Bab 1

Bunyi kuakan pintu bilik pejabat Tan Sri Mukhriz berjaya menarik perhatian Hani yang dari tadi begitu khusyuk menghadap laporan dihadapannya. Memandangkan laporan itu amat penting untuk mesyuarat esok pagi jadi haruslah dihabiskan secepat mungkin.

Encik Zarul dan Encik Luqman melangkah keluar dari bilik Tan Sri Mukhriz dengan beribu kerutan yang menghiasi wajah kedua dua orang separuh abad itu. Mungkin memikirkan masalah projek Impiana yang perlu dihentikan buat sementara waktu atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan.

"Good morning" sapa Hani ceria sambil bibir merahnya mengukirkan senyuman. Mereka yang mendengar sapaan itu terus mengukir senyuman.
"Morning Hani. Cantik macam selalu. Jampi apa yang Hani pakai eh sampaikan bila saya tengok muka Hani yang manis ni masalah saya dah boleh hilang." kata Encik Zarul sambil mengukir senyuman.
"Ada ada je la Encik ni. Nanti Puan Anisa dengar habis Encik kena dengan saya saya sekali kena. Kecoh satu office." usik Hani. Sapa yang tak kenal Puan Anisa, isteri Encik Zarul. Walaupun dah bercucu, sifat romantik tu masih kekal macam pengantin baru. Sedangkan setiap hari setiap saat tengok muka masing masing ja. Tak boring ke? Petua apa yang dipakai pun tak tahu la. Mungkin ni la kot yang orang kata cinta. Tak pernah jemu.
"Tak payah nak kena sangat la Hani. Macam la saya tak tahu, awak dengan isteri saya tu macam mana. Macam ni hah." Encik Zarul mencangkuk kedua dua jarinya menggambarkan betapa akrabnya Hani dengan isterinya.
"Puan Anisa dah banyak kali tolong saya. Bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa." kata Hani. Salah satu pertolongan Puan Anisa ialah merekomenkan kerja ini kepada dia. Kalau tak de Puan Anisa, tak tau la apa yang dia tengah buat sekarang ni. Mungkin menganggur dan dipaksa kahwin dengan calon pilihan ibunya.
"Hei, kalau saya ada anak teruna dah lama saya pinang Hani untuk dia." seloroh Encik Zarul. Pipi Hani dah merah dah sekarang ni macam terlebih pakai blusher.

***************************

Hani yang sedang bertungkus lumus menyiapkan kerjanya memberhentikan tindakannya apabila terdengar arahan bosnya iaitu Tan Sri Mukhriz melalui interkom.

"Hani, masuk bilik saya sekejap." arah Tan Sri Mukhriz.
"Baik Tan Sri."

Hani mengemas dokumen dokumen dan kertas kertas kerja yang agak berselerak di atas meja sebelum bangun dari kerusi. Hani mengambil pen dan buku catatnya lalu bangun menuju ke pintu bilik boss. Sempat dia memperbetulkan baju kurung berwarna merah jambu yang melekap elok ditubuh langsingnya sebelum mengetuk pintu.

TOK..TOK..TOK!

"Masuk!" Hani masuk sebaik sahaja menerima arahan.
"Ehm. Yes Tan Sri"
"Hah Hani, have a sit." kata Tan Sri Mukhriz sambil tangannya menunjukkan ke arah kerusi yang berada di hadapannya agar gadis cantik itu mengambil tempat duduk.
"Apa yang saya boleh tolong?" tanya Hani sebaik sahaja duduk.
"Saya nak minta awak tolong jemput my son yang baru balik dari US dekat KLIA2 boleh?" Aik kenapa pulak aku yang nak kena ambik. Bukan selalunya tu tugas driver Tan Sri ka.
"Pak Hamid bukannya tak boleh pergi ambil but Hani tahukan yang saya ada urgent meeting petang ni. Meeting tu sama waktu dengan flight anak saya. So, boleh Hani?" Hei Tan Sri ni macam tau tau ja apa yang aku fikir. Takkan nak kata tak boleh pula kan. Aku ni kuli ja dia tu boss.
"Boleh. But macam mana saya nak kenal anak Tan Sri tu? Bukannya saya pernah jumpa pun" tanya Hani. Jap anak dia lelaki ka perempuan? Hish kau ni Hani. Dah terang lagi bersuluh dengan cakap 'MY SON' tadi confirm confirm la lelaki. Tu la lain kali fokus.

