BAB 3

15 tahun selepas itu,

Aku terserempak dengan Eqal di McD Damansara. Nampaknya macam dia nak take-away saja. Aku tegur dan ya, dia masih tak lupa aku (obviously, kau nak lupa ke budak paling baik dekat Tadika kau?) Aku tanyalah dari mana?

"Dating," jawab Eqal ringkas sambil senyum.

Lepas dia nampak aku tu, dia pun decide nak makan dekat situ je. Sebab lama jugak kami tak saling contact. Last rasanya masa darjah 6 masa dia ambik keputusan nak masuk ke asrama penuh.

“Aku pergi park kereta elok-elok kejap,” ujar Eqal kemudian berlalu menuju ke keretanya.

Kemudian, aku nampak dia datang dengan seorang makwe yang cunnya luar biasa. Natang untung kau Eqal dapat makwe cun. Hati aku dah mula dah bisik-bisikkan kata-kata jeles,

Bila dah makin dekat, baru aku perasan.

Gadis free hair, muka putih separa tinggi ni rupanya adalah seorang Nini!

Cantik kemain.

Mana imej gadis comot kau dulu ha? Mana?

Dan aku mula menyesal sedikit demi sedikit.


********

Jadi, apa sebenarnya yang nak diketengahkan dekat sini?


Bila Nini letakkan surat dekat bawah meja aku, dia jujur.

Dia jujur dengan perasaan dia terhadap aku lantas membuatkan dia menulis

sebuah surat dengan penuh bedak bersama tulisan penuh warna-warni.

Bila aku tukarkan nama aku dengan nama Eqal, aku jujur.

Aku jujur yang aku tak suka dia sebagaimana dia suka aku masa tu (pasal dia comot). Dan, dengan jujurnya aku memberikan seorang pengganti yang aku rasa mampu untuk mengganti aku disaat itu. Heck, Eqal tu orang kedua paling berpengaruh dekat tadika tu. Aku of course la yang paling berpengaruh. Plus, aku yang paling berguna sekali dalam Tadika tu. Jangan nak nafikan. Ingat, kekayaan tauke panadol tu. Aku main peranan penting.

Bila Eqal percaya yang Nina betul-betul bagi surat tu ke dia, dia sengal.

Sengal gila sebab dengan mudahnya dia pergi bantai percaya surat dari Nini itu adalah untuknya. I mean, kemonlah. Obviously aku tengah digosipkan dengan Nini dan Eqal pulak merupakan si jahat dalam cerita cinta rekaan ni. Takkanlah kau boleh dapat surat luahan perasaan dari Nini pulak kan? Punyalah si Eqal ni dua minggu malu-malu dengan Nini dan Nini pula ingatkan surat dia tu, aku dah framekan elok-elok dekat rumah. Kesian mereka masa tu.

Hasilnya,

Sorang dapat makwe cun kemain.

Sorang dapat pakwe penyayang kemain.

Sorang dapat gigit jari kaki sendiri sambil telan air liur dengan penuh penyesalan sedikit demi sedikit (Dibaca: Aku).

Jadi nasihat aku pada yang masih takde jodoh tu, cuba-cubalah cari balik gambar-gambar masa korang masuk Tadika. Tengok balik gambar dan try search balik apa dah jadi dengan diorang sekarang.

Mungkin, mereka itulah jodoh sebenar anda. Who knows'.