kelahiran dahlia.

zara menangis di dalam bilik tidurnya sendirian. dia berasa sangat sedih apabila dirinya di buli dan di ejek di sekolah.
di sekolah dia adalah seorang gadis yang pendiam dan tidak mampu melawan balik apabila di buli.
dia merasa bahawa dirinya terlahir hanya untuk di buli orang.
flashback...
ketika itu zara sedang duduk sendirian di dalam kelas tiba2 datang sekumpulan pelajar perempuan menarik tudung dan menyimbahkan botol air ke mukanya.zara hanya mampu menangis sahaja tanpa mampu melawan balik.
ketika di dalam tandas zara melihat banyak contengan di pintu tandas yang mengejeknya.zara hanya menangis melihatnya.
dia menangis mengenangkan nasib dirinya yang di buli tanpa henti.
tiba2 zara terpandang sebatang besi di penjuru katilnya.dia mendapat ilham untuk mencipta sebuah robot yang akan melindunginya.
zara sebenarnya adalah seorang genius tetapi tidak ada seorang pun tahu. mereka mengangap dahlia adalah seorang yang pendiam dan akan forever alone tanpa ada seorang kawan pun.
tanpa membuang masa zara pergi ke bengkelnya dan mula menciptakan sebuah robot.
zara bertungkus lumus siang dan malam untuk mencipta robot.
setelah beberapa hari robot buatan zara akhirnya siap. robot itu berupa seorang gadis yang sangat comel.zara menamakan robot ciptaanya itu dahlia.
"dahlia mulai hari ni awak adalah kawan baik saya" beritahu zara.
dahlia mengangkat kepalanya perlahan dan memandang wajah zara dengan senyuman yang terukir maƱnis di bibirnya.

"baik zara"ucap dahlia.
zara memeluk erat robot buatannya itu air matanya laju menuruni pipinya.dia berasa gembira akhirnya dia mempunyai kawan walaupun kawannya itu bukanlah manusia tetapi dia tetap rasa gembira.