Bab 8

Indah membuka diari tersebut.Tiada yang pelik di buku itu.Namun bacaannya mula difokuskan pada satu muka surat.

3 Ogos..

Semuanya pudar bagi ku kini.Ibu telah mengambil anak angkat baru yang seusia ku.Aku tidak berasa iri hati walau sedikitpun malah perasaan gembira bermaharajalela di hatiku.Namun,semenjak kedatangan ahli baru keluarga kami itu,Ibu,ayah,adik tidak mempedulikan ku langsung malah sentiasa memarahi diriku walaupun aku tidak buat salah.Adik pula sentiasa mencari pasal dengan ku.Aku tetap sabar kerana aku menyayangi mereka lebih dari nyawaku.Tapi adakah mereka mempunyai perasaan yang sama dengan ku?

Sedih pula Indah membacanya.Apa yang terjadi agaknya bisik hati kecil Indah.

4 Ogos..

Semakin hari semakin susah aku rasakan tinggal bersama keluarga aku ini.Mereka melayan aku seperti orang asing.Hatiku bagai ditusuk dengan serpihan kaca apabila sering diperingatkan bahawa 'status' aku sebagai anak angkat tidak boleh sesekali dilupakan olehku.Aku pasrah walaupun diperlakukan seperti anjing kurap malah hidupku lebih susah berbanding anjing kurap.

Indah berasa kasihan terhadap penulis diari tersebut.Apa salahnya sampai diperlakukan sebegitu rupa.Indah menyelak muka surat seterusnya dan sekeping kertas jatuh dari muka surat tersebut.

Indah menatap gambar tersebut.Kelihatan 5 ahli keluarga di gambar tersebut terdiri daripada 1 pasangan yang agak berumur yang boleh didefinisikan sebagai ibu dan ayah atau suami isteri.Kemudian,didepan si isteri terdapat seorang kanak kanak dalam lingkungan 9/10 tahun bersama seorang gadis disebelahnya yang tersenyum gembira.Namun,dihujung gambar terdapat seorang gadis memandang kamera dengan wajah yang sayu.

Indah menatap wajah gadis itu dan tidak semena mena bulu romanya menegak.Dia memasukkan kepingan gambar tersebut di dalam poket.

Indah menuruni tangga lalu terserempak dengan Puan Murni.

"Auntie nak ke mana?"tanya Indah.

"Auntie nak jumpa kawan jap."jawab Puan Murni ringkas dan tidak nampak kemesraannya seperti selalu.

Indah bingung namun dia cuba memahami situasi Puan Murni yang kemungkinan sedang mengejar masa.

"Auntie balik jam berapa?"

"Tak tau lagi."balasnya agak dingin kemudian mula menapak keluar rumah.Indah memerhati dari dalam dengan perasaan keliru.

"Auntie ada masalah ke?"tanya Indah berani apabila Puan Murni sedang memakai kasut.

"Indah jangan banyak tanya boleh tak?penat auntie jawab."balas Puan Murni kemudian bergegas menaiki keretanya lalu keluar dari kawasan banglo.

Indah agak terasa dengan sikap Puan Murni yang nak tak nak melayannya.Dia masuk ke dalam rumah lalu bercadang ingin menonton televisyen.

Rancangan running man menjadi santapan matanya namun aksi lucu di cerita variasi tersebut langsung tidak masuk di kepalanya.Dia hanya memikirkan tentang hal Puan Murni.

"Yoww!!"sergah Haziq tiba tiba menyebabkan Indah terjerit kecil.Haziq ketawa mengekek.

"Ishh ku bagi kang."Indah acah acah ingin menyiku Haziq.

"Awak memang gemar buat 2 benda dalam satu masa ke?"tanya Haziq lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Indah namun terdapat jarak antara mereka.

"Maksud awak?"

"Yelah,awak tengok tv tapi dalam masa yang sama awak mengelamun.Tak gitu?"

"Hmmm yelah."

"Apa yang awak sedang fikirkan?"tanya Haziq apabila mendapati Indah seperti dalam lamunan yang agak dalam.

"Takde pa pelah."

