Bab 2

Seringkali aku lambat tiba dan aku lambat lagi hari ini. Terbayang wajahnya yang kelat.

Nur Sorhana. Pertemuan aku dan dia lapan tahun yang lalu membawa ke pertemuan yang seterusnya. Sungguh aku senang dengannya. Dia memahamiku. Ada di saat aku perlukan seseorang untuk meluahkan rasa di hati. Menghiburkan aku dengan kata-katanya yang lucu. Mengenalinya sebagai seorang gadis dulu dan kini aku mengenalinya sebagai seorang wanita.

“Nak jumpa si pengarang jantung ke?” tebak dia nakal.

“Lagi mahuu tanya. Mestilah jumpa dia. Takkan nak jumpa nenek dia pulak.”

Bahuku ditolak. Bibirnya dicebik.

“Buat lawak bodoh pulak. Okeylah. Aku nak solat dulu. Kau dah solat kan?”

“Dah solat dah,” balasku sambil menjulingkan mata.

Hazmi mengangguk. Tihani yang berpapasan denganku menghadiahkan senyuman dan menunduk sedikit tanda hormat. Aku membalas senyumannya sebelum mataku kembali jatuh pada wajah Hazmi.

Dia sedang sibuk melipat lengan kemejanya. Tali leher dirungkaikan. Serius benar.

“Drive elok-elok. Aku pergi dulu. Assalamualaikum.”

“Wa’alaikumsalam.”

Dahiku ditepuk. Dah lambat dah! Haissyh. Si Hazmin ni pun satu. Time ni lah nak ajak bersembang. Ngee…

Saat aku sudah melangkah masuk ke dalam Noodle Station, dia melakar senyuman manis. Mengalihkan handbag dari tempat duduk dan menolak kerusi itu ke belakang sedikit sebagai tanda menyuruh aku melabuhkan punggung di atas kerusi itu.

Aku menongkat dagu. Merenungnya.

Dia tersenyum. Senyum bagaikan kawannya. Kali pertama aku lihat dia menangis adalah lapan tahun yang lalu. Dan saat itu juga bagaikan kali terakhir dia menangis di hadapanku.

“Lambat sampai.”

“Hazmi punya pasal. Dia sembang pulak dengan abang,” tuturku selamba.

Wajahnya ditarik. Gelas miliknya aku tarik dekat denganku lalu aku menyisip air milo yang langsung tidak disentuh. Sorhana menggeleng. Dia tahu yang aku akan mengambil air miliknya. Kerana itulah langsung tidak disentuh milo ais yang dipesan. Lapan tahun sudah cukup untuk dia kenal dengan diriku.

Dahinya berkerut. Dadanya ditumbuk bertubi-tubi. Kelopak matanya tertutup rapat. Aku hanya memerhati tanpa kata.

Sesaat kemudian, Nur Sorhana sudah mengalami sesak nafas. Sejujurnya, aku tidak mengerti apa yang terjadi tika ini. Ini kali pertama aku melihatnya sebegini. Bibirnya sudah pucat. Fikiranku terlalu buntu.

Perlahan-lahan dia bangun. “Ana nak pergi ladies kejap.”

Aku angguk. Kerusi ditolak. Dia menghayun langkah lemah. Aku bingkas bangun. Setapak demi setapak dan tanpa aku sangka, Nur Sorhana tumbang. Insan yang lalu-lalang mendekati dirinya. Jantungku berdetak laju. Terus aku mendekatinya. Melutut. Pipinya aku tepuk berkali-kali namun matanya tetap tertutup.

“Ana, bangun.”

Peluh mula merenik di dahi. Tubuh itu aku cempung.

Mengapakah seorang Nur Sorhana pengsan?

*****

Bahuku melurut jatuh. Aku menyandarkan tubuh pada dinding ruang menunggu.

…bersambung
Bab akan datang:
Mengapa Ana pengsan? Adakah Ana sakit?