CHAPTER 2

Tersendu-sendu Tangisan mar menonton drama Korea yang mengisahkan hero cuba selamatkan heroin.Mar memang cepat beremosi kalau lihat drama sedih.Lagi satu,hero dalam drama ni hensem bukan main dan heroin comel sangat.Kotak tisu dipegang erat,sampai habis tisu dalam tu jadi lap hingus.

"Aku takkan tinggalkan kau walau dunia ini menghalang kita untuk bersama..Aku cintakan kau"Ujar si hero sambil memeluk erat tubuh heroin yang cedera dan berdarah akibat rancangan si penjahat yang ingin balas dendam.

"Uhuhu noona jangan mati!Kau patut terus hidup!nanti Steve merana wei!jangan mati!"Meraung Mar lagi apabila melihat episod yang dah mencecah seratus lebih sampai ke penghujungnya.

"What!Gitu je?!Apa jadi!Esh kena tunggu lagi minggu depan.Penat aku nangis tadi"Rungut mar geram,Setiap kali saat genting mesti bersambung.Memang suka buat orang jadi saspen!Mar mula mengutip tisu yang basah dengan air matanya.dia tak suka bilik jadi bersepah.Punat remot ditekan.Jeritan ibu yang lantang singgah ke telinga Mar dengan nyaring.

"Mar!Tak nak tolong ibu ke ni!Adui sakit kepala ibu nak menjerit je dari bawah ni! Tidur ke?!"Lantang suara yang keluar dari mulut ibunya.Cakap sekali dia tak dengar,cakap beribu kali pun punggung Mar masih melekat dalam bilik.Bukan apa,bila panggil je mesti nak suruh orang tolong macam-macam.

Memang kena cop jadi anak dara pemalas jawabnya!

"Iya iya mak,orang datanglah ni janganlah terjerit je malu Mar kalau jiran dengar"Ujar Mar sambil turun ke bawah menjenguk ibunya yang muka dah macam singa tu.Mulalah tu nak naik angin.

Mar berdiri tegak tersandar tepi dinding sementara ibunya yang dari tadi menjeling tingkah laku anaknya itu.Mar buat muka selamba je walaupun ibunya dari tadi asyik menjerit sampai nak terkeluar anak tekak rasanya.

"Tengok tu!Biadap dengan ibu sendiri!Tau tak ibu dah panggil berapa banyak kali?Kau tu asyik drama Korea..Korea!memanjang nak terperap kat situ.Baik tolong ibu kau yang nak sara hidup kau ni!"Melenting terus ibunya lantas dengan kejamnya dia mencampak senarai barang yang Mar perlu beli di pasar.Sampai hati main Campak.

"Iyalah orang tahulah..Sorry.."

"Sorry!Sorry!Banyak lah sorry kau!Dah!Pergi belikan barang sebelum kuali ni singgah kat kepala mu tu!"Jerit ibunya lagi,Mar terus keluar dengan terkial-kial memakai selipar.Baran bukan main.Takut aku lagi daripada encik zen tu.

"Ibu Mar gi dulu ek?Jangan marah bu.Kata nak awet muda kena selalu kawal marah tu.Hihi"Sempat lagi Mar mengusik ibunya yang sedang mengemas rumah.Ibunya hanya diam malas nak balas usikan anak manja.

Merajuk pula dengan kita?Nak pandang pun tak?Huh!Kita pun nak merajuklah.

Dalam keadaan yang sedih Plus merajuk,Mar melangkah keluar pergi ke pasar yang berhampiran.Rumah Mar dekat dengan pasar malam so senanglah dia kalau nak beli barang.Boleh jimat minyak!

"Oh mar! mahu apa?"tegur penjual yang mesra bersama dengan anak kecil yang bermain robot mainan di sebelahnya.Comel

"Macam biasalah aunty.Ibu nak timun banyak sikit"

Aunty ataupun lebih dikenali Aunt Hana yang memang kenal sangat dengan Mar sejak kecil .Dia pernah berjiran dengan Mar dahulu.Aunt Hana memasukkan barang yang terdapat dalam senarai,Mar melihat sekitar pasar yang agak kosong.Tak ramai orang waktu pagi ni.Tidur kot.

"Mar tak pergi rumah Azhad ke?Dengar cita dia ada buat majlis.Dia pun jemput aunt ni"Aunt Hana mula membuka bicara,Mar menggeleng kepala.Azhad?Mamat sapa pula yang aku tak kenal ni.

"Lah dah tak kenal ke?Azhad yang suka usik Mar dulu tulah.Hayya!Lupa ka?"

