Bab 2

Kelihatan seorang wanita yang kelihatan sebaya dengan ibunya sedang tersenyum manis kepada ibunya dan Indah.Indah hanya membalas dengan senyuman kecil.

Ibunya dan wanita itu berpelukan seketika kemudian wanita itu memeluk Indah pula.

"Cantik betul Indah.Sama je ngan ibunya.''puji wanita itu.

Indah hanya tersenyum kerana tidak tahu reaksi bagaimana dia perlu berikan kepada wanita itu.Wanita itu mengajak mereka masuk ke dalam rumah.

Indah duduk di sebelah ibunya.

"Hana..kamu tinggal sana berapa hari?"tanya wanita itu memulakan perbualan.

"2 bulan."pernyataan yang menyebabkan mata Indah terbuntang.

"Ibu kata sekejap je..kenapa lama sangat?"tanya Indah dengan nada tidak puas hati.

"Sekejap la tu..pejam celik,pejam celik dah 2 bulan."balas Puan Rohana.

"Takpelah,Indah tinggallah ngan auntie.Auntie boleh jaga Indah."kata wanita itu sambil tersenyum.

Indah hanya tersenyum pahit.Dia tidak sanggup ditinggalkan oleh ibunya.Siapa nak jaga ibunya nanti.

"Nama auntie Murni,panggil auntie je.Mama pun boleh..auntie anggap Indah ni macam anak auntie sendiri dah."katanya lagi.

Puan Rohana dan Puan Murni berbual panjang menyebabkan Indah kebosanan.Dia meminta izin untuk berjalan di sekeliling halaman rumah.

Bunga bunga yang ditanam di tenung oleh Indah.Sungguh dia berasa sangat tenang apabila melihat bunga bunga tersebut.

Dia berjalan sehingga ke belakang rumah yang kelihatan dipenuhi dengan pokok pokok tebal.Banglo itu besar namun di belakangnya terdapat hutan belukar.Pelik!

Sebuah pagar dawai besi menjadi dinding pengantara antara hutan dan banglo itu.Bagai dikawal,Indah mencari lubang untuk melintasi pagar dawai tersebut agar dapat masuk ke hutan belukar itu.

Terdapat lubang dibahagian bawah dawai.Seseorang perlu meniarap untuk melintasinya.Indah mendekati lubang itu dan cuba untuk menunduk sedikit.

"Indah!!"panggil Puan Rohana.

"Ya buu!!"sahut Indah.Dia seperti baru tersedar dengan apa yang cuba dia lakukan.Dia memandang seketika lubang itu kemudian berjalan untuk mendapatkan ibunya..

"Ibu jalan dulu ya..jangan nakal nakal nanti auntie marah."pesan Puan Rohana sambil tersenyum.Puan Murni turut tersenyum manakala Indah hanya mempamerkan wajah kosong.

"Mama sayang Indah sangat sangat."Puan Rohana memeluk anaknya dengan erat seperti..itu ialah pelukan terakhirnya bersama satu anaknya itu.

Indah pula tiba tiba berasa berat hati untuk melepaskan ibunya.Hatinya berasa gelisah secara tiba tiba.Hatinya juga sebak tanpa diketahui sebab apa.

Puan Rohana meninggalkan laman tersebut sambil melambaikan tangan ke arah Indah.