Bab1

"Indah dah siap?"tanya Puan Rohana selaku ibu kepada indah.

"Dah.."balas Indah bersama beg sandangnya di sisi.Mukanya tidak mempamerkan sebarang reaksi.

"Jom gerak."

Mereka menaiki kereta Myvi milik Puan Rohana.Hanya itu yang dia mampu untuk beli.

Puan Rohana yang sedang memandu menoleh ke sebelahnya.Anak tunggalnya itu sedang termenung memandang ke hadapan.

"Indah.."panggilnya lembut.Indah menoleh ke arah ibunya.

"Indah jangan nakal tau..Ibu pun berat hati nak tinggalkan Indah kat rumah kawan ibu tapi ibu terpaksa.Ibu dah takde saudara mara nak minta tolong.Ibu cuma ada Indah dan kawan ibu tu aje.."jelas Puan Rohana.

"Indah tahu ibu.."balas Indah kemudian membuang pandangannya ke luar tingkap semula.Banyak benda yang sedang dia fikirkan.

'Dapat ke aq sesuaikan diri kat rumah tu nanti? Macam mana orang kat rumah tu layan aq?Baik ke jahat kawan ibu tu?arghhh!!!'soalan ni semua merunsingkan dia.

"Indah..Indah!!"panggil ibunya dengan suara yang agak tinggi.

"Hah??''baru dia tersedar dia telah jauh termenung sampai tak perasan dia telah sampai ke sebuah banglo yang tersergam indah.

Indah keluar bersama beg sandangnya sambil memandang sekitar banglo.Luas,bersih,besar cantik semua ada berbanding rumahnya namun dia tetap bersyukur walaupun rumahnya tidak sebesar rumah itu kerana yang penting baginya ialah kebahagiaan ibunya sahaja.

Mereka berdiri dihadapan banglo.Puan Rohana menekan butang loceng yang terletak di tepi pintu.Indah menunggu dengan debaran dalam dada.Matanya tertancap pada bunga bunga di laman banglo.Hatinya terusik.Dia gemar menanam bunga dahulu namun sekarang tidak lagi kerana keadaan dirinya sekarang.

Pintu terbuka dan pada yang masa Indah tersentak kerana terkejut dari lamunannya lagi.