"Azhad ke Zaihan?Kalau dia Mar kenallah"balas Mar meleret.Zaihan tu musuh utama dia sejak bangku sekolah.Time jumpa je mesti gaduh punyalah!Sekarang pun aku tak tahu muka dia macam mana.Mungkin lagi bertambah hodoh haha.

"Oh oh zaihan!Ha itulah aunt nak cakap tadi.Dengar cita itu punya budak ada orang nak jadikan calon suami.Tapi cuma khabar angin jelah"Ujar aunt Hana selesai memasukkan bahan masakan.

Tunang ke girlfriend?heh boleh tahan samseng ni pandai pula cari cikaro eh.

"Dia dah lama tak jumpa Mar kan?Sebab hutang ke?"bisik aunt hana,Hal ini merupakan rahsia.

Ya.Sebelum ayah aku meninggal dunia,bukannya sebab dia sakit jantung tapi ayah Zaihan bunuh dia.Motif utama sebab tak bayar hutang bila dia berjudi.Jadi selepas dia mati,agak-agak siapa yang kena bayar hutang tertunggak tu.Akulah!Sebab tu hidup kami merana.

"Malaslah nak cita pasal tu aunt,Nanti kalau Mar ada duit Mar bayarlah kat dia"

"Oklah.Aunt pun kesiankan kat mar.Dari kecik dah kena cari duit kalau ada apa-apa yang aunt Bantu boleh bagitau bila masa-masa je ya"simpati aunt Hana,dia mengambil jagung kuning dalam kotak lantas berikan pada aku.Mar agak terkejut dengan pemberian itu,aunt Hana nampak ikhlas berikannay.

"Ini percuma,sedap kalau rebus makan dengan mentega."Senyum aunt Hana,mar membalas senyuman itu.

"Terima kasih."

Mar bersiar-siar di taman indah sebentar,tempat yang dia suka bermain semasa kecil atau lebih tepat ketika ayahnya masih tidak berubah.Mar menghirup udara segar,matanya melihat kanak-kanak yang berlari berkejaran.

Mar bermain buaian,dia menghayunkan dengan perlahan.Ibu bapa yang menjaga anaknya hanya melihat kelibat dia di situ.Macam budak kecik ke bila aku main buai atau muka aku ni?Menyibuk pandang aku macam tu.Dia membiarkan mata-mata memandang.Biarlah aku nikmati nostalgia zaman aku kecil dulu.

Buku novel menjadi teman,dia membaca setiap helaian dengan khusyuk tanpa disedari buaian yang dia sedang duduk dihayunkan oleh seseorang.

Mungkin tadi hayunan perlahan,makin lama makin laju.Terbuntang mata Mar,novel yang dibaca terpelanting dengan tidak sengaja.Nasib baiklah tak kena kat kepala budak tu.Mampus aku kena bayar saman.Siapa pula yang pandai-pandai hayunkan aku ini?!Mar mahu turun tapi makin laju hayunan itu.Cari nahas ke?!

"Oi kau siapa hayunkan buaian aku macam ni!"Jerit Mar dengan kuat.Panas hati ini tunggu masa untuk meletus je ni.

'Dia' akhirnya melepaskan tangannya,Mar yang marah terus menoleh ke belakang.Seorang lelaki yang bersut hitam siap pakai cermin mata hitam tersenyum sinis padanya.Ya Allah!Dia ke?!Mar melihat sekitar kawasan pula,ada beberapa manusia yang menunggu Mar dengan pistol.

"Seronok aku buaikan kau?NAK main lagi Marsha natly?"

Mar mengundur ke belakang,semua orang yang tadi bermain pun sudah tiada.Dia cuba melarikan diri tapi lelaki itu menarik Mar lagi pantas.Habislah kenapa masa-masa ni kau nak muncul pulak!Sedap-sedap aku main kat situ,penyibuk datang tak diundang.

"Sudah 10 tahun aku buru kau,kat sini tempat kau menyorok.Tau kan hutang belum selesai lagi kenapa lari?"Bisik lelaki itu,sepucuk pistol sudah singgah kat leher.Mar rasa takut .Dia kenal lelaki ni.

"Zaihan..haha lama juga aku tak nampak kau.Mana ada aku lari yalah kau pun tau mak aku tu ada penyakit barah so..."

"Shut up!aku tak suruh kau bagi alasan pun!Kau tak bagi aku satu sen pun kat aku.Aku habiskan masa untuk buru kau,and kau nak suruh aku lepaskan kau?"ujar Zaihan,macam tahu-tahu je Mar nak cakap macam tu.Dia tak nampak lagi muka Zaihan kerana Spek hitam itu.Dia dapat peluang apabila Zaihan sibuk berbual dengan sekutu dia.

