BAB 1

Zulkefli memerhati sekeliling lift itu. Bersih, cantik dan besar. Mungkin orang-orang besar selalu ke mari berurusan. Penting imej syarikat dijaga. Yang aneh baginya lift ini sentiasa wangi.

Sudah sebulan dia berkerja di syarikat ini sebagai penolong pemasaran. Matanya merawang mencari sesuatu.

Tiada pewangi pun tapi wangi. Seakan-akan bau haiku, pewangi Avon yang terbaru itu. Amat lembut. Hatinya menjadi tidak sedap. Lambat pula lift ni. Tiba-tiba bulu romanya meremang seakan ada sesuatu menyapanya. matanya mengerling ke sudut bucu lift.

Terasa ada seseorang. Setahunya, dia menaiki lift ini seorang diri tadi dan lift ini tidak berhenti di mana- mana tingkat. Hatinya terdetik. Jangan berpaling walaupun hatinya meronta mahu melihat. Tingg..... Pintu lift terbuka. Zulkefli mengurut dada. Terkejut sebenarnya.

“ Kau kenapa. Terkejut tengok aku ke.” tegur Yahya sebaik melihat Zulkefli melangkah keluar.

“Ha la. Tiba-tiba muncul depan lift. Setahu aku tadi kau dekat bawah lagi masa aku masuk lift.” Balas Zulkefli. Hatinya bedebar. Mereka berjalan memasuki ruang pejabat.

“Kau naik lift tu. Lift tu lambat.” Kata Yahya.

“Masa aku keluar tadi kau perasan ada sesiapa tak dalam lift?” Soal Zulkefli.

“Mana ada sesiapa. Kau seorang je. Kenapa?” Soalnya kembali.

“Aku rasa macam ada orang belakang aku. Tapi aku tak tengok la pulak.” Beritahu Zulkefli.

“Lain kali kau jangan naik lift tu sorang-sorang. Kalau nak naik seorang kau naik lift 1.” Pesan Yahya.