BAB 14

Aku tunggu juga kot-kot dia nak datang menjenguk aku, sampai aku dah discharged pun dia tak datang-datang. Hatiku hancur. Sampai hati dia!

Malu aku bila Ayah sanggup datang jauh dari Batu Pahat untuk melihatku. Zali lah yang bagitahu. Risau dengan kesihatanku Ayah dan Mak Uda, Ibu tiriku meminta aku tinggal dengan abangku hingga aku benar-benar pulih. Mereka juga turut tinggal di sini.

Sangkaku, aku demam biasa. Rupanya demam denggi, jenuh juga lah dicucuk geng jururawat setiap hari untuk ambil darah dan masuk air. Badanpun rasa lesu sahaja, nak angkat badan sendiripun kadang tak mampu.

Tapi sampai hati dia langsung tak menjenguk, dua minggu aku terkurung kat hospital ni kot! Apakah dia membenci aku, sebab tu langsung tak mai jenguk? Tak boleh jadi ni duduk lama-lama dalam rumah ni mahu aku gila dok teringat dia saja.

“Nak pergi mana tu Hafiz?”

“Nak keluar pergi Stadium, jogging kejap Ayah, bosan lah duk memerap.”

“Dah sihat betul ke ni? Nak pergi seorang? Tak nak aku teman?”

“Eh, ada kau Zali, aku tak perasan. Awat tak call aku kata nak datang.”

“Ayah yang nak jumpa si Zali ni, tu minta dia datang.”

Aku perasan ayah saling bertukar senyuman dengan Zali. Hai, sejak bila Zali dengan Ayah aku ni boleh rapat macam ni.

“Urusan apa tu Ayah.”

“Adalah. Ni nak pergi seorang ke? Jangan bawa motor lah tu bawa kereta ayah tu. Selamat sikit.”

Pelik, pelik apa agaknya urusan ayah dengan Zali. Urm, mungkin nak minta design banner atau kad bisnes agaknya. Tapi aku kan ada, kenapa tak minta tolong aku? Urm, mungkin takut menyusahkan aku agaknya, aku kan baru sihat.