BAB 2

Semua kerja aku rasa tak kena hari ini. Pandang screen laptop terbayang wajah gadis pagi tadi. Rasa serba tak kena kerja yang kubuat. Dalam mesyuarat terkulat juga dibuatnya bila ditegur Boss.

Mujur kerja yang aku buat semuanya selesai walaupun mengambil masa lebih lama dari biasa. Design signboard biasa-biasa yang Cuma ambil masa tak sampai sejam dekat dua jam baru siap. Gara-gara aku teringatkan awek di traffic light pagi tadi.

“You ni dah kenapa? Dah macam orang bini nak beranak la Liam?”

“Ye loh May…aku pun rasa benda yang sama. Nak kata ada bini, kahwin pun belum.”

Aku tersengih terkulat-kulat bila ditegur big boss dan senior bila design yang ku emelkan kepada mereka bukan yang mereka mahu. Boleh pula bagi design kad kahwin padahal mereka nak lihat design untuk papan iklan syarikat customer tetap kami. Haru betul.

Siapakah gadis di lampu isyarat tadi. Wajahnya membuat hati aku yang sekian lama membeku membara semula dengan rasa rindu berdendam yang kuusung berzaman-zaman. Alahai…