BAB 11

“Hello. Waalaikummussalam. I just reached home.” Farish menjawab dengan senyuman meleret di bibirnya. Sayup-sayup kedengaran tawa di hujung talian. “It’s still early over there right?” tanya Farish sambil jam di pergelangan tangan kanannya dikerling.

“Five am right? What makes you up so early?”

Farish tiba-tiba menangkap bunyi di sebalik tembok rumahnya, dia berjalan menghampiri, dia menjengah ke sebelah.

“Hold on.” Farish bersuara kepada pemanggilnya dan ketika itu dia melihat dengan jelas kepala seseorang di sebalik tembok.

“Ehem!” Farish berdehem kuat.

“Opocot kau!” Wani menjerit.

“Stalk apa?” Farish angkat kening. Wani terkebil-kebil tanpa suara.

“Stalk apa pula, orang cari anak kucing lah.”

“Sejak bila pula anak kucing pandai panjat tembok” Farish sengaja menekan perkataan anak itu. Dia memandang Wani agak tajam.

“Ni anak kucing hutanlah, bukan kata tembok, tingkap, bumbung semua dia panjat.” Wani juih bibir menyampah.

“Eloklah tu, tuan dengan anak kucing sama spesis suka panjat tembok rumah orang,” sindir Farish selamba.

“Tak percaya sudah. Saya cari anak kucing saya sebelah sana pula.” Cepat-cepat Wani memalingkan badannya. Berdebar-debar pula hatinya apabila melihat wajah Farish lama-lama.

“Kamu cari apa kat luar tu Wani?” Puan Salmah tiba-tiba menjengah di muka pintu. “Cari lala,” jawabnya perlahan.

“Lala apa?”