Episod 2

Selepas mengunggu cikgu Emma, akhirnya cikgu pun keluar dari pejabat guru.

"Hello Alberth, apa yang kamu mahu tanya tu?"

"Tak cikgu, ada seorang pelajar baru perempuan yang mahu memohon menubuhkan kelab"

Lalu perempuan tu menjawab "Hello cikgu Emma"

Cikgu Emma pun terkejut besar.

"Eh? awak bukan Elizaberth Alisa Winston ke?"

"ya, kenapa?"

"Tak, cikgu terdengar nama kamu di perhimpunan sekolah kelmarin yang ada seorang pelajar baru perempuan Albino dari keluarga keturunan England-Jepun datang ke sekolah ni..."

Alisa pun terkejut besar... "yeke....?"

Cikgu Emma pun mengangguk kepalanya...

"Pengetua sekolah ini mengalu-alukan kedatangan awak ke sekolah sini..."

"Yeke?!..." Batang hidung si Alisa pun semakin panjang menjadi "Pinocchio"

Alberth pun rasa pelik...

Selepas berborak dengan cikgu, Alisa pun beri borang menubuhkan kelab baru kepada cikgu Emma.Kemudian, cikgu Emma pun melihat isi borang dalam kertas tersebut.Tetapi...

"APA????!!!!"

Cikgu Emma pun terkejut besar melihat isi borang tersebut yang ditulis "kelab Shwrpheroth".