Bab 5

Indah bersiap siap untuk keluar rumah.Dia berasa amat bosan apabila duduk di rumah oleh itu dia meminta izin Puan Murni untuk bersiar di luar.

Indah mengenakan pakaian biasa.Dia memakai baju berhoodie berwarna biru dan seluar jeans berwarna hitam.Rambut dibiarkan lepas.Itu merupakan pakaian yang sering dipakainya kerana dia tidak gemar memakai baju blause seperti remaja perempuan yang lain.

"Auntie,Indah jalan dulu ye."kata Indah meminta izin.

"Indah jalan naik apa?"tanya Puan Murni.

"Err..Indah naik grab je lah.Bukan susah pun sekarang."jawab Indah sambil merenung wajah Puan Murni.

"Bahayalah kalau Indah naik grab sorang sorang. Biar auntie suruh Haziq temankan."

"Eh takpelah auntie.Indah okey naik sendiri."balas Indah enggan menaiki grab bersama Haziq.Kang kena sakat lagi,bertambah sakit hatinya.

"Takpe Haziq okey je tu."Puan Murni memanggil Haziq yang berada di atas.

"Ye ma.."Haziq menuruni tangga mendapatkan mamanya.Wajah Indah dipandang sekilas.

"Haziq temankan Indah naik grab.Boleh?"tanya Puan Murni berterus terang.

"Indah nak ke mana?"

"Err..saya nak ke mall.Nak jalan jalan kejap."jawab Indah apabila wajahnya ditenung oleh Haziq.

"Okeylah.Awak tunggu kejap saya bersiap."Haziq melangkah ke biliknya semula.

Indah menunggu dengan sabar di depan pagar banglo. Kelihatan Haziq siap berpakaian t shirt dan seluar jeans.Walaupun simple,dia tetap kelihatan kacak.

"Hensem juga dia ni,tapi mulut tak sama ngan rupa."bisik Indah perlahan.

"Apa tengok tengok?Saya tahulah saya ni hensem.Tak payahlah tengok saya macam tu." kata Haziq yang sedang berdiri di hadapan Indah.

Indah hanya menjulingkan matanya ke atas tanda meluat.Haziq hanya tersenyum melihat julingan Indah.

Kelihatan sebuah kereta Myvi menghampiri perkarangan rumah banglo tersebut.Haziq dan Indah menerobos masuk ke dalam kereta tersebut.Sepanjang jalan mereka berdua hanya berdiam diri tiada rasa nak berbual.

Kawasan shopping mall tersebut dipenuhi dengan orang yang sedang membeli belah dan ada juga yang sedang mempromosikan barang jualan mereka.

"Awak nak pergi mana?"tanya Haziq.

"Saya nak pergi popular lah.Bosan sangat kat rumah so kalau ada buku tu kurang la sikit rasa bosan."tutur Indah.

"Saya ikut awak.Boleh?"tanya Haziq kemudian dibalas dengan anggukan oleh Indah.

Setelah membeli beberapa buah buku,Indah menyusul ke tandas apabila terasa ingin membuang air kecil.

Indah menyuci tangan setelah selesai melunaskan hajatnya.Tiba tiba dia terdengar bunyi suara seseorang sedang tercungap cungap di dalam salah satu tandas.Mula mula Indah tidak menghiraukannya sampai dia ingin keluar dari situ namun bunyi esak tangisan menyebabkan langkahnya terhenti.

"Cik takpa pe ke?cik ada masalah?"Indah mengetuk ngetuk pintu tandas itu dan serta merta suara tangisan berhenti.Pintu tandas itu terbuka dengan perlahan.Terjenggul kepala seseorang dari sebalik pintu.

Rambutnya serabai,pipinya basah disebabkan tangisan dan mulutnya kering.

"Awak.."perempuan itu menggenggam tangan Indah secara tiba tiba menyebabkan Indah terkejut.

"Awak tolong saya jaga diari ni.Jangan bagi benda ni terlepas.Saya dah tak dapat nak jaga lagi sebab benda tu dah meresap dalam badan saya.Tolong,saya minta tolong sangat sangat. Jaga benda ni macam nyawa awak sendiri."jelas perempuan itu sambil terketar ketar kemudian berlari keluar meninggalkan Indah yang terpinga pinga.

Diari merah itu dimasukkan ke dalam beg tangannya kemudian dia keluar dari tandas untuk mendapatkan Haziq.

"Lamanya.."tegur Haziq.

"Sorrylah.Awak lapar tak?saya laparlah.Jom makan."ajak Indah.

"Saya pun lapar juga.jomlah."

Haziq mengorder mee goreng dan bandung manakala Indah mengorder nasi goreng bersama Ice lemon tea.

Mereka berbual kosong sementara menunggu makanan mereka dan tiba tiba meja mereka dirempuh oleh seorang perempuan.

Perempuan itu merenung Indah seraya bangkit dari lantai akibat terjatuh tadi.Bahu Indah dicengkam.

"Awak jaga benda tu baik baik.Jangan bagi sesiapa mahupun mereka yang rapat dengan awak kerana..mereka ada di antara kita."pesan perempuan yang dijumpai oleh Indah tadi.

Perempuan itu menoleh kebelakang kemudian berlari sekuat hati seakan akan ada yang mengejarnya namun tidak kelihatan langsung sesiapa mengejarnya.

Indah terpaku seketika.

"Indah!"panggil Haziq.

"Err ha??"

"Apa maksud perempuan tu?barang apa?"tanya Haziq.

"Takde pa pe.Dah lah.Saya takde selera nak makan.Jom balik."ajak Indah kemudian dia keluar dari restoran tersebut dan diikuti oleh Haziq.