"Ye la tu..cuba belajar kongsi ngan orang lain.Baru lah hati awak tenang sikit."balas Haziq.

"Ermmm..actually..errr..Takde pa pe lah."Indah berat ingin berkongsi fikirannya kerana ia melibatkan mama kepada lelaki tersebut.

Haziq ingin membalas namun bunyi benda pecah dari tingkat atas menarik perhatian mereka berdua.Dengan pantas mereka berlari ke tingkat atas untuk melihat apa yang berlaku.

Haziq menapak masuk ke dalam sebuah bilik yang kelihatan seperti sebuah bilik yang tidak didiami sesiapa.Kosong!Tiada tanda tanda barang pecah.Haziq meneliti sekeliling bilik namun benar benar kosong.

Indah yang sedari tadi berdiri di luar mengundur setapa demi setapak apabila terasa angin dingin menyapa mukanya kuat.Tiba tiba,seperti ada kuasa ghaib,Indah ditarik masuk ke bilik di belakangnya lalu dia terjelepok di atas lantai.Haziq terkejut besar apabila mendengar jeritan Indah.

Belum sempat Haziq ingin menolong Indah,pintu bilik itu terhempas kuat.Indah bangkit dengan pantas kemudian memutarkan tombol pintu namun tidak berjaya.

"Tolong!!Haziq tolong saya!!"jerit Indah dalam ketakutan sambil mengetuk ngetuk pintu tersebut namun tetap berkunci.

"Indah!!buka pintu ni!!"Haziq turut menolak nolak pintu tersebut namun hampa.Pintu tetap tidak boleh dibuka.

"Indah tunggu situ.Saya ambil kunci pendua."jerit Haziq dari luar lalu beredar meninggalkan Indah yang berada dalam ketakutan.

"Haziq jangan!!jangan tinggalkan saya sendiri kat sini!!"namun Indah tahu kini dia bersendirian.Dia menoleh ke belakang.Bilik itu seperti sebuah stor.

Terdapat alat alat yang di tutup menggunakan sehelai kain putih.Indah berdoa dalam hati sambil menapak perlahan lahan ke tengah tengah bilik.

Dia memerhati bilik tersebut dan tiba tiba terasa angin dari arah belakangnya.Indah menoleh dan mendapati ada barang di belakangnya yang kelihatan agak tinggi.

Indah ingin membuka kain yang menutupi barang tersebut.Terbuntang mata Indah sebaik membuka helaian kain tersebut.Seorang wanita sedang berdiri dengan mata yang tertutup dan wajah yang pucat.

Indah terundur ke belakang,air liurnya ditelan dengan payah.Badannya menggigil akibat benda yang menjadi santapan matanya itu.Kaki Indah terus lemah longlai apabila mata wanita itu terbuka seraya menyeringai ke arahnya.

"Kau perlu ikut mereka yang lain!!"jerit wanita itu kemudian menerkam ke arah Indah.Leher Indah dicekik kemudian diangkat perlahan lahan.Indah berasa amat payah untuk menghirup udara.Kakinya terkapai kapai.

"Le..lepas..kan aku.."ucap Indah dengan payah. Makhluk itu tersenyum sinis.

"Hanya kau dan dia je masih terlepas dari aku." katanya.

Indah merasakan lehernya seperti ingin terputus. Sakit yang dirasakan tidak terperi.

Buk!!Haziq masuk ke bilik itu bersama Mak Jah dan papanya.

"Indah!!"Jerit mereka bertiga hampir serentak apabila melihat Indah terapung di udara sambil tercungap cungap.

Haziq melaungkan azan sekuat hatinya.Bergema suara Haziq di seluruh banglo.Serta merta Indah terjatuh ke tanah semula.Indah tercungap cungap untuk menghirup udara yang tidak dapat dihirup sebentar tadi.

Haziq mendapatinya dengan segera begitu juga dengan Mak jah dan Encik Hafiz.Indah terasa dunianya seperti berpusing pusing sebelum dirinya rebah.Hanya kedengaran beberapa suara memanggilnya sebelum semuanya menjadi gelap.