Bab 14

Bunyi loceng rumah mengejutkan seisi keluarga yang rancak berborak di ruang tamu.Haziq membuka pintu lalu terjenggul kepala seorang lelaki yang agak berumur di muka pintu sambil tersenyum.

Mata Indah terbuntang melihat sesusuk tubuh yang sungguh dikenalinya dan dia begitu mengharap agar bertemu dengan orang tua itu.

Lelaki tua itu memandang Indah yang masih terkejut memandangnya.

"Macam mana pak cik boleh ada kat situ hari tu?" tanya Indah.

"Pak cik ni sebenarnya,pengawal keselamatan rumah agam yang kamu pergi hari tu.Dah 20 tahun pak cik kerja sana sampailah satu hari,kedatangan seorang gadis iaitu ibu kamu..menghilangkan rasa ketenteraman pak cik di rumah itu.Pak cik bercadang untuk berhenti kerja tapi setiap hari pak cik melawat rumah itu tanpa pengetahuan orang orang rumah.Pak cik dapat korek rahsia mereka dan telah ditakdirkan pak cik datang untuk membersihkan rumah itu pada masa yang sama kamu pun turut berada di situ."jelasnya panjang lebar.

Wajah Indah berubah muram apabila mengingatkan kisah ibunya."Terima kasih pak cik, kalau takde pak cik,entah apa yang akan terjadi ngan kitorang hari tu."ucap Indah penuh kesyukuran.

"Sama sama..semua ni berlaku kerana kuasa Allah."balasnya.Mereka semua berbual mesra pada petang itu.Pak cik yang bernama Norman itu,telah menjadi pemandu kepada keluarga Encik Hafiz.

Mereka galak berbual mesra.Indah memandang Haziq yang turut memandangnya.Mereka tersenyum mesra apabila menyedari pertemuan mereka telah membongkar sebuah rahsia yang tersimpan lama.Indah masih teringat akan satu suara yang mengucapkan terima kasih kepadanya semasa berada di hospital hari tu.


~Tamat~