Episod 4

Dalam beberapa hari kemudian, ada seseorang yang serius dalam peraturan sekolah.Kalau sesiapa yang tidak mengikut peraturan sekolah, maka hukumannya menanti anda...

Rina Jolly Siswatein, seorang ketua pelajar di sekolah swata tersebut.Berani, bijak dan boleh menghadapi semua halangan di dalam mata pelajaran. Dan tambahan pula, dia amat tegas dalam peraturan supaya murid-murid menjadi sifat yang murni lagi bersopan terhadap guru atau ibubapa.

Finda Antorno, timbalan ketua pelajar yang suka melambatkan kerjanya.Antorno bagitahu kepada Rina yang ada kelab baru dipanggil "Shwrpheroth".

Rina pun rasa pelik apabila mendengar yang dikatakan oleh perbantunya, Tetapi macam best bunyi kelab tu.

Beberapa jam kemudian, Rina pun memperiksa kelab tersebut dengan terperinci lagi.Dengan muka seriusnya, dia pun terus pergi tampa beritahu kepada pembantunya.

Setelah sampai, Dia pun mengeluarkan kertas dan pen untuk mencatatkan apa yang berlaku didalam kelab itu.

"Mmmm....baik...baik..." berbisik dalam hati Rina.

Semasa tulis, tiba-tiba ada seseorang membuka pintu bilik dari kelab tu.Rina pun terkejut besar apabila ada seseorang membuka pintu.

Rupa-rupanya si Alisa yang mahu membuang sampah.Alisa pun berjemput masuk ke dalam kelab.

Beberapa minit kemudian, Rina dan Alisa pun menghayati minum teh panas ala British.Semasa meminum, Rina pun melihat barang-barang yang pelik di dalam kelab seperti buku tentang mata, bola sihir, langsir hitam, koleksi video VHS dan sebagainya.

Rina pun rasa curiga dan takut apabila barangan tersebut ditayangkan depan meja dia duduk.