1

Bab 1

Pagi itu Sara bangun awal pagi. Perutnya memulas-mulas dari malam tadi. Berpuluh kali berulang alik ke tandas. Lemah longlai rasa badan akibat semua isi perut dilepaskan banyak kali. Dia hanya menelan Panadol sebab itu sahaja yang ada dalam simpanan ubatnya. Sarah mengeluh panjang sambil berdiri di depan cermin meneliti mukanya.

“Teruknya muka aku! Pucat macam hantu lepas beranak!” Sarah sempat membebel seorang diri. Menyesal betul dia memesan nasi goreng pedas malam tadi. Ambek kau! Padan muka nak sangat pedas,cirit dapatnya. Dia memarahi dirinya sendiri. Rakan baiknya, Suzana lah yang suruh dia mencuba nasi goreng itu di kedai mek Kelantan yang baru dibuka bersebelahan dengan kawasan kejiranan mereka.

“Kau kena cuba Sarah! Terbaik nasi goreng pedas kat sini. Don’t worry laa…Paling teruk pun kau sakit perut je. hahahaha…” Terngiang-ngiang kata Suzana malam tadi untuk memujuknya semasa sedang membuat pesanan. Sarah mendengus marah bagaimana dia boleh termakan kata-kata budak itu.

“Kalau jumpa dengan kau nanti siaplah Zana! Aku ketuk kepala kau nanti!”

Rambutnya disisir perlahan-lahan dan dibuat belahan ke tepi. “Rambut aku tak cantik, dah la pendek..cepat panjanglah!” Sarah separuh menjerit seolah-olah memarahi rambutnya. Tiba-tiba Sarah terdiam. Dia seakan tersentak dan seperti mengingati sesuatu.

Senyumannya lebar sampai ke telinga. Sakit perut yang ditanggungnya tadi tiba-tiba hilang. Macam ada sesuatu yang membuatkan dia teruja!

...bersambung
Bab akan datang:
Apakah yang diingati oleh Sarah?