Mar terus menyiku perut Zaihan dengan kuat sehingga terjatuh ke tanah.Sakit betul!Zaihan berdiri lantas menangkap Mar tapi dia terlepas macam kijang.

"Wei pasal duit tu?Jangan harap kau nak dapat!Hahahaha Ini marlah!"usik Mar sambil buat muka menyampah.Zaihan sudah naik angin dia melepaskan das tembakan.Tapi Mar sempat mengelak,dia terus melarikan diri.Main tembak pula dengan aku.Pistol air takpe lagi ni pistol betul!Tak boleh jadi ni.Nak aku mati agaknya.

"Kejar dia!Pastikan dia takkan terlepas!" Jerit Zaihan menahan geram.Licik betul perempuan tu!

.. .


Tergesa-gesa Mar masuk ke rumah,nafasnya tercungap-cungap dikejar kereta samseng itu.Tak adil!aku lari macam maraton dia naik kereta tahulah anak oranga kaya haish!Penat aku kalau aku kena kejar setiap hari macam ni.Ibu Mar yang terkejut terus mendapatkan anaknya yang kelelahan

'kenapa ni Mar macam nampak hantu je?"

"Memang hantu pun tapi ni macam lain sikit ,perangainya yang macam hantu!Ibu ingat lagi tak pengutip hutang yang selalu buli Mar tu.Anak dia..Terjumpa Mar kat taman."ujar Mar panik.Dia mengunci pintu rumah dan tingkap.

Membulat mata ibu Mar apabila mendengarnya,dia ingat ayah Zaihan sudah lupakan hutang itu.

"Mar kita nak buat apa ni?Ibu ada duit untuk sara hidup kita je.Ibu dah takde duit apa-apa dah"

"Ibu bawa bertenang,Mar akan cari jalan penyelesaian.Mungkin cukup duit yang Mar kumpul tiap bulan tu.Jangan risau Mar akan pastikan ibu selamat"Mar menggengam tangan ibunya erat,dia tak mahu kehilangan orang yang dia sayangi lagi seperti ayah.

Bang!!

Tembakan pistol membuatkan mereka terjerit, segerombolan samseng itu sudah tunggu depan rumah.Mar mengambil semua duit dalam tabung itu lantas masuk ke dalam beg.

TOK!TOK!

"Aku tahu kau kat situ!Baik keluar atau aku bunuh kau nanti!!"Jerit Zaihan yang marah akibat gurauan Mar di taman itu.Dia ingat aku datang sini nak main-main ke?

Mar keliru dan gelisah,dia sudah menyuruh ibunya menyorok di tempat selamat.Sekarang aku kena bincang baik-baik dengan pembuli aku tu.Tapi macamlah dia nak dengar cakap aku.Mar kau kena cuba!

Mar membuka perlahan pintu yang abis dirosakkan,terpapar muka tampan zaihan yang bengis tanpa kaca mata.Rambutnya pun kemas tersisir rapi.Hensemnya dia sekarang ni.Terpana sebentar mar.

"Oi!Aku cakap ni?!kau dengar tak?!"herdik Zaihan

"Dengar!Oh kau datang nak duit ke?Aku tak tahu ini cukup ke tak tapi kau kira lah dulu"senyum Mar sambil mencampakkan beg yang berisi duit itu.Zaihan merenung beg itu,dia memberi insyarat kepada sekutu supaya mengiranya.

"Hai zaihan.kau apa khabar kawan?AH musuh?wow!sekarang nampak lagi tampan eh?Wei Kita kan kawan kalau lah duit tu tak cukup kan.."


"Dalam sejarah hidup aku tak tertulis Mar ialah kawan aku..nak bodek aku lagi macam selalu.Actually memang dari dulu aku tampan kan?Kau tu mesti kerja je sampai tak ingat dunia."Sindir campur berlagak.Dia buat muka annoying lagi.

"Takdenya aku nak kata kau tampan lah!Hei Hei kau kenal aku ni Mar kan?Takkan sesekali senang je nak mengaku kalah"Balas Mar geram,Puji sikit nak berlagak lebih.Benci hati aku bila nampak muka dia ni!Rasa nak pijak je!

"Ya aku kenal kau sangat..Yang berak dalam seluar dalam tu pun aku kenal..Tak tahu malu!Sekarang pun kau tak takut aku bunuh kau?"sindir Zaihan lagi dengan penangan hebat seperti cili padi merah singgah di gegendang telinga Mar.Pedih nya!!

