×tujuh×

AURORA menolak troli berisi barang dapur menuju ke arah kaunter bayaran. Dia melepaskan keluhan apabila melihat semua kaunter dipenuhi orang. Terpaksalah dia beratur di dalam barisan yang panjang ini. Hujung minggu begini Aurora memang selalu akan membantu ibunya membeli barang dapur. Lagipun dia bukannya ada kerja pun di rumah. Mata Aurora terarah kepada seorang lelaki bertubuh tegap yang berada di kaunter sebelah. Dahinya dikerutkan sedikit. Rasanya dia macam kenal dengan lelaki itu. Aurora mengukir senyuman apabila dia memang betul-betul mengenali lelaki itu.

"Haizar," panggil Aurora agak kuat.

Haizar terus berpaling ke arah Aurora. Lelaki itu turut tersenyum. Dia terus melambai ke arah Aurora.

"Jom minum-minum kejap lepas ni. Aku dah lama tak jumpa kau," ajak Haizar.

Aurora mengangguk. Ya, memang dah lama mereka tak berjumpa. Kali terakhir Aurora berjumpa dengan Haizar adalah ketika hari konvokesyen sahaja. Setelah itu, mereka terus pulang ke Malaysia dan terputus hubungan. Lagipun, Haizar adalah kawan baik Syed Ikhwan. Jadi, tak ada sebab untuk Aurora terus berhubung dengan lelaki itu.

Setelah selesai membayar semua barang, Aurora dan Haizar sama-sama melangkah ke arah kafe berhampiran. Mereka memilih meja yang jauh tersorok di dalam kafe.

"Kau dah lain la sekarang ni Haizar. Nampak makin handsome. Dulu tak macam ni pun," puji Aurora.

"Eh, aku memang handsome dari dulu. Kau yang tak perasan." Haizar ketawa lepas.

Banyak perkara yang dibualkan oleh mereka berdua. Siapa sangka Haizar sekarang membina kerjaya sebagai seorang model antarabangsa. Jauh sangat dengan bidang kejuruteraan yang dipelajari olehnya.

"Marissa, kau dengan Ikhwan macam mana?" tanya Haizar lalu mencicip sedikit kopi dari cawannya.

Aurora terkedu mendengar soalan Haizar. Bukannya Haizar tidak tahu tentang hubungan mereka yang sudah terputus setelah Syed Ikhwan mengambil keputusan untuk berkahwin.

"Aku minta maaf kalau kau tak selesa dengan soalan aku. Tapi kau kena tahu satu hal, Ikhwan tak pernah terima perkahwinan itu. Dia sengsara sangat. Cuma beberapa tahun kebelakangan ini saja dia baru jumpa kebahagian itu. Ikhwan terpaksa tutup aib keluarga dia."

Haizar memandang tepat ke arah bebola mata Aurora. Gadis itu langsung tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Mungkin semua ini agak berat untuk Aurora terima.

"Aku dah lama lupakan dia. Kau pun tahu macan mana aku struggle untuk lupakan dia. Hati aku hancur sangat. Kesannya, sampai sekarang aku tak boleh terima mana-mana lelaki. Aku tak nak ambil tahu dengan masalah keluarga dia. Apa yang aku tahu, dia dah khianati aku." Suara Aurora kedengaran sedikit bergetar.

Haizar tersenyum pahit.

"Eh, kau kerja mana sekarang." Haizar cepat-cepat menukar topik. Dia tak nak pertemuan mereka dihujani perkara silam.

"Aku kerja dekat sini juga. Kerja makan gaji je. Cuti pun tak dapat rehat." Aurora mengeluh.

Memang penat menjadi seorang Marissa Aurora. Dia terpaksa sibukkan diri untuk jauhkan diri dari semua masalah yang melanda. Dengan cara ini sahaja Aurora dapat lupakan semua masalah. Lagipun, semua kerja yang diselesaikan memberi kepuasan untuk dirinya.

