BAB 4

Ini pula adalah kisah cinta (suka) pertama aku. Kenapa aku namakan cinta (suka)? Sebab masa tu macam tak logik betul kalau nak kata aku cintakan dia. Suka mungkin. Tapi perbuatan tu macam cinta tapi sebenarnya suka je. Eh faham tak ni? Dapat catch up?

Aku bagitau awal-awal yang this story is real. Real means reality. Reality means it will end up sucks. So, jangan kata aku tak pandai nak reka cerita dengan sebuah ending yang sweet muweet tangkap leleh siap dalam hati ada berkata;

"Alaaaaaaaaaaaaa cuwetnyaaaaaa awaaaaaaa," because this is reality. And like I said before, reality suck as it should be.

******

Masa tu, aku baru masuk ke Tadika. Baru dalam sebulan dua aku rasa. Sebab ibu aku masa bulan pertama terpaksa menemankan aku sepanjang aku berada di kelas yang pada hari kejadian. Dan ibu aku dah seminggu tak tunggu aku.

Eh tidak tidak. Aku takdelah manja untuk menyuruh ibu aku menemankan aku begitu saja. Cuma ketika itu, aku terpercaya dengan dakyah-dakyah berita TV3 yang mengatakan ibu bapa yang tertekan menjualkan anaknya yang jambu kepada agensiagensi tertentu. Dan aku sangat-sangat takut dan berharap yang aku tidak menjadi salah seorang mangsanya. Tertekan? Yes, aku masa kecik nakal. I mean, nakal gila!

Masa tu, kelas tengah belajar mengenal satu persatu huruf-huruf yang aku dah naik muak nak ulang baca semenjak aku umur tiga tahun (angkuh). Jadi, bila bosan, mata mula la meliar pandang kiri ada apa, pandang kanan ada apa. Tatkala itulah, mata aku tertangkap pada seorang gadis comel yang duduk berdepan dengan meja aku. Ya, dia sangat comel (bagi aku masa tu. Maaflah time tu aku baru 6 tahun. Definisi cantik dan comel time tu mungkin berbeza.)

Aku rasa macam nak bagi bunga dekat dia.

Aku rasa macam nak bagi gula-gula dekat dia.

Aku rasa macam nak keluar jalan-jalan sambil pimpin tangan dengan dia.

Semua benda aku rasa macam nak buat dengan dia.

Bila dah macam tu, aku mulalah nak tahu nama dia dan kaedah paling efektif adalah tatkala cikgu memulangkan semula kerja sekolah yang telah disemak. Sebab time tu cikgu akan sebut nama sorang-sorang dan individu itu perlu tampil ke hadapan untuk ambik buku dia. Ya, aku tahu aku bijak. Thanks.

Dan, tibalah masanya untuk cikgu memulangkan buka sorang demi sorang. Aku dah excited. No, I mean Super Excited!

"Dewi Kaliani!"

Tiba-tiba gadis idaman bangun. Dia macam...

"Eh, eh, takkan lah! Dewi Kaliani! Adakah dia berbangsa India? Oh my! Memang tak kemana la hubungan kita ni. Mak kita mesti takkan merestui cinta kita sayang. Tak mungkin!"

Oh, dia cuma betulkan kerusi dia je. Damn!

"Farah!"

Dan semenjak itu aku tahu yang nama dia Farah.