Bab 13

Mata Puan Rohana terbeliak seperti menanggung kesakitan yang amat menderitakan.Lalu tubuhnya rebah menyembam bumi.Indah menoleh ke depan dan kelihatan seorang pak cik berdiri sambil tercungap cungap.

Dapat Indah menangkap kelibat hitam di tepinya meraung raung kepanasan.Rupa rupanya pak cik itu telah membaca surah surah Al Quran untuk menumpaskan syaitan itu.Barulah Indah tahu bahawa ibunya tidak dapat hidup jika syaitan belaannya tidak memberinya kuasa.Sekarang makhluk itu lemah kerana kalah dengan ayat suci Al Quran.

"Alhamdulillah.."tutur Indah lemah sebelum semuanya bertukar gelap.Dunianya menjadi hitam.

Kelopak mata milik Indah terbuka sedikit demi sedikit.Cahaya yang berada dalam bilik itu menyukarkan Indah untuk membuka mata dengan luas.

"Indah.."panggil suara lembut Puan Murni.Kelihatan wajahnya muram dan menatapnya dengan wajah yang bersimpati.

"Auntie..ma..mana Haziq."hanya Haziq yang berada dalam fikirannya sekarang.

"Haziq ada di bilik lain.Dia masih tidak sedarkan diri sejak 2 minggu lalu.Sama ngan Indah tapi kecederaan Haziq lebih teruk.Tapi alhamdulillah, tusukan pisau tu tak terkena mana mana bahagian penting dalam badan Haziq."jelas Puan Murni bersama senyuman kecil namun terselit kerisauan pada dirinya.

"Bersabar ye auntie."ucap Indah.

"Indah pun bawa bersabar ye.Hmm..pasal.."Puan Rohana kelihatan agak keberatan ingin meneruskan ayatnya.

"Pasal ibu?takpelah auntie.Orang yang mensyirikkan Allah memang harus menerima balasan setimpal darinya.Tapi,Indah bersyukur sangat dapat rasa kasih sayang seorang ibu walaupun sekejap aje.Indah tetap sayang ibu sebagai seorang anak."kata Indah dengan nada mendatar.

"Takpe,Auntie akan jaga Indah sama macam auntie jaga Haziq."ucap Puan Murni bersama esak tangisan kerana teringat akan sahabatnya Rohana yang meninggal dunia 2 minggu lalu di tempat Indah dan Haziq ditemukan.

"Auntie..Indah nak jumpa Haziq boleh??"tanya Indah.

"Boleh.."mereka berjalan beriringan menuju ke wad yang menempatkan Haziq.

"Indah,auntie nak beli soto kat bawah tu kejap.Mesti Indah lapar kan?sedap soto kat situ." katanya kemudian beredar.Indah memasuki wad tersebut sebaik sahaja Puan Murni hilang dari pandangan.

Indah melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang terletak di sebelah katil Haziq.Kelihatan Haziq terbaring lesu di atas katil.

"Haziq,kenapa tak bangun lagi ni?kalau saya tahu akan jadi macam ni,saya tak kan ajak awak sekali.Kesian awak..auntie pun kesian juga sebab dia risaukan awak.Sepatutnya saya yang kena pisau hari tu bukannya awak."ucap Indah lemah kerana perasaan bersalah.

"Awak nak tahu tak,kalau awak ada,saya rasa selamat and happy sangat sangat.Saya tak tahulah apa perasaan tu tapi saya boleh gambarkan perasaan tu semasa ayah saya masih hidup.Bahagia saya masa tu tak dapat saya gambarkan sampailah rasa gembira tu hilang masa ayah saya mati.Saya ada ibu je nak isi ruang hati kosong ni dan..sekarang awak ada dan rasa gembira tu dah muncul semula dalam hati saya."cerita Indah panjang lebar menyebabkan seseorang tersenyum kecil.

"Betulkah awak sanggup kena tusuk hari tu,supaya saya selamat."kata Haziq tiba tiba sambil matanya masih terpejam rapat.Indah terkejut beruk mendengarnya.

"Ha..Haziq.Awak jangan buat cerita seram kat sini pula."kata Indah sambil mengerutkan dahinya.Masih senyap seperti sebelum ni seperti tiada apa apa yang berlaku sebentar tadi.

"Apahal seram tetiba ni?"Indah mengusap usap lengannya.Indah terdengar suara dari Haziq seperti menggumam lalu dia mendekatkan telinganya untuk mendengar lebih teliti.

"Warghh!!"kejut Haziq tetiba membuatkan Indah terkejut lalu terdorong ke belakang dan jatuh menyembam bumi.

"Ouchh!!"Indah mengerang kesakitan sebelum matanya mencerlung memandang Haziq yang ketawa terbahak bahak namun terselit kelemahan pada suaranya.

"Ishh!!Tak habis habis!!"marah Indah geram.

"Sorrylah,dah awak membebel bebel kat sebelah saya.Macam mana la saya tak terbangun kalau cam tu."kata Haziq.

Indah masih dengan muncungnya."Macam mana awak ada kat tempat tu hari tu?"tanya Indah.

"Hmm..dah awak tinggalkan saya hari tu.Saya cari lah awak kat setiap bilik sebelum saya terdengar awak menjerit kat salah satu bilik.Masa saya masuk bilik tu,saya nampak ruang kat dalam almari then saya masuk.Pastu sampai je kat bawah tu,saya nampak awak."jelasnya panjang lebar kemudian bertanya pula kepada Indah.

Indah mula bercerita tentang kejadian hari tu dari awal sampai akhir.Haziq memandang simpati ke arah Indah apabila tahu tentang nasib yang menimpa gadis kecil itu.

"Bersabar ehh.."kata Haziq.Indah tersenyum sebelum mengeluh halus.Tiba tiba telefon Indah berdering menyanyikan lagu kpop.Huh!!kpopers rupanya dia ni.

"Ye auntie..ouh ye ke?..ok jap saya turun."Indah mematikan panggilan telefonnya kemudian menoleh ke arah Haziq yang sedari tadi memandangnya.

"Awak tunggu sini tau,mama awak nak minta tolong saya kat bawah."katanya kemudian mula menapak ke luar wad.

"Aik!!bukan awak masih tak sihat ke?"tanya Haziq.

"Setakat tolong auntie,apalah sangat."balas Indah tersenyum lalu beredar meninggalkan Haziq.

"Saya pun bahagia sangat kalau awak ada.."gumam Haziq sendirian sambil memandang pintu wad.Mulutnya mengukir senyuman.