"B..ApA?!Mana ada!!kau kata apa?!Aku dulu pengawas kebersihan kau apa tahu setan!"mencarut Mar dengan tajam.Zaihan merenung mata hazel Mar dengan sinis.Taktala dia merindui mata itu.

"Pengawas?Awasi orang ke atau tidur kat koridor.Sampai bila kau nak menipu aku ni Mar?penatlah aku nak cari idea untuk usik kau"

"Kau jantan!jangan sampai aku hempuk kau sampai mati!Aku ada kuali banyak kat rumah tu.Pilih je mana fav kau"Rengus Mar perit.Ya!Aku memang sakit hati dengan orang depan aku yang tak geti bahasa ni!Mereka pandang satu sama lain dengan penuh dendam.

Sekutu Zaihan selesai mengira,lantas dia berbisik jumlahnya kepada Zaihan.Mar juga rasa resah kalau duit tu tak cukup.Mata Zaihan sekilas memandang aku.Apa?Tak cukup ke?

"Heh?Ni je yang kau nak bagi?Ayah kau hutang dengan 3 juta tau.Mana cukup ni"

"What?!3 juta?!Oi ayah aku hutang kau 4 ribu je tau asal menaik pula!Cekik darah betul kau ni!"melenting Mar,dia terjongket menjeling tajam muka Zaihan .

"Ya aku tau 4 ribu tapi duit bunga pun kena bayar maa..Sebab kau dah bayar lambat aku up lah..Kalau tak duit kau dah cukup ni.Mar beri aku selebihnya..kau tahu-tahulah an?"selamba Zaihan mengarahkan sekutunya masuk ke rumah Mar.

Mar yang terkejut terus menghalang tapi Zaihan menolaknya hingga jatuh.Dia mengadu sakit.Sampai hati jantan ni!Dia tak boleh bergerak apabila lutut dia berdarah.Ibunya keluar dengan panik apabila barang rumah semua diangkut keluar.

"Encik saya merayu jangan teruskan kami takde apa-apa lagi harta yang kami ada"Merayu ibu Mar sambil melutut.Mar yang tidak puas hati lantas menarik ibunya bangun tapi dia tak mahu.

"Ibu janganlah melutut pada mamat tak cukup matang ni..Kita ada duit yang cukup tapi dia ni yang up melebih-lebih"Ujar Mar risau keadaan ibunya yang sakit itu.

Zaihan tersenyum sinis,takde satu pun rasa simpati dalam hatinya.Kau juga yang cari pasal dengan aku semalam.

"Ada satu lagi yang aku kena ambil..Ni"Zaihan mengangkat tubuh Mar yang sakit itu.Ibunya faham apa yang Zaihan maksudkan pantas bangkit,dia tak sanggup melihat anak perempuan nya dibawa pergi.

"Eh apa main angkat-angkat orang ni?!Ingat aku barang ke apa!"

"Memang kau barang sebab kau dah jadi hak milik syarikat ayah aku..ayah kau dah buat perjanjian dengan ayah aku selepas dia mati kalau kau tak bayar aku akan ambik anak perempuan nya."Sinis Zaihan ,Apa perjanjian merepek ayah buat ni!!Jual anak sendiri ke?Sanggup betul dia! Menyusahkan aku pula tu!Mar menumbuk belakang badan Zaihan berkali-kali supaya melepaskan diri nya tapi dia tak peduli.Bila masa aku dimiliki?!aku bukan milik sesiapa aku milik Allah.

"Encik..encik jangan ambil anak perempuan saya.Tolonglah saya sanggup bayar apa je yang encik nak.Dia satu satunya anak yang saya ada,encik boleh bunuh saya kalau encik mahu janji lepaskan dia"merayu ibu Mar lagi,walaupun kedua lutut ibunya sakit dia menahan demi anaknya.Mar rasa bersalah apabila Zaihan perlakukan ibunya sebegitu.

"Tak!Aku ikut kau tapi jangan buat ibu aku menunduk macam kau ni tuhan!Jangan buat ibu aku sakitlah!!!Bantu dia! Cepat!!"Jerit Mar dengan kuat sehingga terkejut Zaihan.Dia menahan tangisan keluar tapi dia tak boleh tahan apabila melihat ibunya.

Zaihan mengikut sahaja kehendak Mar,dia membantu ibunya yang tertunduk itu.Ibunya masih menangis,dia tak mahu kehilangan anak perempuannya.Dari tadi zaihan tak bersuara,seronoklah dapat kenakan aku macam ni.

