BAB 5

Angau aku sudah mula masuk ke sebuah level yang lebih tinggi. Aku dah start nak tulis nama dia dalam buku nota aku banyak-banyak. Of course la aku buat benda ni sembunyi-sembunyi. Sebab dalam kalangan kawan-kawan tadika, aku dikenali sebagai budak yang paling baik (Dibaca : nakal nak mampus). Tak main la nak suka-suka ke perempuan ni.

Tapi Farah ni lain. Dia comel. Tak, tak, aku silap. Dia bidadari!

Semenjak hari itu jugak, setiap kali kelas, aku mesti nak angau. Asyik la nak usha dia. Asyik la nak pandang dia. Aku tak tahulah dia perasan ke tak yang aku selalu usha dia, tapi tiba-tiba dia pindah tempat duduk jauh sikit dari aku dan tersembunyi.

Entah apsal entah.

Dan ke"angau"an aku tidak berakhir disitu sahaja.



*******


Ada suatu petang tu, aku ke taman permainan macam biasa untuk bermain sebuah sukan. Aku tak pasti nak panggil sukan ni apa. Tapi, kalau korang panggil permainan yang melibatkan sebijik bola dan lebih kurang ada 12 kanak-kanak comel lagi sweet menyepak-nyepak bola tanpa arah tuju, sepak ke gol pun tak, sepak ke tiang pun tak, sepak ke orang pun tak sebagai sebuah sukan yang digelarkan bola sepak, maka panggilah ia bola sepak.

Sedang aku duduk kepenatan di satu sudut taman permainan, mata aku terpandang pada seorang gadis yang aku percaya sudah berjaya membuat aku rasa berdebar-debar. Berjaya buat aku rasa nak jadi macho dan berkuasa. Berjaya buat aku rasa macam nak jadi hamba abdi dia. Ya gadis itu adalah Farah.

Dia tinggal dekat dengan rumah aku rupanya!

Nampaknya aku akan ke padang setiap hari sambil memakai minyak rambut Johnson and Johnson. Tak lupa juga, perfume ayah aku.