Bab 1

"MUHAMMAD AMMAR"

Bila aku cakap aku nak kahwin, semua gelakkan aku. Kata diorang, terlampau awal untuk aku berkahwin sekarang. Kata diorang lagi, kenapa aku tak enjoy dulu kehidupan bujang aku? So, jawapan aku adalah kerana aku dah bersedia untuk jadi seorang suami. Baik duduk rumah dengan isteri daripada aku merayap tak tentu hala. Alhamdulillah, setakat ni aku berjaya menepis segala godaan kawan-kawan yang selalu ajak aku buat jahat. Contohnya ajak pergi pub! Gila apa?! Memang taklah aku nak pergi kan? Astaghfirullahallazim.

Jadi bila mak aku cakap yang dia dah jumpa calon isteri yang sesuai untuk aku, aku terus setuju. Dan sudah semestinya aku tengok dulu gambar empunya diri. Perkataan yang pertama terlintas dekat kepala, “Comel.”

Tapi aku tak terima cadangan mak aku sebab dia comel je tau. Kata mak aku, Damia ni budaknya baik. Selalu tolong orang tua dan dia selalu mengajar budak-budak mengaji. Entah kenapa, terasa sejuk hati aku ni bila dengar. Akhirnya aku terima la Damia ni tapi dalam hati risau jugak! Takut aku kena reject tapi alhamdulillah tak. Baru beberapa minggu yang lepas, aku dah selamat jadi tunang orang. Tunang kepada Nurul Damia tapi aku tak pergi pun masa tu. Bukan tak  nak tapi biarlah. Tunggu masa akad nikah nanti.

“Esok Abang Long nak singgah dekat rumah Mia kejap. Ada apa-apa nak bagi kat dia?” Soal Abang Long sambil melabuhkan duduk sebelah aku yang sejak dari tadi asyik termenung.

“Hmm... tak tahu lagi. Esok kalau ada apa-apa Am nak kasi kat dia, Am bagitahu Abang Long.”

Abang Long mengangguk sebelum tiba-tiba memaut bahu aku. “Am tahu yang Mia tu pernah jadi tunangan orang?”

Aku mengangguk. Memang mama dah bagitahu aku awal-awal pasal hal ni. Dia risau nanti aku marah pulak bila tahu pasal ni tapi aku nak marah buat apa kan? Benda dah lepas pun.

“Baguslah kalau macam tu.” Abang Long senyum sebelum bangkit. “Kalau ada apa-apa nak bagi kat dia, bagitahu cepat-cepat tau.”

Tiba-tiba aku baru tahu apa yang aku nak bagi. Terus aku bangkit sebelum tersenyum lebar. “Am dah tahu nak bagi apa!”