"Boleh tak bagi aku ucapkan selamat tinggal kat ibu aku sesaat pun jadilah"ujar Mar serta merta Zaihan menurunkan daripada dukungan itu.

Sempat Mar menumbuk perut Zaihan sebelum pergi menuju ibunya .Lega sikit kemarahan aku.Mar memang kuat seperti lelaki kerana ambil kelas silat ketika kecil.Lelaki itu mengerut dahi,ada masa lagi dia balas dendam.Dia hanya berdiam diri,tak kesahlah beribu banyak kali dia tumbuk.Semuanya rasa sakit yang sama.

"Tu sebab kau dukung aku sukahati!Kita bukan muhrim jangan layan aku macam pisau cukur!understood sir!"Tengking mar Geram, sedap dia nak dukung anak dara orang.Tadi dia boleh je sepak tengah tapi macam kesian pula.

"Ibu..janganlah sedih lagi..Mar oklah.Pandai-pandailah Mar jaga diri,kita terpaksa buat begini sebab nak bayar hutang ayah kan?"sayu Mar melihat wajah ibunya yang tak boleh menerima keadaan ini.

"Mar..ini bukan soal hutang atau tak?tapi ini sebab Mar..ibu dah banyak menyusahkan kau sejak kecil lagi..takkanlah kali ni Mar sanggup korbankan lagi demi ibu?"perlahan suara wanita berumur itu bersuara.

"Mar tak peduli bu..Yang penting ibu selamat dan gembira..Mar janji Mar takkan kecewa kan ibu..selalu jaga ibu dan lindungi..janji"ujar Mar lantas memeluk erat tubuh ibunya.Mereka menangis semahu-mahunya.Selepas ini dia pun tak tau dia akan ke mana.

Mar berjalan lemah melihat ibunya buat kali terakhir.Kenapalah aku setuju untuk ikut mamat ni.Kesian betul tengok ibu macam tu.Mar mengerling sekilas lalu wajah Zaihan yang selamba itu.Dia menggepal tumbukan yang dari tadi disembunyikan.

"Kalau kau sentuh aku masa kat kereta nanti...Ni yang kau dapat!!"Mar menayangkan tumbukan padunya itu.Dia bagi amaran awal-awal sebab tadi Zaihan berani dukung dia mesti dia cuba raba dia nanti.zaihan sekadar mengangguk.

"Aku tak boleh jamin"bisik zaiham perlahan mendekati tubuh Mar yang
kecil itu.Jantan tak sedar diri!dia dengar tak aku dah bagi amaran tadi

Buk!!

Tumbukan padu hinggap ke pipi Zaihan yang putih itu.Hidung Zaihan berdarah akibat tumbukan mar.Dia seakan terkejut bagaimana perempuan itu boleh menumbuknya.Banyak kali mar tumbuk dia!Dia ingat aku ni punch bag nak tumbuk suka hati ke?!

"I said don't touch me!! Understood!!"Mar beri amaran kali kedua.Lirikan senyuman sinis terukir pada wajah Zaihan.Boleh tahan perempuan ni.Tak sempat nak elak,dia dah tumbuk aku.

"Kau memang suka selesaikan sesuatu dengan tumbukan ke?"

"Kau yang cari pasal dengan aku apahal?Kau pun tahu aku ada silat.Kalau nak cuba boleh tapi aku jamin 100% tulang kau semua akan patah nanti"sindir Mar ,dia dah kata jangan cari pasal dengan bekas jaguh sekolah.Aku dapat nombor satu 4 tahun berturut-turut tau.Jangan main-main.

Zaihan buat muka menyampah lagi.Bab memuji nombor satu.Kereta hitam itu pantas meninggalkan perkarangan rumah itu.Mar duduk jauh-jauh dengan Zaihan.Dia benci nak tengok muka pendayus tu.Lagi-lagi musuh utama dia sudah muncul.

Sejak kecil dia memang bersaing kuat dengan Zaihan. Akademik mahupun kokurikulum.Mereka pelajar cemerlang dan disayangi guru.Tapi Mar tetap nak jadi top 1!Bukan itu sahaja,Zaihan suka membuli dia sebab itulah Mar mengambil silat.Sekarang apabila bersua,memang dua-dua suka mendengki satu sama lain.Semuanya sebab dendam yang terpahat dalam hati!

"Kau tahu tak kenapa aku bawak kau ni?"

"Tak nak tahu"

"Kau kena kahwin dengan aku"

"Oh yake? Baguslah..what?!Kahwin Dengan kau?!"terbuntang mata Mar apabila terdengar perkataan kahwin itu.Eh dia bukannya ada teman wanita ke?Sah-sah Playboy!