Bab 11

Indah membuka muka surat yang ditandanya sebelum ini pada diari merah tersebut.

5 ogos..

Entah mengapa aku merasakan ada sesuatu yang pelik pada kakak angkat ku.Dia sering menjeling dan menolak ku di belakang ibu dan ayah.Aku juga banyak dimaki dan dicerca olehnya jika kami berdua.Perangainya 100 peratus berubah apabila bersama ibu dan ayah.Dan hari tu,aku terdengar kakak bercakap di dalam bilik pada waktu tengah malam namun sebaik sahaja aku membuka pintu sedikit untuk mengintip kakak aku sedang nenyak tidur.Aku tahu mesti ada yang disembunyikan oleh kakak aku dan aku bercadang untuk menyiasat besok.

Indah membelek muka surat sebelah.

9 ogos..

Akhirnya aku tahu apa yang disembunyikan oleh kakak ku.Hari itu hanya tinggal kami berdua sahaja di rumah.Oleh itu aku mengekorinya yang kelihatan sibuk berjalan ke ruang bawah tanah yang digunakan untuk meletak barang yang tidak diperlukan oleh kami sekeluarga.Dia membawa daging merah yang mentah bersamanya lalu diletakkan di atas kotak.Aku sungguh terperanjat apabila melihat sesusuk tubuh hitam dan berbulu muncul secara tiba tiba di atas kotak sambil menjamah daging mentah itu dengan rakus.Sebelum kehadiran ku disedari oleh kakak ku serta makhluk itu,aku berlari keluar sepantas yang mungkin.

Tiba tiba bulu roma Indah meremang apabila membayangkan makhluk yang dilihat oleh pemilik diari tersebut.Dia menguatkan semangat untuk menyambung pembacaannya.

10 ogos..

Sejak mengintip perbuatan kakak tempoh hari,aku sering diganggu dengan bayangan makhkuk hitam itu.Mula mula aku tidak didekatinya namun lama kelamaan dia berani mendekati ku dan mencederakan ku seolah olah tahu bahawa aku mengetahui rahsianya dan kakak ku.Aku menceritakan perkara itu kepada ibu dan ayah namun mereka mengatakan bahawa aku berkhayal.Aku berasa amak tertekan dengan gangguan yang berlaku hampir setiap hari.

11 ogos..

Kemungkinan ini merupakan hari terakhir aku menulis di diari merah ini.Nyawaku terasa seperti dihujung tanduk.Kakak telah mendapat tahu tentang tindakan aku mengintipnya tempoh hari. Aku tahu ini merupakan kerja 'syaitan belaannya' itu.Hanya aku dan kakak ku sedang berada di rumah sekarang.Dia mencari ku namun aku sempat mengambil diari ini dan bersembunyi di dalam tandas bilik ku.Hanya diari ini saja yang dapat membongkarkan rahsia kakak ku.Sesiapa yang memegang diari ini,tolong bongkarkan rahsianya kerana aku tidak dapat meneruskan perjuangan ku.Aku telah menyembunyikan bukti di...

Indah berasa hairan,kenapa takde sambunganya sedangkan sambungannya penting saat itu.

'Mungkin dia dah tertangkap masa nak menulis.' teka Indah.Indah berlari keluar dari biliknya menuju ke tingkat bawa untuk bertemu dengan Haziq seperti yang dijanjikan.

Indah dan Haziq tiba di sebuah rumah agam yang serbah usang.Sekeliling halaman ditumbuhi daun dan akar.Indah memandang pagar rumah itu kemudian beralih ke arah Haziq.

"Kenapa?"

"Awaklah buka.."kata Indah mengharap.

"Takut ke?"Haziq ketawa kecil namun Indah hanya membiarkannya sahaja.

Haziq membuka pagar yang lebih tinggi dari ketinggiannya dan Indah menyebabkan bunyi keriutan yang menyeramkan terhasil.Indah mengusap lengannya.

"So apa awak nak buat kat sini?"tanya Haziq.

"Actually saya tak tahu buat masa ni nak cari apa tapi sesuatu benda telah menyebabkan saya perlu mencari sesuatu kat sini."

"Berbelit belitlah..tak paham."balas Haziq.

"Ish..ikut je lah."marah Indah.Haziq hanya menurut langkah Indah yang memasuki rumah agam itu.

Suram!itu perkataan yang sesuai untuk menggambarkan suasana rumah agam itu seperti menyimpan seribu satu rahsia yang memilukan.

"Kita naik atas dulu.."kata Indah kemudian mengatur langkah ke arah tangga dan mula mendaki.Haziq masih setia mengekorinya dari belakang.Mereka berjalan menyusuri lorong yang agak berhabuk sebelum tiba tiba Haziq memanggil Indah.

Indah menoleh,kelihatan Haziq memandang dinding dihadapannya.Indah melihat ke tempat yang sama dan mendapati tompokan merah di dinding tersebut.

"Darah.."bisik Haziq namun cukup kuat untuk didengari oleh Indah.Indah membuat tidak tahu lalu menyambung semula perjalanannya sebelum dia berhenti di hadapan sebuah bilik yang terbuka.Dia pernah nampak bilik itu di mimpinya semasa berada di hospital tempoh hari.

Indah memasuki bilik tersebut kemudian meliar matanya memerhati bilik itu sebelum matanya jatuh pada satu tempat di mana tempat itulah dia menyaksikan satu pergelutan yang membawa maut pada satu pihak.

Indah mula menyelongkar satu demi satu barang di bilik itu namun hampa,tidak ada langsung barang yang dirasakan pelik.Indah berkira kira ingin menapak keluar namun langkahnya terhenti serta merta apabila kedengaran bunyi ketukan dari dalam almari coklat di belakangnya.

Indah menoleh kemudian mendekati almari itu dengan kadar degupan jantung yang berdetak laju.Dia membuka pintu almari lalu melihat ke dalamnya.Hanya kelihatan baju yang lusuh dan berhabuk sahaja di dalamnya.

Indah menyelak satu persatu pakaian sebelum terjumpa sebuah tanda yang mungkin dapat merungkai segalanya.Tanda yang berpangkah x itu diraba raba oleh Indah sebelum dia berjaya membukanya.Agak besar ruang didalamnya dan muat untuk dimasuki oleh susuk tubuh kecil Indah.

Indah terpaksa melutut lalu memasukinya.Seutas tali kelihatan di tepi lubang itu.Indah menarik tali itu kemudian dia perasan bahawa dia terturun sedikit demi sedikit bermaksud dia berada dalam lif yang memerlukan tenaga manusia untuk naik atau turun.

Indah menarik dengan perlahan lahan dan pada masa yang sama dia terturun ke bawah.Suasana amat gelap sepanjang berada dalam lubang itu. Sampai satu ketika dia berhenti apabila akhirnya ruang di depannya mula kelihatan bermakna dia sudah boleh keluar.