CHAPTER 3

"Baik kau lepaskan aku sekarang!"Marah Mar apabila dia terikat dengan tali.Zaihan membawa dia ke gudang lama yang usang dan gelap.

Mar hanya menjeling tajam wajah Zaihan yang tersenyum.

"Lupa ke kau ada hutang lagi.Aku nak kau settlekan hutang tu sekurangnya 2 bulan bermula dari sekarang"Jawab Zaihan tegas.Kayu itu dibuat main sambil menayangkan di depan muka marsha.

Sengaja nak buat dia jadi takut.

"Kalau aku tak nak bayar?Lagipun bukannya aku yang berhutang tapi ayah aku yang dibunuh oleh kau tu!Itu bukan salah aku .Itu semua-"

"Kau akan kahwin dengan aku kalau tak bayar.Amacam nak lawan lagi?"Zaihan terus potong ayat Mar.Dia tak bercakap lagi.

"Ayah aku..Kenapa aku juga yang perlu bayar hutang dia setelah dia tinggalkan keluarga.Kenapa!!Kau pun yang bengap sangat bunuh buat apa!Kau patut buat ayah aku merana seumur hidupnya sebab buat aku begini!!"jerit Mar mengenangkan kembali nasib buruk yang dia lalui sepanjang ayahnya tiada.

Aku tak berharap hidup senang dengan harta yang banyak tapi aku hanya nak dia lindungi keluarga kami.Tapi Lihatlah apa dia buat....Sampai sekarang ni dia menyusahkan aku!

"Itu bukan masalah aku.Itu salah ayah kau "selamba Zaihan berkata.Dia melemparkan kertas berserta pen.

"Kita dah ada perjanjian.Kalau kau setuju yang kau akan bayar.Kau perlu duduk bersama dengan aku sebab kau tu akan lari je bila aku minta kan?So ini lagi selamat"jawab Zaihan lagi.Dia tersenyum manis melihat wajah Mar yang marah itu.

Duduk sebumbung dengan gangster ni!Boleh jadi nightmares Aku je!

"Baiklah!Tapi aku ada syarat"

"Apa dia?"

"Sepanjang aku duduk dengan kau.1)Jangan sentuh aku.2)Jangan sesekali cederakan ibu aku.Tu je Faham!"Tegas Mar memandang serius anak mata Zaihan.

"Aku pun tak HINGIN nak sentuh kaulah lainlah kau ni isteri aku.."senyum nakal zaihan.Pipi gebu Mar dicubit manja.Wajah Mar tergamam apa yang dia lihat.

Ingat aku ni teddy bear!Main suka hati je dia sentuh!Eh bukan aku dah cakap je tadi!

"Oi kau nak penampar ke?Baru sekejap tadi aku cakap kan!Pekak ke?Atau tak korek telinga tu"geram hati Mar.Dia pura-pura tak dengar syarat aku sebentar tadi.

"Tak lah aku sengaja.Sudahlah!Tandatangan cepat aku takde masa nak layan kau"balasnya lagi lantas dia duduk bersebelahan Mar.

Muka lawa tapi perangai makin menjadi-jadi.Dari dulu sampai sekarang sama je.


"Aku tak suruh kau layan aku pun..siapa kata?Takde siapa pun kat sini"

"Aku yang kata!So tulis jelah!"

"Tak nak!"

Mar semakin jadi degil.Tadi kau permainkan aku kan?So this is my turn!Dia meletakkan kertas dan pen itu jauh-jauh.Zaihan hanya menahan geram.

Ada juga yang mati kat sini nanti.Sabar jelah..

"Kau takde tangan nak tulis ke?"

"Kau takde stapler untuk tutup mulut kau ke?"

Mereka asyik berlawan mulut tanpa henti.Biasalah sudah lama tak jumpa setelah 3 tahun lamanya.Asal jumpa mesti gaduh macam Tom and Jerry.

Zaihan mengambil tangan Mar lantas menyuruh dia memegang pen.Wajah mereka agak dekat tapi Mar yang gelabah terus memandang ke tepi.

Mar yang tersedar terus mengalihkan tangannya.Mukanya sudah merah bak buah Apel.Zaihan yang melihat hanya ketawa kecil.Takutlah tu.

"Kau nak kena tumbuk ke?"

"tumbuklah janji kau tulis.Kenapa kau susah sangat nak menulis ni?Dah lupa ke macam mana nak tulis!"Herdik Zaihan lagi tapi kali ni suaranya agak tinggi.Terhenjut bahu Mar.

"Bukan..cuma aku tak pasti"

"Apa nya lagi"

"Aku tak pasti yang aku boleh bayar semua hutang tu dan aku lagi tak nak kau jadi suami aku secara rela.Kau nak ke?"soal Mar resah.

Duit tu bukannya senang nak cari.Kalau ada jatuh dari langit mesti hutang dah settle tapi itu mustahil.

"Jawapan aku ya.."

Mar menoleh kembali kerana terkejut dengan jawapan itu.Wajah dia nampak serius atau tu hanya pandangan aku je.Eh takkan dia nak cakap macam tu.

Dia pun tahu kami memang takkan serasi bersama sebab asyik gaduh dari siang ke malam.Yang kau boleh fikir macam tu kenapa pula Mar!

"Encik ni buat tabiat ke?Hello girlfriend kau tu nak letak kat mana?Takkan kat tong sampah pula"

"Haha Nampak sangat kau berharap kan?cermin dulu diri tu cik sebelum nak bersama dengan aku"Kata Zaihan berdiri menuju ke pintu.

Berharap?Apa maknanya itu?Ahh tak faham betul dia ni!

"Nanti dulu.."

Zaihan berhenti apabila Mar menghalang dia supaya jangan pergi.Mar menunjukkan tandatangan itu.

"Aku pasti yang kau takkan menang Zaihan"