BAB 1

Aku melihat suhu yang tertera pada telefon bimbit ku, what 20 darjah celcius? Seriuslah. Angin pagi yang meniup liar mencengkap hingga ke tulang. Apa benar sekarang ini aku berada di Malaysia? Kardigan tebal bulu kambing hadiah dari teman dulu kusarung membaluti tubuh bagai tak terasa kehadirannya. Benarkah ramalan di laman muka buku bahawa musim sejuk yang melanda di seluruh negara ini petanda kiamat. Wallahualam.

Tadah tangan sahaja syukur pada Allah yang maha Esa kerana kita dapat merasai nikmat ini walau negara kita beriklim khatulistiwa. Kekuasaan Allah swt sebagai hambaNYA terimalah dengan syukur dan berlapang dada.

Dari jauh lampu isyarat yang tadinya hijau bertukar kuning. Aku memperlahankan kelajuan 135LC. Dari kuning ia bertukar merah.Bunyi decitan brek kedengaran dari belakangku buat aku rasa terganggu dan menoleh.

Wajah penunggangnya tidak jelas kelihatan. Nak nampak macam mana kalau dah hanya mata yang kelihatan, sebahagian wajahnya terlindung oleh hood sweater yang dipakai menutupi sebahagian wajah.

Sebuah motor lagi bergerak dari belakang mencelah antara kami dan berhenti dihadapan kami. Tersengih aku sendiri bila mamat motor Wave ini boleh freekan gear, matikan enjin siap tongkat motor lagi. Aku spontan terpaling ke belakang dan pandangan yang memukaukan mata rasa macam berhenti degupan jantungku.

SubhanALLAH cantiknya dia. Sangat manis. Dia juga kelihatan menahan geli hati dengan gelagat lelaki di hadapan kami. Mata kami bertentangan dan serentak itu kedengaran bunyi hon panjang. Sudah hijau rupanya. Dan aku terkulat-kulat sendirian melihat si gadis ayu sudah memecut laju meninggalkan aku di lampu isyarat ini.