BAB 6

“Liam, takkan kau terus nak mengalah?”

Aku mengangguk. Zali menggeleng-geleng dengan reaksiku.

“Umur dah boleh jadi bapak orang, tapi ilmu nak mengayatpun tak gheti. Apa ceghita ni bro! Malu wa jadi sahabat.”

Setempek kena batang hidungku. Menyesal mengadu pada kawanku ini.

“Kau tahu aku ni macam mana kan Zali. Mana reti nak mengayat anak dara orang. Dah dia kata tak payah. Tak ada lah aku nak terhegeh-hegeh.”

Dia menepuk dahi pula, siap beristifar sekali.

“Habis tu, kalau tak kau usaha untuk mengayat dia. Macam mana kau nak dapat awek tu. Alamat putih mata lah.”

“Aku malu lah, segan. Aku bukannya handsome mana, bawapun motor sahaja. Nak ke dia dekat aku ni?”

“Kau ada nombor dia?”

Aku mengangguk.

“Aku nak kau telefon dia, sms whatsapp, wechat ke apa-apa sahaja lah. Minta izin nak kenalan. Macam mana kau nak tahu dia boleh terima kau ke tak kalau kau tak buka mulut cerita. Ingat malam ini juga mulakan misi. Kalau kau tak berubah, alamat jangan kata si budak Dahlia ni, sesiapapun tak nak kat hang. Membujang lah hang sampai kerepot!”

Huh, bahasa Zali ni memang tak pernah berlapik. Tapi ada benarnya. Adus.