"Macam tu lah kalau kerja makan gaji. Aku dulu pun kerja dengan off-shore. Tapi fikir penat memang lemah betul. Aku terus join modelling lepas tu. Now, it's my passion." Haizar tersenyum manis.

Sedang mereka berbual, datang seorang lelaki lengkap berkemeja dan blazer datang menyapa. Terlopong mulut Aurora melihat Syed Ikhwan. Macam mana pula lelaki itu boleh nampak mereka di sini. Tempat duduk ini juga sudah cukup tersorok. Haizar menjemput Syed Ikhwan untuk menyertai mereka. Aurora pula sudah mula tidak selesa. Sepatutnya dia tidak bertemu dengan lelaki itu pada hari cuti begini.

"Kau dari mana Ikhwan?" tanya Haizar.

"Aku dari pasaraya tadi. Beli barang sikit. Kau sejak jadi model ni, susah betul nak jumpa kan." Sempat Syed Ikhwan menyindir rakannya itu.

Haizar ketawa lepas. Memang audah banyak kali Syed Ikhwan mengajaknya untuk berjumpa. Malangnya tiada masa yang sesuai. Haizar banyak bekerja di Amerika Syarikat. Jika ada cuti sahaja dia akan pulang ke Malaysia.

"Anak kau dah besar ke. Rindu betul nak jumpa Aryan."

Syed Ikhwan mengangguk. Dahulu Syed Ikhwan memang selalu bawa Aryan berjumpa dengan Haizar.

"Diam saja kau Marissa," tegur Haizar.

"Sorry, aku minta diri dulu." Aurora mencapai barang-barangnya lalu bergegas pergi. Dia memang tidak senang dengan kehadiran Syed Ikhwan.

Langkahnya terus dibawa ke arah kereta. Semua barang dihempas ke tempat duduk belakang. Sakit pula hatinya apabila teringat muka tidak bersalah Syed Ikhwan. Sepatutnya lelaki itu tidak datang menyapa. Tiba-tiba telefon bimbit Aurora berdering menandakan ada mesej masuk.

Syed Ikhwan <11:30 AM>
Maaf kalau aku ganggu kau dengan Haizar tadi.

Keluhan dilepaskan. Inilah Syed Ikhwan. Senang melafazkan kata maaf tanpa fikirkan kesan dan akibat. Aurora termenung seketika. Tindakannya juga tadi tidak baik kerana tinggalkan Haizar begitu saja. Nombor telefon Haizar pun dia tidak ada. Aurora menyimpan telefon bimbitnya lalu terus memandu kereta pulang ke rumah.

*****

“MARISSA mesti marah betul bila aku join korang. Aku tak sepatutnya datang sini." Syed Ikhwan melepaskan keluhan.

Sebenarnya Haizar yang memberitahunya tentang pertemuan dia dengan Aurora. Kebetulan pula, Syed Ikhwan dan Haizar memang merancang untuk bertemu hari ini. Tak sangka pula Haizar akan bertemu dengan Aurora.

"Sabarlah bro. Kau macam tak kenal Marissa tu. Nanti okaylah dia tu," pujuk Haizar.

"Dia masih marah dengan aku. Masa dekat office haritu pun dia still marah dengan aku. Tak tahulah macam mana nak pujuk hati dia."

Haizar mengusap bahu rakannya itu. Dia tahu sangat dengan apa yang dilalui oleh Syed Ikhwan. Tapi apabila difikirkan balik, salah Syed Ikhwan juga kerana tinggalkan Aurora begitu. Aurora terpaksa menghabiskan masa di London dengan perit. Haizar nampak semua itu. Kesan ditinggalkan oleh Syed Ikhwan sangat berbekas dalam hati Aurora.

"Kau tak perlulah fikir sangat. Biarlah masa merawat luka hati dia," ujar Haizar.