BAB 1

Setelah sedari tadi mendiamkan diri melayan segala persoalan dan mencari solusi yang berlegar-legar di pejabat mindanya. Dia akhirnya memecah kesepian dengan satu keputusan yang dirasakannya terbaik buat masa ini.

“Weih, aku ingat nak cari kerja la... sementara nak tunggu result STPM ni aku rasa baik aku cuba cari duit.” Ujar Miea. Ila yang tekun mendengar lagu korea ‘Gee’ dari SNSD hanya mengangguk kosong. Miea merengus geram. Ear phone yang hanya disumbat sebelah telinga Ila, direntapnya.

“Oi.. sakitlah.. Kacau daun betul la kamu ni..” Ila menggosok telinganya. Miea tersenyum puas hati.

“Lain kali bila aku cakap kamu dengarlah.. Esok teman aku pergi cari kerja dekat Mall M. Dalam tu kan banyak kiosk mana tau ada rezeki...” ujar Miea bersemangat.

Ila mengangguk faham. Karang tak dengar betul-betul mau telinganya pula kena rentap. Mata Miea mencerlung tajam apabila melihat Ila kembali menyumbat ear phone di telinganya.

“Ye, ye aku faham. Esok kita keluar cari kerja sama-sama. Okey?” Ila mula tayang muka comelnya. Comel la sangat!

“Baguih kawan aku ni na..” Miea merampas Ipod milik Ila.

“Apa ni?” marah Ila.

“Pinjam la kejap.. Kamu 24/7 dok lekat benda ni kat telinga kamu.. kasilah chance kat aku nak sumbat kat telinga aku pulak..” Jeliran lidah turut dihadiahkan kepada Ila. ‘haih.. nasiblah kawan..’ keluh Ila dalam hati.

“Jangan lupa inform kat pojaan hati kamu tu nanti, Miea oit! Karang tak pasal-pasal FB aku penuh dengan mesej pojaan hatimu tu...” ujar Ila sambil menayang sengih.