BAB 8

Lepas kecewa teruk pada peringkat pertama percubaan nak bercinta masa Tadika tu, lama jugak aku nak suka orang lepas tu. Ada la satu dua tahun. Apa? Tak lama? Ah, lama la bagi seorang budak Tadika. Perasaan sedih bila kau dah berusaha banyak dan akhirnya usaha kau tu useless, boleh terbawak lama kalau tak dikikis sedikit demi sedikit. Kau gelak apa? Celaka. *masam muka*

Anyway, bila aku dah masuk darjah dua, aku masuk ke sebuah sekolah yang agak jauh dari rumah aku.

Ibu bapa aku bukan Dato mahupun sepupu sepapat menteri ataupun orang Ada-Ada. Mereka haruslah bekerjasama untuk mencari rezeki dalam menyuapkan mulut aku sebijik makanan. Lantas, aku aruslah menaiki bas untuk ke sekolah. Dan, walaupun baru 2 bulan aku naik bas tu, aku dah mampu untuk create circle aku yang sama-sama nakal. Dulu, aku tak kira, melayu, cina, india, darjah 1, darjah 2, darjah 3 ke semua aku bedal jadikan member. Ya, aku berada pada tahap kegembiraan paling maksima. Bayangkan, bila kami satu bas masuk ke dalam terowong pendek, aku mampu hasut semua orang untuk menjerit dalam terowong tu. Dan bila aku maksudkan semua ni termasuk jugaklah dengan driver bas. Besar tak besar la pengaruh aku.

Lepas tu, berlakulah sebuah kejadian yang mengubah diri aku untuk lima tahun yang mendatang.