BAB 6

Thanks to television, aku percaya kepada sebuah dakyah bahawa hanya lelaki yang macho dan cool di mata gadis sahaja yang mampu berjaya memikat hati mereka. Dengan keadaan aku yang begini (Kacak, tough, kurus dan pandai menjawab soalan di dalam kelas, terbalikkan) so aku dapat rasakan bahawa peratusan aku untuk berjaya memikat or atleast membuat Farah perasan akan kehadiran aku dalam hidupnya adalah berada di bawah paras dasar laut.

Ya, aku dipihak yang kalah. Aku dalam bahaya.

Dalam situasi yang memang lansung tidak memihak kepada aku, aku mendapat perkhabaran bahawa tadika bakal mengadakan Malam Penganugerahan. Yeay me.

Serba sedikit berkenaan Malam Penganugerahan, ianya merupakan malam di mana kanak-kanak comel ini akan mengadakan persembahan mengikut kepada tema kelas masing-masing. Ini bersempena dengan hari terakhir mereka belajar di Tadika Kemas ini. Tak kisah, sama ada buat tarian, lakonan, jadi pengacara majlis (which is akan menjadi perhatian semua orang) atau apa-apa sahaja bagi menandakan hari-hari mereka di Tadika Kemas sudah sampai ke penghujungnya.

Dan tak salah rasanya kalau aku kata aku cuma ada satu hari sahaja untuk dia melihat aku kelihatan macho dan cool dihadapan hampir semua orang. Ya, aku nak kelihatan macho depan dia. Aku nak kelihatan kacak depan dia. Jadi, entah keberanian apa yang ada dalam diri aku tu, aku volunteer nak jadi pengacara majlis untuk malam