BAB 20

Selendang di kepala isteriku aku kemaskan. Dia memandangku lama sebelum melentokkan kepalanya di bahuku.

“Terima kasih terima saya dalam hidup Nur.”

“Thank you juga sebab sudi kahwini Nur walaupun datang pakai jeans lusuh cap ayam.”

Aku tertawa malu sendiri. Perlahan aku membalikkan tubuhnya, membawanya menikmati keindahan matahari terbit di lautan. Tanganku merangkul pinggangnya.

“Saya cintakan Nur sejak mula saya lihat Nur.”

“Nur tahu.”

“Macam mana tahu?”

“Bukankah lampu merah tandanya cinta?”

“Tapi Saya tak kaya Nur.”

“Nur tak pandang harta.”

“Mata saya sepet, kulit saya pucat. Rambut selekeh tak kacak bergaya.”

“Nur tak pandang rupa Nur tak hairan berapa banyak harta awak ada, atau betapa kacaknya muka awak. Nur minta satu je dari awak. Tolong pimpin Nur masuk ke Syurga.”

“InsyaAllah, Nur. Itu jua yang saya harapkan.”

Dalam hati kutanamkan tekad kusimpulkan hasrat, berdoa pada Allah swt semoga kami bersama hingga ke syurgaMu ya Allah. Dalam ketidak sempurnaan aku mengharap bahagia. Dalam kekurangan aku bermohon agar dicukupkan segalanya. Takkan aku Persia-siakan cinta ini anugerahmu Ya Allah. Segala yang yang kau beri seakan signal bahawa inilah cinta yang ku cari yang ku harap dapat membawaku ke jalanmu.