BAB 1

Nun jauh di sana, di sebuah padang rumput yang luas terbentang, aku duduk sendiri hanya ditemani sang bayu dingin yang menghempas tubuhku. Cuaca mulai cerah dek sinaran mentari namun terasa redup yang sungguh nyaman.

Tiada bahang yang membuat tubuhku rengsa dan tiada cuaca sejuk yang menghambat sumsum tulangku.

Namun suasana yang sedih sedang menghujam hatiku di saat ini. Aku hanya mampu mengelamun jauh cuba mengenang semula kejadian di masa lalu. Argh kenangan itu datang lagi.

Namaku Boris, seorang pakar IT di sebuah perusahaan elektronik. Usia ku baru sahaja sebulan yang lalu menginjak usia 27 tahun. Bujang terlajak laris, ya benar aku jomblo happy.

Tapi kisahku tentang masa laluku ini akan dapat menceritakan sedikit sebanyak kepada anda bagaimana aku boleh jadi jomblo saat ini. Dan lamunanku ini telah membawa ku kepada peristiwa yang terjadi di masa laluku, iaitu ketika 16 tahun yang lalu, bila jjiran sebelahku…

“Ibu, ayah, tengok tu ada jiran barulah,” kataku pada kedua orangtuaku seraya melihat ke luar tingkap. Ya, rumah sebelah kami sudah lama kosong tidak berpenghuni sejak aku berada di sekolah rendah lagi, dan nampak gayanya kami sudah ada jiran baru.

Apa yang uniknya, kompleks itu cuma ada dua buah rumah yang berpenghuni iaitu rumah kami dan rumah jiran baru ini.

Aku juga tak tahulah apa yang difikirkan oleh arkitek perumahan ni semasa membuat pelan perumahan ini, besar kemungkinan sengaja dibuat bagi menambahkan mood romantik.

“Ayuh kita ke sana, terus sekaligus berkenalan dengan mereka,” kata ayahku

“Eh sekejap, biar ibu selesai memasak dulu lah,” ujar mama sambil terburu-buru menyiapkan masakan.