BAB 3

Pagi ini hati ini berkobar-kobar. Berharap akan bertemu lagi si manis di traffic light. Berdebar jantung bila ternyata skuter yang berhenti disebelahku ini rupa-rupanya si dia. Aku memberanikan hati mengukir senyuman.

Riak wajahnya nampak terkejut. Aku makin lebarkan senyuman, pura-pura macho. Alahai mestilah nak naikkan saham di mata si manis ini.

Perasankah aku kalau aku kata dia terkejut melihat aku senyum padanya. Terkejut kerana apa? Apakah dia tergamam melihat senyumanku yang manis penuh bergula dan berlemak? Atau fikir aku mamat miang keladi tua?

Senyumku tak berbalas, alahai frust nya. Awak senyuman kan satu sedekah, dan saya amat mengharapkan senyuman awak. Senyuman awak yang manis berlemak krim.

Aku malu sendiri. Pandanganku teralih pada nyonya di dalam kereta di sebelah si manis yang sengih siap angkat tangan lagi. Alamakkk jiranku rupanya. Aku sengih mengangguk lalu terus tutup cermin helmet dan pantas kualihkan pandangan.

Dia kulihat melihat ke sebelahnya. Bertukar senyuman dengan jiranku itu.

Sumpah, aku nampak senyuman di bibir si manis. Aku curi-curi pandang lagi. Namun sudah hijau. Ah, traffic light ini memang jealous dengan aku.