BAB 7

Mari aku imbas kembali apa yang sedang berlaku sampai ke saat ini. Aku, seorang yang banyak diam bila depan orang ramai (cuma riuh bila dalam kalangan rakan-rakan sepermainan), sedang cuba untuk menarik perhatian gadis impiannya dengan menjadi pengacara majlis di depan khalayak ramai (or atleast, jumlahnya dua kali ganda dari jumlah pelajar) dan tak dinafikan ianya sangat menakutkan aku.

Yang tak masuk akalnya pulak tu, laju je cikgu aku ni bersetuju dengan permintaan aku tu. Sama ada memang dah takde orang lain yang nak jadi pengacara ataupun cikgu aku tu sudah lama berdendam sebab aku ni nakal sangat dalam kelas dia. Jadi, inilah masa dia untuk membalas dendam dengan cara malukan aku di depan khalayak ramai (kuat kata yang ni).

Sebulan sebelum malam penganugerahan itu tiba, aku dikehendaki menghafal skrip yang panjang lebar sebanyak 3 muka surat penuh sambil dibaca dengan atonasi comel dan cool. Well, masa zaman kanak-kanak kan. Fikiran masih lagi suci. Bebas daripada sebarang bayangan-bayangan lucah kurang ajar. Maka, ianya lansung tidak menyukarkan aku untuk menghafal keseluruhan skrip. Siap tambah pantun "Buah cempedak diluar pagar" lagi sebagai element of surprise dekat semua yang hadir.

Kalau macam sekarang aku rasa, nak hafal pantun sebut buah buah, dah terbayang buah da...Aku sanggup korbankan masa aku. Sebab kalau nak diikutkan, kelas tadika aku adalah di sesi petang. Tapi aku sanggup bangun awal dan masuk kelas sesi pagi semata-mata nak berlatih. Ya, tadika aku ada dua sesi. Sesi pagi bermula dari jam 8 pagi sampai 12 tengahari dan waktu petang dari jam 2 sampai 6 petang. Kenapa aku kata berkorban?

Sebab waktu pagi ada cerita kartun Tomato Man pukul 8. Lepas tu ada Dragon Ball pukul 9 pagi. Aku akan pergi membeli sarapan, Nasi Lemak Paling Best dekat depan rumah aku dalam pukul 9.30 pagi. Lepas tu, ada Kuiz Di Rimba apa entah aku tak ingat. Tapi ianya gameshow yang banyak tunjuk gambar haiwan dan aku suka. Pastu pukul 1 ada Jetman. Ya, waktu pagi sangat best dan seronok jika diluangkan di rumah.

Petang? Doraemon cuma akan start pukul 6 petang kemudian ada cerita Along. Dari pukul 2 nak membawak ke pukul 6 tu cuma ada Drama Melayu atau telenovela yang entah aku tak faham satu apa. Bosan. Tapi takpe. Demi Farah, aku sanggup.

Bagi budak tadika macam aku, tu merupakan pengorbanan yang paling besar aku boleh buat demi seorang gadis yang belum tentu nak suka kau.


*******


Maka, hari yang dinantikan pun tiba. Aku dengan penuh taksub tidak sabar nak menampilkan diri dengan macho dan kacak dan cool dihadapan dia. Semasa naik pentas, aku dengan pantas melihat sekeliling. Sambil menunggu turn aku untuk berucap, aku cari dekat mana la si Farah ni duduk.

And you know what?

Farah tak datang pun ke majlis tu.

Fuck up?

No, reality just sucks. As its should be.