BAB 2

"Mikael backup Nini time Nini nak kena buli dengan Eqal lantas Mikael menumbuk Eqal sampai terjatuh dan mereka bercinta seperti Nobita dan Shizuka"


Penyebaran berita mengarut itu disampaikan secara berkesan pada semua orang yang ada dalam tadika tu. Aku paling tak suka benda ni. Gosip-gosip penyebaran cerita palsu. Aku bukannya apa, benda ni boleh merosakkan fokus aku untuk belajar di tadika. Lagi tu pulak, apa la yang akan ibu dan ayah aku fikir kalau mereka tahu khabar angin palsu ni? Aku taknak hampakan mereka.

Plus, bagi aku Nini masa tu comot kot.

Comot yang comel dan bagi aku masa tu, Nini ni comel pun sebab dia kecik lagi usianya. Esok bila dah besar ni lebih kepada jadi comot yang comot.


*******


Esoknya,

Aku masuk kelas macam biasa, duduk dekat meja macam biasa. Dan oh wait, aku nampak ada sekeping surat dekat bawah meja aku. Surat apa pulak ni? Bila aku bukak je, tiba-tiba keadaan persekitaran aku jadi berdebu. Gila betul. Ada ke bagi surat sambil letak tepung ni? Tapi tepung ni wangi pulak. Oh bedak rupanya. Aku silap. Surat berbunyi begini;


Helmi,

Terima kasih ek selamatkan Nini semalam,

Saya suka awak sebenarnya.

Awak sihat?


P/S : Pecah kaca pecah gelas, dah baca harap balas.


Ok, ni surat dari Nini. Ok.

Apa yang aku rasa? Aku mula rasa segan. Ini kes boleh masuk hukum memalukan beb. Habislah reputasi aku sebagai lelaki macho dalam kelas. Ni kalau ada orang tahu ni, confirm confirm aku kena dengar nyanyian koir lagi ni. Taknak aku!

Aku cepat-cepat ambik pemadam, padamkan nama aku dan aku tukarkan kepada nama Eqal. Lepas siap, aku letakkan dekat bawah meja Eqal pulak. Settle.

Aku ingatkanlah dah settle.

Sebab lepas tu kecoh pulak dalam kelas bermula hari ini yang kononnya...



"Sebenarnya, Mikael tu raja buli sebenar dan Eqal yang backup Nini time Nini nak kena buli dengan Mikael. Lantas, Eqal "cuba" menumbuk Mikael namun gagal sampai terjatuh dan Eqal dan Nini bercinta seperti Jetman merah dan Jetman Pink"



Aku dapat rasa yang dalam kalangan kami ni mesti ada esok kerja dengan TV3 dalam rancangan melodi. Tak pun, buat satu blog gossip hiburan artis dekat internet.

Aku cuma satulah tak puas hatinya, kenapa time Nini dan Eqal, mereka disamakan dengan Jetman, tapi time aku, disamakan dengan watak dalam kartun DORAEMON? Apsal? Kenapa tak Power Rangers Merah dengan Power Rangers Pink?

Ya Allah emosi jugak pergi dia ni.

Kisah aku membuli ni dalam kalangan cikgu aku semua pakat tak percaya. Ye la, aku budak baik kan. Comel pulak lagi. Ish, mustahil lah seorang Helmi nak membuli. Maka, tekanan daripada suasana tu kurang dan kami semua menjalankan kehidupan sebagai seorang pelajar Tadika macam biasa.