BAB 7

Malam itu aku memberanikan diri menghubungi Ayuni Dahlia. Telefon sekali tak diangkat. Telefon kali kedua masuk voicemail. Aku mulai rasa patah semangat. Mungkin dia sibuk atau ada urusan lain. Tanganku laju menaip sms.

-Ayuni Dahlia. Motor awak macam mana, dah sihat? Dari Liam-

1,2,3… 10 minit lamanya berlalu, bunyi SMS masuk.

-Dah sihat. Abang dah ambilkan petang tadi. Terima kasih tolong saya. ?

-Lia sibuk ke? Boleh saya call?

Satu jam lamanya handphone itu kubiar di depan mata, menanti jawapan dari Ayuni, tapi hampa. Dia langsung tak menjawabnya. Aku bertambah-tambah kecewa. Dalam hati aku tekad mahu melupakan si manis ini. Nyata dia bukan untuk aku.