Prolog

16 tahun yang lalu..


Seorang kanak-kanak kecil 7 tahun itu berlari menuju ke arah kakaknya 10 tahun yang sedang menunggu di bus stop.


"Adik pergi mana? Kenapa lambat? Nasib abah tak datang lagi." Si kakak berkata pada si adik yang sedang tersengih comel.


"Adik pergi beli sesuatu dekat koperasi tadi. Tu yang lambat." Jawab si adik dan si kakak pun menggeleng. Dia terpandang kereta abahnya yang berada diseberang jalan. Encik Yusuf memang selalu letak kereta diseberang jalan dan menyuruh anak-anaknya yang baru sebesar anak jagung itu melintas jalan.


"Dahlah jom. Abah dah datang tu." Si adik yang terlalu teruja itu terus melintas tanpa melihat kiri kanan. Terbuntang mata si kakak apabila terpandang pada sebuah kereta yang sedang menuju ke arah adiknya.


"Adik!! Kereta!!" Jeritnya lalu segera dia menolak adiknya ke bahu jalan manakala dirinya tersungkur diatas jalan.


"Argh!!" Sebelah betis kirinya telah digilis oleh kereta tersebut. Menitis airmatanya kerana terlalu sakit.


Encik Yusuf yang menyaksikan kejadian itu terus menyelamatkan anaknya yang berada ditengah jalan.


"Ya Allah Tasya! Tasya okay ke tak ni?" Tanpa sempat menjawab soalan si ayah, si anak terus pengsan bersama darah yang tidak henti-henti keluar dari betisnya.


Encik Yusuf memandang kereta yang telah menggilis betis anaknya namun tiada bayangan kereta itu. Menyumpah seranah dia didalam hati.


Tubuh kecil anaknya diangkat dan segera dibawa masuk ke dalam kereta. Tiara hanya dapat menangis dan menggigit bibir bawahnya. Dia juga turut melangkah masuk ke dalam kereta. Kereta kepunyaan Encik Yusuf dipandu laju menuju ke hospital.


¤¤¤¤¤¤¤¤


Seorang lelaki yang memakai pakaian seperti seorang doktor keluar dari bilik pembedahan seusai memotong betis kiri Tasya yang sudah tidak boleh diguna pakai lagi setelah mendapat kebenaran ibu bapa gadis kecil itu.


"Anak saya okay ke doktor?" Soal Encik Yusuf bersama isteri disisi sementara Tiara ditinggalkan dirumah seorang diri.


"So far she's okay. Just wait untuk membuat kaki palsu untuk dia." Encik Yusuf dan Puan Kazimah terduduk mendengarnya. Mereka tidak sanggup mendengar itu semua walaupun mereka sudah tahu hakikatnya. Ini semua salah anak bongsu mereka. Ya, ini semua salah Ara!


Seminggu kemudian Tasya dibenarkan untuk pulang bersama kaki palsunya. Dirinya tidak sempurna lagi disebabkan adiknya. Argh! Dia benci adiknya.


"Umi tsk tsk Sya dah takde kaki. Sya takde kaki disebabkan Ara. Sya benci dia umi. Benci sangat sangat." Adunya pada Puan Kazimah. Hati tua itu tersentuh melihat anaknya yang sedang menangis kesedihan itu. Dirinya juga telah membenci anak bongsunya.


Dan bermula dari situlah sekeluarga membenci diri Tiara kecuali Taufiq, anak sulung keluarga Encik Yusuf. Taufiq tiada sewaktu kejadian dan tiada dihospital melawat adik keduanya kerana dia berada di luar negeri menyambung peringkat sekolah menengah di Negeri Kelantan.


Dia tidak salahkan adik bongsunya kerana adiknya masih lagi berusia 7 tahun. Masih kecil untuk dipersalahkan. Dia tidak meletakkan 100 peratus kesalahan dibahu adiknya malah pada Encik Yusuf.


Encik Yusuf lah yang patut dipersalahkan kerana memarking kereta diseberang jalan dan menyuruh adik-adiknya yang masih muda usia itu melintas tanpa dipimpin oleh orang tua.