BAB 15

Dua kali pusingan berjoging mataku terpandang seseorang di hadapanku. Dia!!

Kebetulan apakah ini? Selama ini aku jogging tak pernahpun Nampak dia. Selalu pertemuan kami hanya di perhentian lampu isyarat. Aku tak mahu peluang ini terlepas lagi. Langkah larian kupercepatkan. Dia kuhampiri. Terasa bergetar suara tatkala salam kuberi.

“Assalammualaikum, Dahlia.”

“Waalaikummussalam.”

Dia menjawab dan wajahnya tenang sahaja, bila kami saling bertatapan. Tak terkejutkah dia aku beri salam? Aduh, sukar kubaca reaksi dia ni.

Kami berjalan beriringan, suasana sepi. Otakku berfikir ligat mencari idea nak mulakan perbualan.

“Awak dah sihat?”

“Alhamdulillah, saya dah sihat. Terima kasih kerana tolong saya hari tu.”

Lama wajahku direnungnya, sebelum dia menundukkan pandangan mata. Aduh… Allah kuatkan hati ini.

“Saya nak minta maaf pada awak Lia.”

“Awak tak ada buat salah, tak perlu minta maaf.”

Langkah ku dan dia terhenti.

“Dahlia awak masih ingat awak ada tanya saya dulu sanggup ke saya nak tukar dan buang agama saya keturunan saya budaya saya?”

Aku lihat matanya berkaca, dan dia hanya mengangguk.

“Saya takkan sanggup dan takkan pernah mampu untuk buang dan tukar agama saya kerana Islam agama saya, tiada Tuhan Melainkan Allah bagi saya dan Muhammad itu pesuruh Allah. Saya seorang muslim, seorang muslim berdarah Melayu disebelah bapa dan berdarah Cina di sebelah arwah Ibu. Mana mungkin saya mampu untuk buang dan tukar agama, keturunan dan budaya yang telah diciptakan Allah swt penuh keindahan untuk saya?”

Aku menelan liur, cuba menguatkan semangat dan dia hanya diam mendengar. Wajahnya kutatap tapi dia hanya menunduk, enggan memandang.

“Nama Liam hanya nama panggilan, nama saya sebenarnya Muhammad Hafizuddin. Saya minta maaf atas penampilan saya sebelum ini yang membuat awak salah faham.”

Dia diam, aku perasan ada air mata yang bertakung di matanya.

“Saya ikhlas untuk mengenali awak Ayuni Dahlia. Saya sayangkan awak. Demi Allah saya nak menjadi lelaki yang sah dalam hidup awak, saya ikhlas nak jadikan awak isteri saya di dunia ini dan akhirat insyaAllah.”

Setitik setitik air mata jatuh ke pipinya. Aku kaget, kaget dengan kesedihannya.

“Maafkan saya tapi saya tak boleh terima.”

Tak terasa bumi yang kupijak. Sekali lagi dia menolak aku.

“Mengapa tak boleh…”

Matanya yang basah, menentang mataku yang aku rasa sudah berkaca dengan kesedihan kesayuan kepahitan cinta. Perlahan dia mengangkat tangannya, dan aku lihat ada cincin yang tersarung menghiasi jari manisnya, yang sebelum ini kosong tak berhias.

“Maafkan saya. Saya dah bertunang Hafiz. Saya tak boleh terima perasaan awak untuk saya walau hati ini inginkannya. Bulan depan saya akan bernikah. Saya tak akan mampu ingkari permintaan keluarga.”

Bukkk, rasa macam batu besar menghempap aku. Tangisannya tanpa suara dan tangisan aku tanpa air mata. Dia juga punya perasaan padaku rupanya tapi segalanya dah terlambat. Dia sudah milik orang lain.

Tanpa kata aku berlalu meninggalkan dia. Maafkan aku kesayanganku, aku ingin menghapus air mata itu tapi aku tak mampu. Tanganku terikat, bibirku terkunci. Untuk ucapkan selamat tinggal juga aku tak mampu lagi.

Kau bukan untuk aku miliki…

Ya Allah, sakitnya rasa ini… Dari aku kehilangan dia begini mengapa tidak Kau ambil sahaja nyawaku sewaktu aku sakit hari itu. Allah…

Pantas aku beristifar, aku tidak layak untuk mempersoalkan ketentuan Ilahi untukku, kerana DIA lebih tahu. DIA lebih tahu…

Ayuni Dahlia, moga kau bahagia.