Walaupun Hani bekerja dah lama dengan Tan Sri Mukhriz, tapi dia tidak pernah jumpa pulak dengan anak Tan Sri. Dengar tu pernah la tu pun dari geng mak cik bawang dekat office. Maklumlah dia kerja kat pejabat, jadi kenapa pulak dia nak kena sibuk tentang kehidupan peribadi Tan Sri.

Hani lihat Tan Sri Mukhriz sedang memikir jalan penyelesaian sambil mengetuk pen yang dipegangnya dekat meja kerjanya.

"How if saya bagi number fhone anak saya dekat Hani. If tak jumpa Hani call ja dia." Hani yang mendengar hanya mengangguk. Lidah ni tiba tiba ja terbelit.
"Okay, Nanti saya ambil dia." kata aku dan mengukirkan senyuman paling manis agar tak la nampak sangat yang aku ni terpaksa.
"Thank you very much Hani. You memang secretary I yang paling I boleh harap." puji Tan Sri Mukhriz.
"Tu kerja saya Tan Sri. Kalau dah tak da apa apa saya minta diri dulu." kata Hani lembut. Baik dia keluar dari bilik tu cepat sebelum pipi dia ni jadi merah macam tadi balik. Hani ni bukan boleh, pantang dipuji mesti akan kembang macam mangkuk.

************************

Seawal 2 petang lagi, Hani sudah terpacak dihadapan pintu KLIA2 untuk menjemput anak raja bossnya itu. Kalau diikutkan memang Tan Sri tak dak beritahu pukul berapa anaknya sampai, tapi Tan Sri cakap meetingnya sama waktu dengan anaknya tiba. Jadi pukul 230. Sengaja dia datang awal. Pekerja yang boleh diharap la katakan.

Hani kerling sekilas jam yang terletak elok di pergelangannya. Dia baru teringat yang dia tidak menunaikan kewajipannya sebagai seorang hamba lagi. Jadi, ada baiknya kalau dia pergi ke surau dan solat terlebih dahulu. Lagipun flight anak Tan sri tiba pukul 230. Sempat la kot.

Sewaktu Hani sedang berlari menuju ke surau, fhonenya memainkan waktu menandakan ada panggilan masuk. Terkial kial Hani mengambil telefon didalam beg tangannya yang penuh dengan bermacam macam benda.

"Assalamualaikum ibu." ucap Hani.
"Waalaikummusalam. kau dekat mana tu?" tanya Puan Intan.
"Dekat KLIA2. Hani kena jemput anak Tan Sri. Kenapa?" tanya Hani sambil matanya meliar mencari sign board yang menunjukkan arah ke surau.
"Ni hah Abang long kau tu kerja overtime jadi tak sempat nak ambil Nabil. Tu yang nak minta tolong kau tu. Kereta aku rosak la pula."
"Hah ye la nanti Hani ambil. But Hani tak sure pukul berapa. Hani pergi solat dulu ya Assalamualaikum." kata Hani.
"Waalaikummusalam." pesan Puan Intan. Hani menyimpan semula telefon di dalam beg.

Selesai sahaja solat, Hani mengerling jam tangannya dan serta merta matanya terbeliak. Jarum jam menunjukkan yang dia cuma ada sepuluh minit sebelum pukul 230. Aduh Habis lah.

"Haila mamat ni ada kat mana?" tanya Hani pada diri sendiri.

"Okey Hani, Tan Sri cakap anak dia tinggi, putih, muka hensem. Cuba kau cari" Hani memberi semangat pada diri sendiri.

Ok dah. Hani mengalah. Dia dah penat sangat ni. Bagi kriteria macamtu memang susah la nak jumpa. Ramai lelaki yang macam tu but takkan nak tegur semua kot.

Sungguh dia penat, mana taknya dari tadi round tak nampak nampak juga batang hidung. Dah berapa kali dah dia tawaf KLIA2 ni, kaki pun dah penat sakit semua ada.

Hani gagahkan lagi dirinya bangun mencari apabila jam betul betul menunjukkan pukul 230. Terkocoh terkocoh dia mengatur langkah besar, nak cepat punya pasal. Dengan pakai baju kurung lagi, nanti tak pasal pasal ada yang buat free show kat sini kot. Kenapa la nak jadi macam ni waktu pakai baju kurung.

Hani pun tak tahu kemana arah tujunya. Dia hanya mengikut gerak langkah kakinya sahaja. Kemana kakinya melangkah kesitu la dia pergi.
Dan tiba tiba .......

'BAMM!!!'